Wednesday, October 26, 2011

Siapa yang KUAT?

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah atas iziNya kita bertemu lagi dalam ruangan blog ini. Tidaklah jemu-jemu kita mengutap syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang usia hari ini..sudah tentu hikmahnya kita masih diberi kesempatan untuk terus mendekati Nya.. bahkan..

Perjuangan ini masih perlu diteruskan..Peringatan juga masih banyak yang perlu diingatkan..hati kita masih perlu di didik dengan tarbiyah ilmu dan singkapan kerohanian.. apatah lagi nafsu kita ini sentiasa mendesak dan perlu dilatih dengan bebanan amal-amal kebaikan..

Sedikit coretan peribadi beberapa minggu yang lalu..

Sempena majlis konvokesyen baru-baru ini saya berkesempatan untuk bertemu dengan teman-teman seperjuangan di UPM dahulu.  Al kisah nya sudah pasti bermacam cerita dan khabar yang dikongsikan teman-teman terutamanya aktiviti masing-masing selepas tamat semester terakhir pada Mei yang lalu. Yang pastinya apa juga yang dilalui oleh teman2 ini.. hari ini kita sudah bergelar Graduan Universiti Putra Malaysia. Syabas dan semoga kita pantas untuk menanggung amanah untuk berbakti kelak.

Apa yang mencuit hati ini..apabila kebanyakkan mereka yang  ditemui akan berkata sosok tubuh sudah kelihatan nampak lebih kurus berbanding sebelum ini.. “Megat, kau Nampak kurus lah..”. Sememangnya diri sendiri tidaklah begitu perasan kerana tanggapan awal mungkin disebabkan potongan rambut yang pendek yang membuatkan tampak kurus..

Dan yang lebih serius ada yang menanyakan.. “ Megat, engkau ada sakit apa-apa ke? Kenapa nampak kurus sangat? “.. Senyuman sahaja yang dapat saya berikan..

Terima kasih teman2 kerana begitu mengambil berat.. Sungguh, tidaklah sedikit pun hati kecil ini terusik dengan pertanyaan teman2..

Dan Alhamdulillah.. Allah terus  sahaja memberikan kesihatan yang baik..masih mampu bekerja, mencari rezeki sepanjang hari..meluangkan masa bersama keluarga..dan paling disyukuri.. Allah masih menganugerahkan kekuatan untuk terus memperhambakan diri pada Nya..dan mendekati Nya..

Walau terkadang diri ini ada kalanya merasa letih dan lesu.. Namun, yg letih itu bukanlah hati..tapi nafsu yang membuak untuk mengambil kesempatan mengatasi rasa kehambaan kepada rasa kemanusiaan..[Ya Allah berikan ku taufiq dalam ketaatan kepada Mu]

Bila tubuh ini dilihat dengan mata lahiriah / mata fizikal..sudah tentu tidaklah segagah mana..saya teringat ungkapan ini untuk kita cerna bersama.. 

biarlah tubuhku mati..namun HATI tetap hidup dan butuh pada ILAHI..”

Ya sahabat, kekuatan di dalam ini lah yang akan memperkuatkan apa yang diluar! Kita terbayang bagaimana Rasullullah saw yang begitu kuat kemahuan hati nya secara berterusan sujud dan ruku (solat) pada Allah SWT sehingga  tapak kakinya menjadi pecah.

Apa yang kuat sebenarnya? Kadangkala fizikalnya tidak lah nampak laratnya..namun itulah Hati kuat masih mahu dan terus ingin mendekati Allah..

Inilah perihal yang ingin kita renung sejenak dalam Entry kali ini iaitu kekuatan HATI..


==============================================================

Siapakah yang KUAT menurut kita?

Sering kita dalam membezakan kekuatan sesama manusia akan cenderung untuk melihat kekuatan ini dari aspek yang nampak dan boleh diukur dengan mata kasar..

