Friday, September 30, 2011

Merawat CINTA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Allah juga yang mengilhamkan sukma ketenangan dan kebahagiaan pada hambanya..


Entry kali ini saya ingin berkongsi pandangan tentang KECEWA disebabkan CINTA.

Umumnya pasangan bercinta dalam masyarakat kini boleh dibahagia dua iaitu Bercinta di alam perkahwinan dan Bercinta / Ber couple di alam pra perkahwinan. Kedua duanya ditafsir sbg hubungan percintaan dari kacamata masyarakat. Tetapi ada juga yang memendam perasaan tanpa diluahkan sehingga dilamar dan diikat melalui ikatan yang sah.

Namun, saya tidak berhajat untuk mengupas kekecewaan Cinta di alam perkahwinan. Saya akan menulis tentang cabaran cinta di alam perkahwinan di lain Entry atau Selepas saya memasuki alam itu nanti..(belum ada pengalaman..hehe)

Sejak kebelakangan ni ada beberapa orang bertanya saya tentang CINTA..(walhal saya bukan Dr. Cinta ) dan Bertanyakan bagaimana nak mengubat hati yang kecewa akibat Cinta serta nak melupakannya..umumnya mereka ini yang sedang bercinta sebelum berkahwin..

“ Cinta itu ibarat tongkat sakti yang mengubah kejahatan kepada kemuliaan..melembutkan amarah kepada penyantun..meringankan kebakhilan kepada kemurahan..”

Ada juga ungkapan “ tanpa cintamu aku rela mati..” begitu dasyatnya kesan cinta dalam hidup manusia..kerana perasaan itu memang sesuatu yang fitrah dalam diri manusia..

Kecewa dalam bercinta mengundang duka dan derita..Barangkali tidak terzahir pada lahiriah atau fizikal..namun berbekas dalam hati yang ada didalam diri. Sahabat saya pernah berkata “ parut ditangan boleh dihilangkan..namun parut dihati bukan mudah..nak suka pada seseorang bukan mudah..apa lg jatuh cinta..kalau sekali dikecewa..ingin sekali nak dibawa diri ke hujung dunia supaya tiada lagi bersua..”

Begitulah dasyatnya penangan kecewa dalam bercinta..apa lagi hendak melupakan si dia..bukan sebulan..setahun..malah ada yang bertahun..sehingga sudah berkahwin pun masih belum dapat menerima kekecewaan percintaan dahulu..

Saya tidak lansung berkehendak untuk mengutarakan episode atau babak babak percintaan pasangan ini kerana apa yang telah dilaluinya sudah pun berlaku dan berlalu..dalam istilah psikologi dan kaunseling..let’s focus HERE and NOW..kini dan sekarang lebih penting..namun, sewajarnya pasangan bercinta (bekas atau ex-) mengambil iktibar dari sejarah hubungan tersebut.

Sebelum saya mengupas lebih mendalam..ini kata-kata saya untuk pasangan bercinta ;

“ Anda boleh mengubati HATI yang kecewa disebabkan KEGAGALAN CINTA itu..percayalah..”

Sebelum saya berhasrat untuk membantu rakan mengubati hati..saya sendiri perlu percaya yang hati ini boleh diubati..kerana cinta adalah ciptaan Allah..pasti Allah memberikan jalannya..InsyaALLah..

Saya ingin terus memberi harapan dan berharap kepada kalian..kerana ingatlah..Biarlah ORGAN HATI dan JASAD FIZIKAL KITA MATI..Namun HATI NURANI kita terus HIDUP dengan PENGHARAPAN kepada ALLAH SWT..kerana bak kata Ustaz Pahrol..Pengharapan itu adalah cahaya..yang menyuluh kita kembali ke pangkal jalan..harapan itu kekuatan..harapan itu jambatan untuk menuju kepada Pintu Kebahagiaan..kerana Pengharapan itu DOA..yang menghubungkan Hamba dengan Penciptanya.

Siapa yang terseksa?


Pergolakan dalam diri kesan dari kekecewaan bercinta hanya akan mengundang derita kepada siapa? Sudah tentu HATI..itulah JIWA punca rasa bahagia mahupun derita..fizikal badan, tangan, muka, mulut,mata semua akan memancar kedudukan HATI kita...samada hati kita baik atau sebaliknya..samada bahagia atau derita..contohnya..walau kita memiliki Handphone yang canggih manggih..Iphone 4 ke..tetapi disebabkan kita bergaduh dengan kawan baik kita..kita tidak akan menelefonnya walau secanggih mana Hp kita..Ini bukan soal kehebatan Hp..tetapi soal HATI..sebb kalau hati kecewa..setinggi mana pun kedudukan kita..sebanyak mana pun aset kita..tiada makna kerana hati resah gelisah..tiada ketenangan di hati...

Ahli Tasawuf menjelaskan bahawa HATI ini ibarat Raja pada kerajaan diri kita..Hati menentukan natijah kita atau pengakhiran kita pada hari tersebut..sabda nabi yang mafhumnya lebih kurang “ dalam diri manusia itu ada seketul daging..jika baik ia baik la manusia..ketahuilah bahawa itu hati..”

Ini semata-mata bukan tentang HATI yang kalau kita bedah then akan munculah organ yang bernama hati..tetapi ini soal JIWA..kalau Iman Al Ghazali menyebutnya sbg QALBU..ia persoalan jiwa manusia..melahirkan rasa bahagia..tenang..syukur..dan sebaliknya rasa amarah..gelojoh..tidak sabar..riak..

Perasan atau tidak bila kita menghampiri lampu warna kuning..selalu nya kita akan terus memecut untuk melepasinya sebelum lampu merah..perasaan tidak sabar dan membangkitkan debaran dalam dada..lalu menggerakkan kaki untuk menekan pedal minyak..sedangkan kalau mengikut akal yang waras..dan gerak hati yang tenang..kita akan memperlahankan kenderaan..tidak ada apa yang perlu dikejarkan..kerana pasti lampu hijau akan menyala dan kita pasti akan dapat jalan..insyaALlah..itulah peranan hati..

Merawat HATI..

Saya tidaklah mahir ilmu tasawuf serta ilmu penyucian jiwa..namun, berbekalkan pengetahuan dalam bidang kaunseling dan pembacaan serta kuliah yang berkaitan dengan ilmu jiwa ini..saya hanya ingin berkongsi secara ringkas..agar ia dapat memandu kita dalam mendidik jiwa..

Ya..HATI ini perlu DIDIDIK..kalau ingin melupakan kisah lama..kita perlu didik hati..

Pertamanya kalau anda perasan..selalunya awal kekecewaan kita akan meluahkan kekesalan kita.. “ kenapalah aku disakiti..sedangkan aku benar2 setia..tidak pernah curang..malah sudah bersedia untuk serius dengannya..” “ aku dah cinta habis..tak mungkin akan jumpa yang sebaik dia..atau takkan aku dapat menyintai lelaki lain mcm sekarang ini..”

Anda perlu re-framing semula pemikiran..kerana Hati mudah dipengaruhi oleh Akal fikiran..WHAT TOU SEE IS WHAT YOU GET...apa yang kita lihat dan fikir akan kembali kepada diri kita.. Ubahlah cara fikiran dengan berfikir begini..

“ Aku bukan menjadi teraniaya..tapi aku TERPILIH..untuk tidak bersama nya..putus dengan nya..agar aku dapat berCINTA dengan ALLAH semula.. “

Pernah dengar kisah Ummu Salamah yang kehilangan suami..lalu sebelum kematian suaminya dimedan jihad beliau diajar suaminya berdoa..agar setiap musibah Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik..ringkasnya selepas suaminya mati dimedan jihad..dengan hati yang mantap terus berdoa dan berserah pada ALLAH..agar digantikan dengan lebik..akhirnya itulah hikmah doa dan pengharapan.. ALLAH bukan sahaja menggantikan..malah memberikan yg lebih baik..iaitu Rasulllullah s.a.w sendiri meminang nya..siapalah yang lebih baik dari segala manusia selain Nabi Muhammad menjadi suami dan imam kepada nya..
Itulah kadang2 hikmah kehilangan cinta..kerana Allah ingin berikan yang lebih baik..iaitu memaksa diri bercinta semula pada ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang..Cinta yang tidak pernah mengecewakan malah penuh kerahmatan..masih sangsi??