Maka, sudah tentu mereka yang kuat menurut kita mereka yang ada kelebihan kemampuan fizikal untuk bekerja dengan kadar yang jauh lebih dari orang lain.. lihat sahaja program popular seperti Guinness book of record yang menguji kekuatan manusia. Ada insan yang dinilai kuat hingga dapat menarik kapal terbang/ keretapi dgn menggunakan rambut atau gigi mereka..ada yang dapat memecahkan ratusan batu bata dengan kepala dalam tempoh yang singkat..ada juga menguji kemampuan diri dengan makan dengan kuantiti yang banyak..

Dan sebenarnya pelbagai lagi metod yang diguna pakai oleh manusia untuk melabelkan kekuatan seseorang..

   

Ada juga perbezaan kekuatan ini dilihat dari sudut kekuatan psiki yang melibatkan aspek psikologi seperti emosi, motivasi, keyakinan dan keberanian yang tidaklah nampak secara nyata. 

Lihat sahaja manusia menguji kekuatan keberanian dengan memasukkan ular ke  dalam mulut nya..merelakan kepala nya disumbat ke dalam mulut buaya.. tidur bersama kala jengking.. berjalan di atas kabel yang melintasi antara dua menara bangunan..melakukan stunt merbahaya dengan motorsikal..dan sebagainya..

Maka siapa yang tinggi unsur psikologi nya akan dinobat sbg jaguh..

Tidak lupa dalam masyarakat moden ini juga turut meletakkan kekuatan pada kuantiti harta  yang dimiliki..jawatan yang disandang..dan ini melibatkan soal-soal keuntungan..keluasan empayar niaga.. kuasa mempengaruhi...

Semakin banyak dikumpul maka semakin tinggi nilai kekuatannya..begitulah disebaliknya..

Persoalannya..adakah sekadar ini? Nampak begitu relative, berbeza tiap manusa dan kadang kala  tidak begitu adil manusia menilai manusia..apakah kuat jika kaya? Apakah kuat jika berjaya selamat dari dibaham buaya? Adakah kuat andai kapal terbang itu berjaya ditarik?

Bagaimana mereka yang miskin tidak berharta? Bagaimana mereka yang kurus dan tidaklah sasa dan kuat rambutnya? Bagaimana mereka yang tidak seberani mereka? adakah mereka layak dinilai lemah..

Jika dibiarkan manusia memenuhi penilaian manusia..maka jauh sekali untuk tercapai secara solid dan jika tercapai, tidak pula akan puas dan rasa mencukupi..

Jadi Siapakah yang KUAT secara Hakikatnya?

Memahami kekuatan dengan berpandu akal dan mata kasar semata kadang kala akan tersalah. Lihatlah bagaimana banyaknya teori-teori generasi dahulu yang berlandaskan akal semata sentiasa mendapat kritikan dan penolakan oleh generasi terkemudian yang juga berdasarkan kajian akal. Bermakna belum sempurna jika akal ini berdiri sendiri.


Jika dahulu manusia pernah percaya melalui kajian akal tentang bumi adalah centre of the universe..namun kini, kajian akal selepas beberapa kurun membuktikan tidak..yang menjadi pusat jagatraya adalah matahari..

Andai dahulu manusia pernah percaya bumi ini mendatar..namun kini terbukti bumi adalah bulat dan berbentuk sfera yang juga melalui kajian akal..

Dahulu juga pengamal psikologi begitu taksub melatih sikap manusia seperti melatih anjing makan iaitu berasaskan memberi hukuman untuk menghalang dan memberi ganjaran untuk menggalakan sesuatu perilaku...namun kini sudah beratus idea baru yang menolak kaedah lama..seperti pendekatan pendidikan koperatif..pendekatan pencegahan..pendekatan integrative dan interaktif.. dan lain-lain..

Jadi mari kita lihat pula bagaimana keharmonian ilmu akal dan wahyu dapat memberi jawapan..