Kekecewaan itu perlu diubati dengan menyemai dan membaja cinta yang baru..bukan sahaja baru..malah sentiasa ada untuk hambanya mengapai cinta Illahi..sejak dulu di saat kita sering melupakanNYA..

Bagaimana ingin beroleh CINTA NYA?

Ia melibatkan hati yang kita kongsikan di awal tadi..hati yang penuh noda akan terhalang dari cinta Allah..maka kita perlu gilap..asah..cuci hati kita untuk membolehkan kita merasai CINTA ALLAH..

Jadi first thing first ialah membersihkan hati dari noda dan dosa..kita perlu merenung dan memuhasabah segala maksiat..dosa dan kelemahan kita terdahulu..katakan pada diri dan hati bahawa dahulu kesombongan kita dengan dosa dan kini kita berada di bawah dan tidak berdaya..tiada jalan lain melainkan kita kembali mendekati ALLAH..

Kesilapan pertama kita selepas kecewa ialah MEMBENCI EX- PASANGAN kita..walau bukan mudah..tetapi itulah titik hitam yang menghitamkan hati kita..iaitu dengan Kebencian.. sekiranya sudah terlajak membenci..maafkanlah duhai sahabat..ingat semula bahawa perpisahan ini memang ada punca dari manusia..samada disebabkan dia atau org lain..manusia memang banyak kelemahan..akuilah..tetapi TAKDIR nya memang sudah ditentukan ALLAH bahawa kalian berpisah pada ketika itu..pujuklah hati untuk memaafkan dan siraminya dengan Redha bahawa yang memisahkan kalian ialah ALLAH atas sebab kebaikan hambanya..

Baik, kalau sudah..seterusnya Cara paling baik menurut Salafus Soleh untuk membersih HATI ialah DZIKIR atau mengingati Allah..

Dzikir yang paling baik ialah SOLAT!! 


Ya.solat yang dituntut 5 kali sehari..namun berapa banyak dari kita lengkap menunaikannya..kalau cukup bilangan adakah kita benar2 khusyuk? Khusyuk mungkin sukar tetapi adakah kita menghayati falsafah solat dan makna bacaan dalam solat kita?

Maka, perbetulkan semula solat kita..khusyuk bermula dari WUDUK yang sempurna..sambil menyuci anggota sambil mengharap agar aliran air yang melalui anggota kita pergi membawa segala dosa dan noda kita selama ini..kemudian cubalah sekurang-kurangnya mengetahui makna bacaan solat seperti AL Fatihah..dan Bacaan tasbih ketika rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud.. dalam Al Fatihah ada mengandungi doa dan pengharapan kita pada Nya.. antaranya “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan..” dan “Tunjukilah kami jalan yang lurus..” lafazkanlah dengan penuh penghayatan dan pengharapan..

Dengan zikir yang berterusan dalam solat dapat melembutkan hati kita..yang penting adalah ketenangan..kalau ingin tahu tentang ketengan cuba telusuri Entry : Lihat Nikmat ingat Pemberi NIKMAT..


Antara cara lain untuk membersihkan hati ialah dengan mengingati MATI..Hati yang keras dapat dilembutkan dengan mengingati MATI..setengah orang kata kenapa nak ingat MATI..?? kerana kalau kita ingin mencari cinta ALLAH..kita harus mencintai MATI..kerana MATI akan menghubungkan kita dengan alam akhirat..iaitu bertemu dengan ALLAH dengan hati yang sejahtera..

Saya percaya kita tidak dibiasakan dengan mengingati MATI..setengah org kata ada cara lain selain memikirkan perkara yang menakutkan ini..Ya, kalau kita ada rasa takut..itu sudah menunjukkan kita takut mati dan cinta hidup..itulah maknanya kita ada HUBBU DUNYA..atau CInta DUNIA..orang yg cinta dunia akan mengundang kerugian..

Cakaplah pada diri..kenapa kita perlu menyiksa hati dengan merintih dengan kekecewaan pada manusia itu..kenapa kita perlu merugikan masa 1 bulan..3 bulan.. 1 tahun untuk meratapinya..sedangkan umur kita tidak akan lama..kita tidak akan hidup selamanya..Lelaki itu belum tentu dapat menyelamatkan kita setelah kita kembali ke alam kubur kelak..lelaki itu tidak mungkin dapat berbuat apa2 bila tibanya malaikat mungkar dan nangkir melawat kita diperkuburan kelak..paling dapat dilakukannya hanya menyiram bunga..dan bersedekah Al Fatihah..adakah itu mencukupi menutup dosa kita ketika bercinta dahulu?

Bila kita banyak memikirkan usia kita tidak panjang..maka kita akan sibuk untuk membuat kebaikan selagi terdaya..sehingga lansung tidak sempat memikirkan hal2 itu..

Jangan rugikan usia kita dengan merintih..sedangkan ALLAH sentiasa ada menerima kita untuk mencintainya..ALLAH penerima Taubat dan Maha Pengampun..

Saidina Ali pernah berkata yang maksudnya: "Sesungguhnya Islam adalah kenikmatan dunia yang sudah cukup bagimu, Sesungguhnya taat itu satu kesibukan yang memadai untukmu, dan cukuplah mati sebagai peringatan untukmu."

Adakah tidak boleh Bercinta?

Dalam Islam percintaan hanya setelah disuci dan dihalalkan melalui iktan pernikahan yang sah. Sebelum dari itu hanyalah dikaburkan dengan nafsu..maaf kalau kata2 ini keterlaluan dan melabel..kadang2 kala kita suka memujuk diri “ kami bercinta ikut syariat..jaga tak pegang tangan..tak buat zina... “

Tetapi boleh kah kita memastikan hati kita tak dipengaruhi dengan nafsu? Tidak pernah menyembang panjang2 dalam telefon? Tidak pernah keluar berdua tanpa ditemani mahram? Tidak pernah berkasihan dan bermanja samada bentuk nada suara atau perbuatan? Bila jumpa dapatkah menjaga pandangan dari merenung ke wajah kekasih kita..sehingga bergetar hati? Tak ajak tgk wayang sama2? Tidak pernah berangan-angan tentang pasangan kita? Itu semua mendorong kepada zina.. (mata,hati,mulut, tangan, kaki) dan itulah noda yg kita titik dalam hati..

walau gembira tapi gelisah...walau berjumpa..tapi resah..apatah lagi kalau tidak berjumpa..keresahan ini adalah kesalahan..sedangkan cinta suci beri ketenangan..kerana ia mendekatkan kita pada ALLAH..

  " sesungguhnya dengan mengingati ALLAH jiwa menjadi tenang.."

Amat tipis mereka yang menjaga..kerana memang tidak boleh terjaga kalau kita sudah memasuki alam percintaan yang mengikat komitmen perasaan.. 

Ini bukan satu kelemahan Islam..seolah2 semuanya tak boleh...Islam adalah panduan..kerana banyak musibah berbanding kebaikan..kalau kita merosakan hati dengan maksiat..walau selamat ke jinjang pelamin..itu bukan petanda kejayaan..kerana Perkahwinan dalam Islam adalah alat untuk mencapai redha ALLAH..untuk melengkapkan peranan sbg Hamba dan Khalifah di dunia ini..bukan semata alat untuk elak zina..untuk menjaga nafsu..untuk dapat pasangan hidup...dan lain2 yg tidak bersandarkan ALLAH..Kalau sudah terlajak dalam perkahwinan..teruskan dengan perbaiki niat berpaksi pada ALLAH semata..insyaALLAH saya akan kupas hal ini dalam entry lain.. =)

Saya selalu ingatkan pada diri “ Jodoh yang dicari adalah baik..tetapi jodoh yang ditemui adalah lebih baik..”

Kalau gagal hubungan lalu..anggaplah ALLAH masih memberi peluang untuk kita memperbaiki diri untuk menjadi SUAMI dan ISTERI yang benar2 baik dan Solehah..kerana lebih baik belum bertemu jodoh daripada bertemu suami yang jahat..zalim..bukankah lagi terseksa kerana sudah menjadi pasangan..??

Jangan Pandang Belakang..

Jalan untuk merawat hati dan mencari CINTA ALLAH bukan lah semudah yg dikatakan..kita kena tabah dan konsisten dalam usaha..kadang kala hati ini boleh berbolak balik..turun naik..kadang2 ada waktu kita rasa down..masih tak berjumpa petunjuk..jangan GIVE UP..!!!


Teruskan..teruskan..kita bukan Muqarabbin..kita mujahid..pejuang..kadang2 tewas..tak bermaksud kita kalah...bangkitlah!! ingat ALLAH berfirman  dan peganglah janji ini ;

“ Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan KAMI, pasti akan kami tunjukkan jalan-jalan KAMI..” (al-Quran)

Untuk sahabat2..ingat kata2 ini.. “ Kebahagiaan bukan penamat..tetapi ia disepanjang perjalanan..” 

Dalam duka ada sabar..dalam susah ada rasa mencukupi..dalam tangis ada syukur..itulah anjuran Rasullullah saw iaitu KEKAYAAN HATI..

Moga adunan perkongsian ini dapat melembutkan hati kita..kadang2 bila menulis ini terpalit pada diri ku..tetapi biarla ia jadi pedoman untuk kita bersama..kerana Agama itu nasihat..

Wallahualam~

Wednesday, September 28, 2011

Berapakah Nilai Harga Diri kita?


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah wa Syukrolillah...

Teringat saya kata-kata DJ Pyan dan Siti dalam radio IKIM.FM di slot waktu pagi ;

Hidup ini hanya sekali..jadi buatlah yang terbaik untuk dunia dan akhirat.

Terbaik yang dimaksudkan ini saya anggap segala usaha yang kita lakukan untuk menanam dan berkebun di dunia ini atas kepercayaan dan keyakinan yang utuh bahawa kita akan menuai hasilnya di akhirat kelak.

Harga Diri Manusia

Begitulah keyakinan orang yang ada keimanan dalam dirinya bahawa Allah pasti akan menghitung dan membalas dengan seadil adilnya..Malikuyaumiddin (Allah raja di hari pembalasan)

Kekuatan inilah yang sentiasa bermain dibenak orang2 mukmin (ada keimanan) iaitu bagaimana penilaian diri mereka di sisi Allah Azzawajalla!

Tetapi dibenak dan pundak kita orang yang berbolak balik hatinya ni..yakni orang yang bermujahadah..mujahid- melawan hawa nafsu yang sukakan keseronokkan.. kelalaian..hiburan.. pujian..kesenangan dunia..

Kadang2 ada waktu kita menjadi letih..bosan..hambar untuk kekal dalam rasa bertuhan..rasa diperhatikan Nya..rasa dicatat amalan oleh Malaikat di kiri dan kanan..dan rasa sentiasa berharap dengan Nya..barangkali adanya juga kala kita terlupa menilai di mana Allah di hati kita?..dan agaknya di mana kita(harga diri) disisi Allah?


Inilah persoalan harga diri dalam Entry kali ini yang saya ingin kongsikan.

Dimana harga diri ini bukan dilihat pada urat, daging, kulit, dan fizikal luaran kita semata. Akan tetapi ia persoalan hati-hati kita, soal dalaman kita, ruh, jiwa kita yang bertunjangkan keimanan pada Allah SWT..itulah Qalbun salim yakni hati yang tenang kembali pada Tuhan Nya~

Harga Diri atau Diri Berharga

Ilmu psikologi dan umumnya pandangan barat melihat pendefinisan harga Diri individu ini sebagai ;

“ Bagaimana penilaian diri individu terhadap dirinya sendiri “


Umumnya, orang yang mempunyai harga diri yang tinggi melihat dirinya baik, berkemampuan, dan orang ini ada keyakinan untuk berjaya dalam hidup. Kejayaan dalam konteks masyarakat moden pula menyaksikan kekayaan harta, ketinggian pangkat dan sejauhmana seseorang itu dapat menguasai dunia.

Begitu juga dalam konteks Islam. Setiap mukmin yang mempunyai harga diri ;

Menilai dirinya sebagai berkemampuan dan berkeupayaan untuk berjaya samada didunia dan diakhirat ketika bertemu Allah kelak.

Harga Diri & Apa kata Orang?

Namun, dewasa kini kebanyakkan daripada kita lebih mementingkan penilaian oleh orang lain pada diri. Seringkali kata-kata ;

“ Apa orang lain kata kalau aku mengenakan pakaian ni? “
“ Apa orang lain fikirkan kalau aku tak cemerlang dalam subjek ni? “
“ Tentu aku akan dipandang sinis kalau tak pandai nak bergaya or make up!”

Malah, kalau kita perhatikan orang-orang lama (tradisional) biasannya ada menyimpan set pinggan mangkuk yang cantik dan menjadi koleksi di dalam almari. Bila nak guna? Biasanya dikeluarkan bila orang / tetamu datang ke rumah. Sedangkan diri dan ahli keluarga rela menggunakan pinggan yg kadang2 dah sumbing pun. Namun, saya suka menilai atas niat. Kalau niat kerana semata ingin menghormati dan meraikan tetamu oklah kan. Tetapi kalau semata bimbang apa tetamu akan kata...mungkin lebih baik kalau niat yang awal td..

Kalau zaman sekarang pula kita boleh tgk kawan2 kita..diluar pakai indah dan bergosok..tetapi sayang sbb yang didalamnya..singlet atau t-shirt dalam begitu compang camping atau lusuh. Alasannya..tak apa..dalam orang tak Nampak...hehe

Begitulah keadaan kita yang lebih mengadu harap dengan penilaian atau APA ORG LAIN KATA pada kita. Dan kalau kita sentiasa mengharapkan penilaian orang..saya rasa lama2 kita akan SAKIT JIWA..kerana hidup semata untuk memenuhi kehendak dan standart orang. Dan kelamaan kita akan mudah kecewa pada diri sendiri.

Harga Diri rendah

Saya ingin mengemukan bagaimana ciri orang yang mempunyai harga diri rendah (berdasarkan pandangan dan gabungan idea2 dari kuliah)

  1. Individu ini mempunyai sikap yang diberi nama “ self Sabotaging “ atau suka men sabotaj diri sendiri. Antara ungkapan orang ini ialah “ Ala takpela..mamat tu boleh la pandai..mak bapak dia pandai2..aku ni mak bapak biasa..tak sekolah..” “ Aku bukan nya reti buat..Lecturer tu dah pakar boleh la senang cakap..”
  2. Bila ada sikap men sabotaj diri sendiri..akhirnya mereka akan menjadi individu beracun dan akan menyebarkan racun sikap men sabotaj diri pada orang lain. Individu ini bukan hanya lihat diri tak baik..malah melihat yang sama pada orang lain. Senang kata mereka ini tidak suka dengan kejayaan dan kelebihan orang lain. Ungkapan yang selalu nya “ Dia tu bukan nya bagus sgt..depan2 je nak act lebih..” “ Entah2 dia skor final exam sbb bawak toyol dalam dewan peperiksaan..”.

Itulah sikap bila hargai diri rendah..rendah harga diri dan sikit juga ruang untuk menghargai orang lain..

Sebab itulah orang bijak selalu berkata ;

“ kalau kita ingin dihargai..atau disayangi..kita harus menyayangi diri sendiri dahulu..”