Siapa yang kuat ? Mereka ini Allah perjelaskan dengan sejelasnya.. mari kita telusuri firman Allah swt ini..

“ Sesungguhnya jawapan orang-orang beriman jika diseru kepada Allah dan Rasul nya untuk menghakimi di antara mereka hanyalah, “ KAMI DENGAR dan KAMI TAAT”. Mereka itu orang-orang yang beruntung.....”

Sabda nabi saw pula..

 “ Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yang lemah dalam setiap amal kebaikan “ (Diriwayatkan oleh Muslim didalam Kitab al-Qadar, bab. Iman lil-Qadari wal-Idz’aan lahu).

Apakah perkaitan kedua-dua nya..??

Inilah yang sebenarnya ramai kita tersalah sangka.. 

Hakikat kekuatan adalah apabila seorang hamba Allah yang begitu kuat mentaati Allah dan Rasul Nya..Secara mudahnya, kuat ini dinisbahkan pada kekuatan untuk mematuhi apa yang diperintah..dan meninggalkan apa yang dilarang..tanpa berkompromi..tanpa beralasan..tanpa berkira-kira....tanpa mempertikaikan..dan kadang kala tanpa perlu hujah santifik...

Kekuatan juga dinisbahkan kudrat melawan apa yang ada dalam dirinya..dan apa yang diluar...

Apa yang ada di dalam yang menjadi musuh no 1? 

Itulah nafsu..

Mereka kuat melawan desakan nafsu yang mendorong perilaku sifat buruk seperti bermalasan..melengah kerja.. putus asa.. cinta dunia.. bermaksiat.. menipu..pemarah memaki hamun...gelojoh. mengikut desakan syahwat.. Suka kenyang yang melampau..sukakan hiburan melalaikan..dan apa saja yang berintipatikan DOSA..

Apa yang ada diluar mereka yang menjadi musuh? 

Itulah godaan cintakan dunia..

Mereka juga kuat untuk menahan desakan sekelliling yang menyokong kehendak nafsu..ini lah yang sering disebuat budaya DOSA.. seperti trend fesyen yang menggalak pendedahan aurat..budaya couple..budaya berhibur yang bercampur bukan mahram..budaya kelab malam.. budaya mengumpat..bergosip.. budaya meluahkan dan mengaibkan teman..

Ramai antara kita yang tersepit dan dihimpit dengan budaya dosa walau sedar ia salah. Sehingga tahap jika tidak diikuti rasa bersalah..dan terasing dengan masyarakat..

Ibaratnya budaya copule dan budaya berfesyen mengikut bentuk badan adalah budaya dosa..namun bila menjadi budaya.. ramai merasa yang ber couple / fesyen itu perbuatan betul dan boleh diterima dan bagi orang yang tidak mempunyai copule / atau fesyen muslimah sebenar pula dianggap salah, berlebihan dan tidak trendy.. 

Orang yang kuat juga sebenarnya mereka yang berusaha mengukuhkan apa yang ada didalam dan apa yang diluar mereka...

Apakah yang ada didalam mereka? 

Itulah Hati dan akal...

Hati ini diperkuatkan dengan banyak mengingati Allah..melalui zikir, solat, membaca Al Quran, malah bukan terhad dalam perlakuan ritual itu sahaja..malah mereka mengingati Allah ketika mereka bekerja..mengurus..merancang..mengendali..melaksana..atau apa juga urusan mereka.. itulah yang Allah nyatakan dalam firmannya..

“ Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda – tanda bagi orang yang berakal, yaitu orang yang MENGINGAT (berzikir) Allah sambil berdiri, duduk, berbaring, dan mereka memikirkan (tafakur) penciptaan langit dan bumi, seraya berkata “Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

Adakah MUDAH dengan kata-kata? Tidak semudah itu..sudah pasti mereka ini sentiasa berusaha melatih diri..mendidik hati..melawan nafsu..untuk terus konsisten mengingati Allah.. mereka orang yang bermujahadah.. untuk lebih mengingati Allah berbanding lain... itulah yang menyebabkan mereka ini orang yang KUAT..

Orang yang kuat sebenarnya orang lemah bila berhadapan dengan Allah..

Mereka yang kuat adalah orang yang segera menyedari dosa dan kesalahannya.. malah segera  bertaubat mengakui kelemahannya di hadapan ALLAH.. kerana mereka meyakini diri sebagai hamba Allah Azzawajalla..


Dan ingatlah teman2.. insan yang mengakui.. pasrah dan berserah pada Allah atas kelemahannya..mereka inilah akan diperkukuhkan dan dipekasakan Nya.. bukan semata fizikalnya..tapi HATI nya yg penuh bercahaya dengan keimanan...

Di saat melihat aurat dan maksiat..walau pun dengan tidak sengaja..mereka segera beristigfar dan mengesali kesalahan itu..dan segera menyuci hati dari titik noda hitam..

Di saat terlanjur kata seperti kata-kata sinis, memperli, merendahkan, dan bercakap yang sia-sia..mereka segera menyedari dan berazam untuk tidak mengulangi nya..

walau kadang kala masih terulang.. biarlah andai itu berterusan..kerana kebaikan perlu diulang-ulang dan tidak mudah untuk mencapai kesempurnaan..ia satu perjalanan.. dan

Allah Yang Maha Penerima Taubat dan lagi Penyayang sentiasa tidak jemu menerima taubat hamba-hambanya...Patutkah kita jemu untuk bertaubat?


Ayuh kita perhati insan-insan ini disekeliling kita...

Sering diri ini merasa kagum..dengan kekuatan yang Allah berikan pada Hati-hati mereka.. perlindungan yang Allah berikan..

Dalam arus masyarakat hari ini yang berada dalam zaman kerosakan akhlak.. zina berleluasa..fesyen dosa bertahta di media..budaya hiburan diangkat sbg nilai komersial..nilai agama diperendahkan..

Namun..Mereka insan-insan yang sedikit ini terus bermujahadah mengharungi belantara moden yang penuh kebuasan material dan kebendaan..

Mereka bersabar dalam iman..pasrah dalam taqwa..dan me-yakini JANJI ALLAH.. me-yakini kehidupan akhirat..hari perhitungan..me-yakini syurga dan neraka.. sehingga dunia ini dilihat sebagai tempat persinggahan..akhirat tempat tinggal selamanya..

" Dunia dilihat sebagai alat..bukan matlamat...kerana matlamat mereka adalah kembali ke akhirat..yang kekal.."

Lihatlah insan-insan ini yang barangkali ada disekeliling kita...

“ Mereka lah ibarat Pedagang yang hanya menyinggah sebentar (dunia)..tidak mahu berlama..kerana hati merindu tempat asalnya.. "

" ibarat berjalan di atas jambatan yg lusuh..kaki segera melangkah dan tidak mahu berlama.. di fikiran pula sudah terbayang destinasi akhirnya..”


Wahai mujahidah...

Diri ini benar-benar mengagumi..teman-teman mujahidah (pejuang wanita) atau muslimah-muslimah di luar sana.. yang begitu akur dan taat dengan ketentuan Allah..mereka rela melabuhkan pakaiannya..mengikut syariat sebenar..daripada terlalai dengan desakan budaya fesyen yang mengundang murka..  


Mereka begitu rela sekali..menjaga kehormatan..tutur kata..dan memilih tidak berlebihan seperti berkata sia-sia..mengumpat..dan mengadu domba..

Walau mereka golongan kecil yang kuat ketaatannya.. namun mereka masih bersikap rendah hati...tidak mengasingkan diri..mampu melayan dan berbakti.. serta berbudi.. saling menghormati sesama manusia..khususnya bila bersama masyarakat..