Kenapa kita perlu menghargai dan menyayangi diri baru boleh disayangi oleh orang lain? Ini jawabnya..

Saya beri analogi mudah..

Dalam kapal terbang..selalunya pramugari akan memberi taklimat kecemasan sebelum berlepas..sekiranya berlaku kecemasan..di bahagian atas tempat duduk ada alat bantuan pernafasan..” sila gunakan untuk anda bernafas dan kemudian baru berikan pada mereka yang hampir dengan anda “. Kalaulah kita yang ada anak dan ahli keluarga. Sudah pastinya kita rela berkorban demi anak2..sanggup mati demi memberikan oksigen pada anak2 kita..namun, ATURANNYA TIDAK BEGITU..logiknya hanya orang yang hidup sahaja boleh menyelamatkan nyawa org lain..bermakna kalau kita tidak menyelamatkan diri dahulu dengan bernafas..bagaimana kita hendak menyelamatkan nyawa orang lain yang kita sayangi..barangkali belum sempat anak kita mencapai alat bernafas..kita telah pergi kerana kesesakan nafas..kalau kita terllau sibuk untuk menyelamatkan orang lain..akhirnya kita yang terkorban..

Inilah logiknya kenapa kita perlu menghargai diri sendiri..menyayangi diri sebelum kita dapat dihargai oleh orang lain..

Hargai Diri yang Tinggi ;

Lihatlah bagaimana Rasullullah s.a.w ketika diawal menerima Hidayah dan Risalah Wahyu dari Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Ketika baginda memulakan usaha dakwah secara terang terangan sehingga mendapat tentangan kuat dari penduduk Quraish..

Ada satu ketika baginda didatangi oleh Bapa Saudaranya Abu Talib dengan menyampaikan hasrat pembesar Quraish..agar Baginda memberhentikan dakwah Islam baginda. Namun, apa kata Nabi Muhammad S.a.w?

 “ andai matahari diletakkan ditangan kanan ku dan bulan ditangan kiri ku supaya aku berhenti..tidak sesekali aku akan menghentikan risalah ini. Samada berjaya atau terkorban..” 

begitulah harga diri dan keyakinan baginda dalam menyampaikan risalah wahyu Illahi ini. Beliau yakin beliau mampu melakukannya..dan Yakin kebenaran Wahyu dan Allah Tuhan Maha Berkuasa..

Malah, para sahabat juga begitu tinggi harga dirinya berhadapan dengan tentera Parsi mahupun raja2 ketika menyampaikan risalah tauhid.. kerana dalam satu ungkapan Saidina Umar ibn Khattab r.a mengatakan ; "  

"Sesungguhnya kami bangsa Arab tinggi nilainya atas sebab Islam..jika kami meninggalkan Islam justeru kami akan jatuh ke lembah kehinaan.." 

Tegas Allah SWT..

“ Jangan kamu merasa hina dan susah, kamu adalah orang-orang yang LEBIH TINGGI kalau sekiranya kamu benar-benar BERIMAN.” (Al Imran : 139) “

Begitulah harga diri sebenar orang mukmin. Sesungguhnya Islam..dan Taqwa sahaja yang dapat meninggikan harga diri dan nilai seseorang.

Bukanlah terletak pada luaran kita, jam kita, pakaian kita mahal atau murah, beg tangan kita, kereta kita..tetapi terletak pada Iman dan Taqwa dan betapa dekatnya kita dengan Allah SWT.
Jadi janganlah bimbang dan resah kalau orang tidak raikan kita..tak hargai kita..tak pleased kita macam2..kerana penilaian yang paling penting ialah di sisi Allah..iaitu TAQWA..tetapi bimbanglah kalau kita sendiri tidak reti untuk hargai diri sendiri.

~Wallahualam~


Monday, September 26, 2011

Maafkan aku..

...........................................................................

Maafkan aku cinta
Kita berduka dalam mencari bahagia
Saat mencari lalu terkandas
Dipersimpangan antara dua cinta

Ku mencari-cari falsafah cinta
Sungguh bermarhalah,Aku lelah dalam resah
Ku jejaki lagi rahsia cinta
Lalu ku temui dilembah berdarah

Kerana...
Aku tersungkur lemah di sejadah ku
lalu terlena dalam munajat ku
Hingga terjaga dari sadar
Tentang hakikat CINTA sebenar

Demi CINTA ku berserah cinta
Demi dia ku berharap DIA
Hingga hujung perjalanan ini
Ku rasai CINTA ILAHI
CINTA abadi..

...........................................................................


Thursday, September 22, 2011

Lihat NIKMAT : Ingat PEMBERI NIKMAT


Ini merupakan gambar kenangan saya ketika berada di Melbourne Australia pertengahan 2009. 
Saya ketika ini berlatar belakang kan kawasan nature park yg diberi nama " The twelve Apostles yang melalui GREAT OCEAN ROAD..sambil menggayakan rasa kegirangan di hati setelah dapat menyaksikan pemandangan indah ini!!  

Kenapa Great Ocean Road nama diberi?? Saya agakkan kerana struktur alam semula jadi disepanjang jalan ini sememangnya AMAT menakjubkan bagi sesiapa yang menatapinya..

Maha Suci Allah..

Ya, Itulah ungkapan dibibir apabila saya pertama kali bersua muka dengan pemandangan tersebut (sebelum saya membuat aksi gambar diatas). 

Tidak henti2 bibir melafazkan kalimah  suci seolah-olah ini adalah satu intepretasi apa yang saya rasa apabila mata hati saya memandang nya...

Melihat Nikmat :: Ingat Pemberi Nikmat

Sahabat sekalian, agaknya apa lagi (selain girang sbb dpt melancong) yang kita akan rasa bila mana kita melihat pemandangan tersebut?

Pastinya cukup mudah jawapan nya iaitu hati kita merasa TENANG~ DAMAI ~ TENTERAM

Ini kerana melihat alam yang sangat indah..hamparan laut yg membiru, angin berderu dari arah kutub yang sgt dingin..(bayangkan betapa nyamannya suasana tersebut)

Baik, kalau kata itu hanya pengalaman saya kerana saya sahaja yang ke sana..apa kata terus sahaja imbas pengalaman di tanah air sendiri..

Mari kita imbas pengalaman kita mengunjungi kawasan2 perkelahan..persisiran pantai yang memutih.. Kawasan hutan seperti Sungai Congkak..kesejukan air terjun..atau pemandangan di puncak gunung..atau pengalaman melihat bulan terang ditepi pantai sambil ditemani cahaya unggun api..

Saya percaya jawapan nya tetap sama..hati kita akan memberi singal Ketenangan..Kedamaian.. " aduhai..syoknye..rasa relax..tenang dari hiruk piruk masa kt bandar.. ini baru release tension... " (ini dailog yang lazim kita katakan)

Baik, apa kata kalau kita duduk dibandar..kalau elit seperti hartamas, Damansara, Bukit Antarabangsa..Pastinya kita akan banyak melihat Bangunan Pencakar langit..Gedung2 besar..Shopping mall..kenderaan2 dan sbg nya..

Bagaimana pula perasaan kita? Pastinya perasaan tenang dan damai itu jauh berbeza antara melihat bangunan2 itu dengan melihat pemandangan lautan membiru..

Sahabat2, siapakah yang mencipta semua itu? Pastinya dengan segera dan yakin kita akan menjawab Allah SWT..Namun, mungkin kita sedari bahawa ciptaan Allah SWT ini ada dua macam.

  1.  Sesuatu yang secara LANSUNG / DIRECT terus diciptakan oleh Allah SWT. (Alam semula jadi)
  2. Sesuatu yang secara TIDAK LANSUNG yang mana ia dicipta oleh Manusia2 yang mana manusia itu juga Allah ciptakan. ( kereta, Rumah, Bangunan)

Hakikatnya kedua2 masih ciptaan Allah Azzawajalla..namun ada perbezaan perasaan KETENANGAN yg hadir..

Dekat atau Jauh dari Allah?