Diri ini juga mengagumi kaum –kaum ibu yang kuat hatinya..rela mendidik anak-anak..walau dibebani kesibukan kerja..namun masih sempat mendidik anak-anaknya agar mengenali kitab Allah.. membetulkan sebutan anak-anaknya..dan mengajar anak-anaknya solat...malah solat bersama-sama..


Pada masa yang sama begitu menghormati si suami..menjaga kehormatan diri..melindungi aib kekurangan suami...menjaga aurat diri  dan pergaulan nya ketika di luar..kerana begitu yakin dan sedar...bahwa beliau isteri..dan juga hamba kepada Illahi..

Apakah mereka ini tidak punya kehendak seperti wanita biasa?

Ya, sudah pasti ada..keinginan untuk kelihatan cantik dan hebat.. namun dalam benak dan keyakinan mereka..mereka yakin bahwa mengikut peraturan Allah adalah satu kemuliaan dan perlindungan... jiwa mereka merasa tenang dan selamat.. selamat dari menghambakan diri dengan desakan manusia yang mengagungkan kebatilan..


Mereka memilih besederhana untuk kelihatan cantik..dan memberikan kecantikan sebenar pada yang Hak..yakni suami mereka kelak.. bahkan, 

" Mereka bukan sahaja selamat di sisi Allah..malah selamat dari mata manusia yang liar..dan mendapat penghormatan di mata muslim yang mukmin..."


Wahai mujahid..

Bahkan, diri ini juga amat mengagumi mu para mujahid (pejuang lelaki) yang bukan sahaja kuat fizikal untuk melindungi kaum hawa..malah kuat hati untuk melindungi Imannya.. begitu mereka ini berusaha merendahkan mata dari melihat kemungkaran..walau tidak mudah dalam masyarakat yang terdedah dgn pelbagai kelalaian.. 


Mujahid ini begitu rela memenuhi hak Allah.. menjaga solat jemaahnya.. berusaha mencari rezeki yang halal.. untuk diberikan buat keluarga tercinta..

Sesibuk mana urusan kerja..mereka berusaha untuk menjadi ayah yang baik di mata anak-anak..mereka tidak jemu menyempatkan diri untuk mendidik.. meluangkan masa bersama.. belajar untuk mengajar dan memimpin agama bagi ahli keluarganya.. melalui tazkirah dan usrah keluarga.. menyempatkan diri untuk makan bersama..memimpin doa dan mengimami solat.. serta turut mendidik anak-anak mengenal kitab Allah..

Malah mereka juga berusaha untuk menjadi suami yang baik di mata isteri.. memenuhi peranan berbanding menuntut hak.. mereka memberi nafkah dengan usaha mengikut kemampuannya.. melayani isteri dengan kata-kata yang lembut dan baik.. kadang kala tegas namun bijak bergurau senda.. melindungi isteri agar sentiasa menjaga hak sbg hamba Allah..


Dengan imannya..mereka tidak menuntut kecantikan kerana mungkin tidak kekal..tetapi mereka ini sentiasa mencari kecantikan isteri mereka..

Dan apabila dicari..mereka akan berjumpa..kerana kecantikan itu wujud  disepanjang kisah cinta mereka..

...a long the journey...

Ibarat menaikkan layang-layang..?

Untuk meninggikan dan menaikkan layang-layang..kita harus tahu ada faktor yang membantu layang-layang itu berjaya naik dengan tinggi..

Maka sudah tentu..layang-layang akan naik meninggi apabila ia ditarik melawan arah angin..dan tidak akan naik jika mengikut arah angin..

Begitulah kehidupan kita hari ini..untuk berada di puncak kemuliaan yang Allah akan berikan..yakni kebahagiaan dunia dan akhirat.. kita harus melawan arus yang banyak melalaikan dan merosakkan diri..