Apa kaitannya dengan ciptaan Allah SWT yang kita bincangkan..

Saya ingin mengajak kita untuk yakin dan percaya bahawa 

“ Bila melihat NIKMAT ..Ingatlah PEMBERI NIKMAT “

Setiap kali kita melihat nikmat alam yang menenangkan itu..bukan alam itu yang semata mata memberi ketenangan..TETAPI..

Yang memberi ketenangan kerana membuatkan kita hampir dengan Pencipta Nya..iaitu Allah SWT.. Bila melihat alam... kita melihat ayat2 Allah SWT yang berbentuk ciptaan2 Nya..itulah bukti kekuasaan Nya..

Al Hasil~

MELIHAT ALAM SEMULA JADI + DEKAT DENGAN ALLAH = JIWA TENANG

Ini kerana kedudukan antara Hamba dan Tuhannya hampir melalui pengamatan yang menimbulkan rasa.." Pasti ada yang Maha HEBAT yang mencipta Alam ini.." .Itulah alam semulajadi yang Allah ciptakan secara Direct..Maha Suci Allah..

Kisah Imam Al Ghazali dan Anak Muridnya :
( adaptasi kuliah yang saya dengar)

Ada satu ketika anak murid Imam Al Ghazali bertanyakan pada beliau..Wahai Guru ku, Sesungguhnya apabila kita sentiasa berzikir mengingati Allah pasti akan membuatkan hati kita menjadi tenang. Namun, dibibir ku sentiasa berzikir mengingati Nya..namun hati ku masih juga Resah.. Lalu Imam Ghazali menjawa “ Teruskanlah basahi bibir dan hatimu dengan berzikir..walau masih merasa resah..itu lebih baik dari membiarkan mulut mu lalai dan masih juga turut resah..”

Bermakna tiada alasan untuk kita elak berzikir mengingati Allah kalau kita tetap juga merasa resah..sekurang kurangnya mulut kita terjaga dari kelalaian dengan berzikir.

Penghalang Ketenangan :

Bertentangan rasa tenang sudah pasti perasaan gelisah dan resah!

Apakah yang menyebabkan ada perasaan ini? Itulah yang Rasullullah s.a.w ada menyatakan apabila ditanya para sahabat. Apakah itu dosa? Rasullullah menjawab apabila kamu melakukan maka akan berasa resah “.

Ini jelas bahawa DOSA = menjadikan kita RESAH GELISAH (tiada ketenangan!)

Itulah kerana perbuatan DOSA amat bertenangan dengan fitrah manusia yang ingin kan kebaikan dan kesucian..

Hadis Riwayat Muslim :

....setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih).....

Persoalannya kenapa jika resah masih melakukannya??
 
Itulah yang dikatakan DOSA ini ada 3 peringkat :

  1. Pertama kali buat dosa kita akan berasa bersalah, rasa berdosa, ada penyesalan (itu maknanya jiwa fitrah kita terseksa dengan dosa) Allah SWT menanam rasa bersalah itu agar kita segera bertaubat kembali. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun taubat hambanya! Maka segeralah menyesal, membenci perlakuan dosa itu, dan berazam untuk tidak mengulanginya.
  2.  Ada pun Tahap Ke 2 apabila melakukan Dosa..akan timbul rasa bersalah..Namun manusia itu meneruskan perbuatan itu sehingga akhirnya hilang rasa bersalah. Contoh minum arak secara pertama kali mungkin rasa “ Guilty Conesus “ tetapi bila berterusan minum akhirnya rasa biasa dan tidak lagi rasa bersalah.
  3. Dan Tahap ke 3 ini amat bahaya ( Nauzubillah) yang mana Dosa diteruskan disamping tiada lagi rasa bersalah..dan akhirnya timbul rasa seronok dan gembira dengan perbuatan dosa itu. Malah, ada yang sampai bangga untuk menunjukkan perbuatan itu dikhalayak ramai!!

Benarlah dalam ungkapan ;

‎" Jika Allah berkehendak untuk menghina seseorang lalu diberi kepadanya ilmu tetapi dicabutnya sifat TAKUT, diberi kepadanya nikmat tetapi dibuangnya sifat SYUKUR, dikenakan kepadanya bala tetapi dicabutnya sifat SABAR, dikurniakan kepadanya hikmah tetapi ditiadakannya BUDI PEKERTI, dianugerahkan kepadanya kekuatan jasmani tetapi dilemahkannya untuk BERAMAL atau diberikan kekayaan namun dibuangnya sifat PEMURAH " (al-Laja’I, 2003:223)




Iktibar bersama :

Sedarilah bahawa tiap2 dosa itu akan menjauhkan kita dari ketenangan..Kerana dengan mengingati Allah SWT sahaja kita akan hidup bahagia.. bila uji kita sabar..bila diberi nikmat kita syukur..

Lihatlah mata hati kita sewaktu kita melakukan DOSA!! Jiwa kita sebenarnya terseksa dengan Dosa2..

Turutilah rasa bersalah itu sbg kekuatan untuk kembali pada Allah..Kerana disaat kita melakukan DOSA..Allah masih lagi memberi nikmat pada kita..cuba perhatikan..Disaat kita berbuat maksiat..kita masih lagi bernafas..masih lagi berjalan..masih lagi mampu menikmati makan..bahkan Allah memberi peluang dengan mencampakkan rasa bersalah itu agar kita kembali mendekati Nya..Namun berapa ramai yang sedar keadaan ni??

Begitu HEBAT CINTA yang AGUNG dari ALLAH SWT..benar2 terbukti..Allah tidak pernah meninggalkan hambanya..sedangkan kita sendiri yang menjauhi Allah (dengan berbuat dosa). Jadi siapa agaknya yang patut kita lebih cintai??

Percayalah..ketenangan yang dibuat2..keseronokkan yang diada adakan dengan perbuatan dosa dan maksiat itu hanya fatamorgana..Jangan menipu diri sendiri~ Dihujung perbuatan itu yang akan hanya ada adalah EMPTYNESS..MEANINGLESS..KEKOSONGAN..sedangkan Allah menyediakan ketenangan hidup yang MENJAMIN kebahgiaan kita...

.............................................................................................

Setiap anak adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat “
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tarmidzi)

Wallahualam~

Wednesday, September 21, 2011

Lalat vs Manusia : Analogi dari Langit

Maha Suci Allah kerana terus memberikan Taufiq( rasa kehambaan ini)

Wa Syukrolillah (syukur pada Allah SWT) kerana saat sahabat2 membaca Blog Entry kali ini..membuktikan bahawa kita telah berjaya memilih dalam banyak2 pilihan disekeliling kita..

Kenapa kejayaan ini dianggap baik kerana kita memilih untuk meluangkan masa untuk membaca, meneliti, dan memahami..sesuatu maklumat yang diharap memberikan manfaat (doaku mudah mudahan Ya Allah!)  Dan pastnya berbanding perkara lain..kita telah pun mengorbankan waktu emas..untuk berehat..bersenang lenang..bermain games..berborak kosong..melayan movie depan Laptop.. melayan lagu2 kegemaran yg kdg2 tak byk membawa mesej kebaikan..atau lain2 yg sering jd keutamaan kita..

Alhamdulillah..anggaplah kita antara insan terpilih..kerana Allah masih memberi peluang untuk kita terus mendekati Nya...

Entry kali ini saya berminat untuk berkongsi tentang kehebatan salah satu Karya Paling Agung pada akhir zaman ini iaitu lah Al-Quran Kallamullah..


Secara asasnya semua muslim amat mengetahui tentang kehebatan Al Quran kerana ia diturunkan kepada umat manusia melalui Insan yang Mulia yang tidak pernah tahu menulis atau membaca (itulah Muhammad b  Abdullah s.a.w)..sejak dulu hingga kini tidak ada yang pernah dan mampu mencipta ayat serupa dengan Al quran (walau depa cuba satu ayat sekali pun)..
dan Allah menjanjikan Al Quran akan terpelihara hingga akhir zaman..dan banyak lg bukti2 lain..


Analogi dari Langit :

Cuma yang membuatkan jiwa saya benar2 tersungkur apabila hati saya terpanggil untuk membaca firman Allah SWT dalam surah Al Hajj ayat ke 73 (cadangan saya dengar bacaan di video ini sambil menghayati terjemahannya..moga ia menusuk dalam jiwa kita) :



ـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ۬ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن يَخۡلُقُواْ ذُبَابً۬ا وَلَوِ ٱجۡتَمَعُواْ لَهُ ۥ‌ۖ وَإِن يَسۡلُبۡہُمُ ٱلذُّبَابُ شَيۡـًٔ۬ا لَّا يَسۡتَنقِذُوهُ مِنۡهُ‌ۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ وَٱلۡمَطۡلُوبُ 


Bermaksud : " wahai umat manusia! Diberikan satu perbandingan, maka dengarlah akannya dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain daripada Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya. Dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (daripada mendapat hajatnya) dan lemah yang kena minta (daripada menunaikannya). "

Bila saya mendengar..membaca terjemahan..dan cuba mengambil kesempatan membaca kupasan Ustaz, Ulama' tafsir tentang maksud dan hal sebenar turunnya ayat ini..MasyaAllah..inilah satu Kehebatan Ayat Allah yang mencabar keegoan kita sebagai manusia!! 

Kalau kita perhatikan ayat ini merupakan satu kiasan..Al Quran sangat advanced kerana mengajar kita untuk berfikir melalui kaedah perbandingan..analogi..perumpamaan..apakah perbandingan yang Allah nyatakan ?? 1) Seekor lalat   2) Berhala sembahan kaum kafir (zaman sekarang sebarang bentuk penyembahan samada harta, kuasa, tahyul, jin, pokok2, kubur keramat)

Ringkasannya dalam ayat ini Allah SWT mencabar keegoan dan kesombongan serta kebodohan kaum kafir yang menganggap sembahan mereka itu adalah tuhan atau berkuasa untuk bagi kebaikan, rezeki, dan membantu mereka...bagaimana Allah SWT mencabar?? itulah kata Allah SWT dalam ayat yang kita dengar td.. ( sembahan itu dan mereka itu kedua2 nya tak akan dpt cipta seekor lalat yang merupakan ciptaan Allah SWT) malah Allah mencabar manusia sendiri dan sembahan itu tidak lansung dapat melawan kalau lalat yang Allah ciptakan mengambil sesuatu dari mereka.

Ini kiasan menunjukkan betapa lemahnya sembahan mereka...dan betapa bodohnya orang terus mempercayainya.. dan berharap harap... Ini cabaran Allah supaya mereka gunakan Akal untuk berfikir!! Bagaimana tuhan mereka itu hendak disembah andai cipta lalat walau seekor pun tidak mampu!!

Manusia vs lalat :

Saya percaya pengalaman kita berhadapan dengan lalat memang tak dapat dielakkan..di mana ada makanan disitu ada nya lalat..pengalaman paling luar biasa yang pernah saya lihat apabila Nabil dalam Maharajalawak melawan lalat yang dapat menghasilkan bunyi alat muzik piano..siap nyanyi lagu lagi..hehe (selingan penyegar minda)  

haih lalat dan manusia memang musuh ketat..pantang ada lalat pastinya kita akan cuba sedaya upaya nk usirnya..caranya toksah ceritalah..( guna raket badminton, guna surat khabar yang digulung2, guna gam tikus, guna lilin, guna spry mcm dalam lawak nabil tu (bunuh lalat dan panaskan makanan pada masa yg sama), paling latest guna raket berkuasa eletrik) anda guna cara bagaimana? tidak kiralah janji lalat dapat ditumpaskan..

Siapa kalah dan siapa tewas??  :

Persoalannya pernah tak kita berfikir...sebanyak mana, bermacam cara..yg kita guna..kita tetap sering kali tumpas dengan lalat..samada seekor atau ber ekor-ekor.. kita sedaya nya untuk melindungi Makanan kita dari dihinggap lalat..tetapi nisbah untuk berjaya itu...hurm...anda fikirkan...

Dalam kebanyakkan pertembungan dengan lalat..mereka yg berjaya hinggap ke makanan kita..ke tangan kita..ke muka kita..walau hanya beberapa saat..dan waktu itu sudah cukup untuk mereka mengambil sesuatu dan meninggalkan sesuatu..

Mengambil sesuatu mungkin mengambil makanan dengan kuantiti yang cukup bg mereka.. Meninggalkan sesuatu sering kali kita kata sbg bakteria..racun..mikroorganisma..kulat..BUKAN KAH ini petanda bahawa kita sebenarnya tidak mampu menandingi sifat khusus lalat yg merupakan makhluk ciptaan Allah SWT ini??

Ibn 'Abbas menjelaskan pada zaman berhala golongan kafir telah menyapu za'faran dan madu pada berhala2..lalu datang lah lalat dan memakannya..Maka Itulah Allah SWT mendatangkan ayat yang kita telah perhatikan td.. Allah Maha Besar..

Mehnah atau Didikan :

Jadi dalam konteks hari ini..mungkin kita sesama muslim jarang sekali terlibat dengan penyembahan berhala..( tapi masih ada yang melakukan pemujaan syaitan..jin..jembalang..) 

Namun, penyembahan mutakhir ini sudah mula berinovasi..iaitu penyembahan terhadap harta ( bila menjadi hamba kepada harta dan kekayaan)..penyembahan Kuasa (bila hamba kepada kuasa dan autoriti)...penyembahan kepada manusia (memuja kehebatan manusia hingga keterlaluan dan mengenepikan Hak Allah SWT) dan penyembahan alat moden (pergantungan yang keterlaluan hingga merosakkan akidah seperti teknologi..ubat-ubatan..kemudahan)

semua ini mara-bahaya kerana boleh menjerumus kan kita kepada syirik besar atau kecil...

Sahabat2..sedarkah kita..sedangkan lalat tidak mampu kita tandingi...apakah makna kesombongan dalam diri kita terhadap Allah SWT..?? Apakah nilai dalam diri kita jika kebenarannya bahawa seorang hamba itu memang lemah dan pada masa yang sama kita berterusan memungkari Allah SWT..?? Tidakkah kita perasan kesombongan dalam diri manusia itu? 

(Peringatan untuk ku dan sahabat2) 
Bila saat kita hakikatnya lemah..tetapi masih ada perasaan malas dan tidak bersungguh menjaga solatnya..Tatkala kita tak berdaya..kita masih berterusan lalai dengan hiburan2 yang terlalu bebas...
Sedang kita ini menghitung hari untuk melalui kematian..kita masih berterusan bersikap angkuh untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. 
Bila saat kita sentiasa dalam kenikmatan kurnia Allah (nyawa, kesihatan, agama islam, anak-anak, isteri, duit, rumah, kereta, keluarga, pelajaran dan lain2)..kita masih lagi beristiqamah dalam maksiat tangan (pegang dan ambil yg haram), maksiat mata (lihat yg haram cth aurat) maksiat mulut (mengumpat, cerita keburukan org, buka aib, memaki hamun, bercakap biadap) dan maksiat lain2...

Satu je yang saya fikirkan...Peluang untuk kembali dekat dengan Allah SWT sentiasa ada selagi nyawa dikandung badan... bila tiba saat kematian kita tiada lagi guna harta, kawan2, jawatan, populariti, syarikat,  dan lain2 kecuali amalan yang baik, sedekah jariah dan doa anak2 yg soleh..Kembali akrab dengan Allah SWT bermakna hidup dalam bersyariat..Bermula dengan benar2 percaya dan beriman..perbaharui iman (selalu ucap kalimah syahadah dengan penghayatan), usaha mengikut syariat..dan usaha untuk berakhlak baik dalam masyarakat..InsyaAllah saya yakin ramai antara kita tahu bagaimana..cuma masih belum benar2 bersungguh..