Kita harus berjaya mengatasi ujian kesusahan..kepayahan..dan keperitan yang sementara.. walau kadang-kadang perkara itu lah yang kita suka lakukan..ibarat manusia gemarkan hiburan.. dan yang paling digemari pula hiburan yang banyak pendedahan aurat.. menggiurkan..serta menangkat mesej cinta manusia..dan sebagainya..

Namun kuatkan kita untuk melawan arus? Kuatkah untuk memilih yang bukan digemari umum?

Pilihlah hiburan yang mendidik jiwa..yang membuatkan kita semakin mengingati Allah...dan sebenarnya..hiburan yang paling menghiburkan ialah kalam Allah yang diperdengarkan tentang janji syurga..gambaran nikmat syurga..yg tidak pernah terjangkau dek akal manusia betapa nikmatnya..

Bayangkan makanan ahli syurga yang bila mereka makan..akan mengenyangkan hingga terasa ke urat-urat seluruh badan dan bukan semata diperut..malah ahli syurga tidak mencerna najis..dan hanya merembeskan peluh...dan peluh itu pula mengeluarkan bau bauan yang begitu harum..SubhanaAllah..lihatlah nikmat yang berganda ganda...

Ayuh kita muhasabah diri..mencari kekuatan yang dahulunya hilang atau dipinggirkan.. 

Janganlah jadi manusia yang hidup diibaratkan hidup hidupan (kadang kala seperti haiwan) yakni makan, minum, rehat, tidur,kahwin..


Jadilah manusia yang hidup dengan BERTUJUAN..yakni tahu siapa diri sebenar..untuk apa dilahirkan ke dunia ini..dan ke mana kita akan pergi selepas ini..


Wallahua’lam

Monday, October 17, 2011

Di mana Kesyukuran kita?

Alhamdulillah, Segala puji dan kesyukuran kita sandarkan pada Nya..

Begitu masa cepat berlalu..dan kepantasan ini mengingatkan saya ungkapan ; “

Sesungguhnya Tanggungjawab dan peranan kita sebenarnya lebih banyak berbanding masa yang kita ada..”

Sungguh, urusan jika diperhatikan tidak pernah berkurang. Semakin hari semakin banyak beban yang diberikan oleh atasan berbanding masa pula dirasakan semakin sedikit.. Namun, Allah SWT masih memberi peluang buat kita. Di saat ini masih dapat dipertemukan dalam blog ini dengan IZIN-NYA. Inilah iltizam kita untuk terus melakukan kebaikan serta untuk memastikan dikeliling kita dihujani dengan singkapan2 ilmu, peringatan dan ajakan berhikmah.

Entry kali ini saya terdorong untuk menulis dan berkongsi pandangan tentang PERIHAL NIKMAT..


Barangkali saya pernah menyentuh tentang nikmat dalam entry yang lalu. Namun, kali ini saya ingin mengajak sahabat2 untuk merenung dengan lebih mendalam.

Kerana persoalan nikmat ini amat hampir dengan kehidupan kita. Hidup ini sudah satu nikmat. Apatah lagi sepanjang perjalanan hidup?

Perihal nikmat ini juga sangat berkait dengan kegembiraan sahabat2 saya di UPM, UIAM, UKM, UM, dan Universiti2 di seluruh negara. Itulah kegembiraan yang dirasakan oleh mereka untuk meraikan kejayaan masing-masing setelah berhempas pulas membanting keringat demi beroleh segulung ijazah.

Tiada yang lebih bahagia dari melihat senyuman dan tangis syukur ibu dan ayah di majlis konvokesyen kita bukan?  Barangkali terdetik dalam hati mereka..hari ini sudah separuh pengorbanan ku terbalas.. Pesan saya buat sahabat2 yang bakal bergraduat, janganlah kita lupa dimana kita bermula dan siapa yang memulakan..

Pohon yang subur pasti bermula ditanam dengan benih yang baik..Namun, tanpa org yang menanam mana mungkin ada pokoknya dan buahnya.. Tanpa ibu ayah pasti tiada buah kejayaan kita hari ini..