Carilah kekuatan dalam kepayahan..kerana dihujungnya nanti kita akan berjumpa kedamaian dan ketenangan..itulah Qalbun Salim iaitu hati yang tenang kembali menghadap Allah Yang Maha Esa..

P/s - Berkongsi tentang lalat tadi saya ada membaca satu Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari maksudnya :

" apabila lalat jatuh ke dalam minuman kamun, hendaklah tenggelamkan lalat tersebut kemudian dibuangkan kerana pada salah satu sayapnya membawa penyakit dan pada yang satu lagi mengandungi penawar "..


Ini telah diperakui oleh kajin santifik oleh Prof Dr. Mustafa Ibrahim Hasan di Mesir. Nah! hebat kan Rasullullah kita? Inilah pemimpin kita yang sering kita rindukan..dan paling kepingin ini berjumpa pada satu hari nanti (sering hati ku berbisik "Ya Rabb izinkan aku bertemu kekasih mu ini..")

Wallahualam~

Sunday, September 18, 2011

anekDOT.cernaMINDA: Mencari Al Huda

anekDOT.cernaMINDA: Mencari Al Huda: Bismillahirahmanirahim.. Terjaga ku dari lamunan dikerajaan Allah ini.. Membuatku terus ingin mensyukuri sesaat sedetik waktu yg masih bo...

Mencari Al Huda

Bismillahirahmanirahim..

Terjaga ku dari lamunan dikerajaan Allah ini..
Membuatku  terus ingin mensyukuri sesaat sedetik waktu yg masih boleh dinikmati..
Untuk masih bernyawa..
Allah benar2 maha pengasih dan penyayang..
Membenarkan diri ini untuk mendekati Nya lagi dan lagi..
Kerana Setiap dekit nafas berhembus..itulah kiraan umur ku..
Bila sampai waktu..aku pasti akan kembali kepada Nya..

Lama agaknya tak menulis..itulah orang kata memulakan memang mudah berbanding mengekalkan..
tapi bukan bmakna blog ni akan terus menyepi.. ibarat hidup segan mati tak mahu..hehe
INSYAALLAH..ada kesempatan saya akan terus menulis..kerana itu juga ibadah yg Allah akan hitung di akhirat kelak..jadi saya dah berniat nak menulis perkara yg baik untuk diri dan org lain sahaja..setuju??


Mencari Al Huda :


Tiba2 saya terfikir untuk menulis tentang ni..maybe kerana inilah yang berlaku dalam jiwa ku sejak 4 5 bulan kebelakangan ini..mungkin atas asbab itulah sy jarang ber mood nak menulis..hehe (mencari alasan)
Terfikir nak guna perkataan Al Huda kerana seorang kawan pernah meletakkan perkataan ni di status facebook..oleh kerana sya agak jahil saya search lah makna..rupanya Al Huda ialah Pentunjuk..dah tau tapi hati masih rasa tak puas..sy bukak Al Quran dan berjumpa ayat yang Allah gunakan..


"Allah berfirman : Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa pertunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya "

Al Huda atau Petunjuk ini para Ulama' Tafsir menyatakan ia adalah nama lain bagi Al Quran Kalamullah.. So bercerita tentang pentunjuk..saya percaya secara semula jadi kita as a human being akan sentiasa mahukan petunjuk..tak caye? sebagai contoh..bila datangnya susah..tak cukup duit..kita akan kata dalam hati.. " Ya Allah..mcmne nak buat ni..duit tak cukup nak bayar tol...adus.." ..kadang2 bila si isteri terasa hati dengan sikap selamber suami nya..isteri akan bermonolog... " Hai...mcmne nak buat ngn laki aku ni...ckp byk dia kata bebel..aku diam..dia kata aku ni boring.. " so, samada pengharapan kita terhadap petunjuk tu memang fitrah ada dalam diri..samada islam atau bukan islam..samada pengharapan itu pada diluahkan atau tidak..samada pengharapan itu terhadap orang ataupun Tuhan.. setiap kata2 itu adalah keinginan manusia untuk mengharapkan petunjuk dari Yang lebih berkuasa..

Sempurna nya Islam agama akhir zaman ini yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah sangat luar biasa..kerana ia selaras dengan fitrah dan kebenaran..manusia memang ada kepercayaan kepada sesuatu yang supernatural..sbb tu budak2 suka giler ngn cerita superman..spiderman..otromen..senang kata apa yang menampakkan kuasa luar biasa ini mudah dipercayai oleh manusia..itulah fitrah kita manusia yang sebenarnya Allah jadikan ruang untuk mentauhidkan Allah..untuk beriman dan percaya perkara ghaib..itu kesemua rukun iman yang kita fahami...Percaya pada Allah..Malaikat..dan lain2..(tolong sambung dalam hati ya..)

Berbalik pada saya..pencarian Al Huda dalam diri saya bukan mudah..Ia semacam berperang dengan musuh...kenapa sya kata ka begitu? kerana pencarian Al Huda mempunyai banyak musuh yang akan menghalang...itulah yang disebut dalam Al Quran : 

Sesungguhnya nafsu (amarah) itu selalu menyuruh kepada kejahatan , kecuali nafsu yang dirahmati Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Mengasihani." ( Surah Yusuf 12:35)


Mencari Al Huda ibarat macam berperang dengan Nafsu..(nafsu bukan nama orang tau) tetapi kehendak jahat dalam diri kita..dan yang lebih menjadikan peperangan ini dasyat apabila nafsu mendapat sokongan dari mahluk yang sgt bijak dan berinovasi dalam menyesatkan manusia..itulah SYAITAN...hurm..inilah golongan profesional lagi pakar menyesatkan manusia..mana kan tidak?? mereka sudah berpengalaman menggoda manusia sejak dari zaman Nabi Adam a.s hinggalah ke hari ini...

Bentuk Al Huda : 


Al Huda dalam konteks pencarian diri saya tidaklah sehebat perjuangan para salafus soleh dan ahli sufi..namun, apa yang saya harapkan ialah..untuk menjadi akrab dengan Allah...merasakan Allah benar2 melihat...bukan sekadar tahu Allah melihat..tetapi rasa... paling mudahnya..saya ingin Allah berikan taufik..dan hidayahnya..agar saya kekal dengan rasa kehambaan (jauh dari kesombongan)...dan saya ingin sekali menjadikan Cinta Allah paling agung dari segalanya..dan kerinduan pada Nabi Muhammad..mengatasi apa sahaja di dunia ini...

Kehendak ini kalau sekali baca macamlah seolah-olah terlalu sempurna untuk insan yang biasa dan semuda saya..orang muda ini masih punya waktu..cubalah relax sikit...yang penting ko solat..buat baik..nakal2 remaja tu biasa la..islam kan mudah.. hurm...eh eh eh eh.. bukankah mati itu tidak ada meletakkan syarat umur...bukankah syariat itu ditaklifkan ke atas mereka yang mukalaf...bukan ke di kiri dan kanan kita ini ada malaikat yang sntiasa mencatat kebaikan dan keburukan walau sekecil zarah sekali pun...dan bukan ke hakikat hidup dan bernyawa di dunia ini semata2 untuk hidup selamanya di akhirat? dan paling penting bentuk kehidupan mcmne yyang kita nak selepas kita kembali kepada Allah nanti? semua ditentukan ketika kita hidup..tak kira lah mencecah 100 tahun ke..80 tahun ke..60 tahun ke..hatta umur 25 tahun ke ( umur aku).. itulah kata Para Sufi... " Ad Dunya Mazroatul Akhirah.." Dunia ini ladang buat akhirat... masa hidup inilah kita bercucuk tanam (beramal) dan diakhirat kelak lah kita akan menuai hasilnya (ganjaran)..

tetapi kata Allah...

" dan demi sesungguhnya!! Kami telah berulang kali menyebarkan al Quran di antara mereka supaya mereka berfikir . kebanyakkan manusia itu tetap kufur.." (Al Furqan 25:50)

tepuk dada tanya lah iman kita...di mana kedudukan kita di sisi Allah? (ini peringatan untuk diriku..)

Pipih tak dtg melayang..bulat tak dtg bergolek :

Itulah Al Huda...bagaimana saya mampu beroleh Al Huda kalau sekadar berharap dan terus berharap...berharap itu tidak ckup dihati sahabat2...Dalam kuliah ramadan yang lepas..saya berkesempatan duduk mengamati bait2 kata pak ustaz..

" bahawa Berusahalah tuan2...di bulan ramadan ini agar Allah memberikan kita TAUFIQ...InsyaAllah bila hari ini bila tuan2 merasa terpanggil...merasa bersungguh..untuk dtg solat terawih..datang solat isya berjemaah..rasa bersalah kalau tidak berpuasa..rasa ralat kalau tidak ada sedekah siang td..itulah tanda Allah sudah pun memberikan taufiq kepada kita..itulah nikmat yang Allah beri kepada kita untuk tersedar.. dan kembali rasa kehambaan pada Nya..tapi itu tak cukup...berusahalah kita dengan bersungguh2...agar Allah mengurniakan HIDAYAH...dan hanya dengan hidayah sahaja dapat membuatkan kita kekal untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa... "

apa yang saya faham..taufik ini sbg permulaan dan pencetus..ia boleh berbolak balik..ibarat ombak..yang tidak selalu tenang...kadang naik dan turun...dan kita perlukan Hidayah...untuk benar2 buat kita konsisten beramal dan merasa kehambaan tu..

Pokok Pangkalnya...untuk mendapat AL huda = Mencari taufiq dan Hidayah dari Allah...

Apa usahanya?? itulah yang hakikat kehidupan manusia...iaitu Mujahadah...kerana kita ini memang seorang mujahid..sentiasa berjuang untuk melawan goadaan dunia...!!! hiburan la...kelapangan la..kesronokkan la..sehingga melalaikan kita untuk mengingati Allah..bukan salah berhibur..bak kata raihan.. " berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah..hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah... " ( tulis sambil nyanyi...hehe)

Ini antara ringkasan cara yang saya terfikir dan saya baca bagaimana untuk mencari Al Huda... Sebelum tu..Pencarian Al Huda memerlukan satu proses yang diberi nama Tazkiyatun nafs..atau penyucian Jiwa..

so bila jiwa, qalbu, hati kita sudah digosok..dibuang karat dan kekotoran..insyAllah..mudah Al Huda akan masuk ke dalam jiwa...

caranya tuan2 ..( sila catat atau hafal atau hayati..) p/s mcm nk tulis resepi masak plak.. =)


  1. muhasabah ( penilaian diri. self assesment, self check)
  2. Taubat Nasuha
  3. Pecutan Terakhir
  4. hidup bersyariat
  5. Hasanah Dunia dan Hasanah Akhirat
  6. carilah Jannatul Ajilah
setakat ini saya hanya letakkan 6..tetapi percayalah kata2 ini.. 

" hendak seribu daya..bersungguh seribu usaha..bertekad sejuta cara.. "

Islam memberikan terlalu banyak cara untuk kita kembali mendekati Allah..cuma ilmu saya je terbatas..insyaAllah saya akan tambah dari semasa ke semasa...

Muhasabah :

Ini kira macam kita cuba untuk menilai diri semula..bukan nilai kita ni anak yg baik atau tak..pekerja yg baik ke tak..bukan juga menilai kita ni pandai or bodoh..apa lagi menilai kita ni hensem or cute atau tidak...tetapi ini penilaian kita dari sisi Allah..adakah kita benar2 sudah berperanan sbg hambanya? adakah kita benar menjaga Hak Allah..? adakah kita benar mencintai Allah melebihi segalanya di dunia ini...melebihi ibubapa, keluarga, anak2..suami..isteri kita..kawan kita..apa lagi pakwe or makwe kita..kalau kebanyakkan soalan itu tidak atau sikit2....anda pn boleh tahu macam ne nak nilai kan...kalau kita cinta..sayang..pada seseorang tu..sudah tentu kesetiaan kita..komitmen kita sgt tinggi pada nya kan...

apa yang penting dengan menilai ini...kita dapat menginsafi diri kita..dan menundukkan kesombongan kita..dan sedar bahawa kita masih jauh dari Allah..sedangkan Allah itu sangat hampir dengan kita..patut ke?

Taubat  nasuha :

Sedar sahaja tidak cukup..biasanya kalau kita sudah sedar ia akan berentetan dengan rasa nak minta maaf..mcm kalau kita buat salah dengan kawan kita..mesti kalau dia depan mata kita terus sahaja ingin memohon maaf pada nya..begitu juga lah usaha mencari Al Huda..

Beza kita tak mampu melihat Allah..tetapi kita percaya dan rasa yg Allah itu sangat hampir..untuk melihat kita..mendengar sgala luahan hati kita...dan tahu isi dan rintihan bersalah dalam hati kita..

Mohon lah keampunan Allah..kerana Allah sangat Maha Pengampun..Hatta dibentangkan kepada Allah Dosa kita seluas bumi sekalipun..kalau kita tidak menyekutukan Allah dan memohon ampun..pasti Allah akan ampunkan semua dosa2 kita.. (saya adapatasi hadis nabi tentang kepentingan ber istigfar )

Syarat untuk Allah menerima taubat ialah ; ( saya rujuk Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato Ismail Kamus dan kuliah ramadan yg lalu)
  1. menyesali terhadap perbuatan dosa yang lalu
  2. melahirkan dan menanam perasaan benci terhadap perbuatan tu
  3. berazam untuk tidak mengulanginya lagi
then buatlah solat Sunat taubat..disujud terakhir mohon lah pengampunan...moga Allah menerimanya..dan insyAllah..jiwa kita akan tenang dan tenteram...kerana satu titik hitam sudah dibuang dari hati kita..

Pecutan terakhir :

saya gunakan istilah ini kerana beranggapan bahawa tiada satu pun anak adam dalam dunia ini tahu bila akan saat kematian Nya..hanya Allah sahaja yg maha mengetahui..oleh sbb itu selepas kita btol btaubat..kita kena terus memecut...dengan beranggapan inilah saat akhir untuk aku memperbaiki diri...jangan berlengah..berlapang lapang atau relaks..santai2.. sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan " beramalah seperti esok kita akan pergi (mati), dan bekerjalah seperti akan hidup selamanya.."

memecut ini maksudnya bersegera melakukan kebaikan... (solat jgn tinggal, solat berjemaah, buat amalan sunat, banyakkan sedekah (insyaAllah nanti nk share tentang kuasa sedekah), banyakkan berdoa, bangun malam, bertahajud, berpuasa sunat, berbuat baik pada org, elakkan buat, cakap perkara sia2, jauhi maksiat, atau tinggalkan maksiat, dan lain2)

walau kadang2 kita rasa malas, jemu, letih...itulah mujahadah..kita kena lawan..insyaALLah Allah akan bantu kita..


Ok, rasanya dah cukup panjang ni...belum tentu ada yang akan membaca sepanjang ini...walau bukan tatapan org..tp cukup lah ia menjadi tatapan saya sbg satu peringatan..untuk cara yg lain saya akan tulis dalam post yg lain ye..insyaAllah...moga kita dalam perlindungan Allah selalu..

Tuhan ku..inilah mujahadah ku pada Mu
Berjuang bukan mudah..
tetapi Kehadiran Mu disisi menggelapkan segala kepahitan..
menerangkan ketenangan..
Sungguh benar amalan ku tidak setanding Nikmat Mu Ya Rabb
Syukurku tidak setaraf hadiah kurniaan Mu selama ini..
Hanya pengharapan Ku ialah RAHMAT mu Ya Rabb..
Rahmatilah dari..Redha akan daku sbg Hamba Mu...


wallahualam~