Pasti ada seribu satu kisah pengorbanan mereka .. Pernah kita dengar bagaimana kisah seorang bapa sanggup mencagar tanah demi anak? Pernah terlintas seorang ibu sanggup mengambil upah mencuci demi kelangsungan anak-anak? Namun, begitu ramai sudah dikaburi dengan kemenangan hari ini..

Apa itu nikmat?

Mudah sahaja untuk orang biasa menjawab apabila soalan ini ditanya.. Kebanyakkan kita menjawab nikmat itu apabila kita beroleh sesuatu yang dihajatkan, diinginkan atau yang kita berkehendakkan.. nikmat sering dikaitkan dengan kejayaan, keuntungan, perolehan, keselamatan, kesejahteraan, ketenangan, kebahagiaan, mendapat kesihatan.

 Mungkin juga nikmat itu sesuatu hasil setelah kita berusaha mendapatkannya. Bila kita beroleh harta. Mendapat rumah yang diidamkan, kenderaan yang diimpikan. Ada pun seorang guru yang  mengajar beroleh nikmat bila anak muridnya dapat memahami pengajarannya,. Seorang pelajar pula, dikatakan beroleh nikmat sbg pelajar apabila beroleh keputusan cemerlang, dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, dan sebagainya. Pasangan suami isteri dikatakan beroleh nikmat dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri dalam rumah tangga mereka.

Namun, ada juga berpendapat bahawa nikmat itu apabila kita berjaya mengelak atau menghindar daripada apa kita tidak mahukan, inginkan atau benci.

Barangkali, suatu nikmat jika kita dapat melarikan diri dari bayar hutang, nikmat apabila kita diselamatkan dari insiden kemalangan, nikmat apabila terselamat dari diragut ketika berjalan. Adapun semua ini satu pandangan yang pelbagai tentang nikmat.

BERGraduat juga nikmat?

Ya, Bergelar graduan universiti juga adalah satu nikmat. Inilah kelazatan penuntut2 ilmu bila diangkat darjatnya di atas ilmu yang diperolehnya. Dengan ilmu kita bergelar graduan universiti. Bukankah ini satu pengiktirafan dalam masyarakat? Dengan ilmu kita menjadi harapan kepada segenap lapisan masyarakat.


Sudah pasti berbeza pandangan masyarakat antara orang berilmu dan tidak berilmu. Ini juga ditegaskan oleh Allah SWT ;

“ Katakan lah, Adakah samada antara orang –orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu? “( Az Zumar : 9)

Malah saya pernah terbaca ungkapan Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa : Untuk Ulama beberapa tingkat di atas mukmin dengan 700 tingkat tingginya. Antara dua tingkat itu pula jaraknya sampai 500 tahun perjalanan.  

Maha suci Allah, sempurna sifat insan itu dengan ada Ilmu nya ( ini telah saya kupas pada Entry yang lalu). Bermakna tidak dapat dinafikan dengan Ilmu kita meyakini ini adalah NIKMAT!

Mensyukuri nikmat vs Mengkufuri nikmat

Persoalannya sahabat, bagaimana kita mensyukuri nikmat ini? Dan adakah kita benar kita bersyukur? Atau kita kufur..(na’uzubillah)

Persoalan nikmat ini tidak harus mengasingkan perihal kesyukuran. Apabila diasingkan maka benarlah ungkapan.

“ Ibarat kacang lupakan kulit

Sebagaimana kita sbg manusia biasa kadang2 bila kita memberi (bantuan, kebaikan) pada orang lain, kita ada keinginan untuk dihargai sekurang kurangnya diucapkan terima kasih sbg balas. Ada juga yang sudah berkira kira apa agaknya balasan akan datang daripada pemberian yang dilakukan itu.

Dan selalunya bila tidak dihargai kita mula TERASA HATI  dan terdetik dalam hati yang “ dia itu tidak tahu berterima kasih! “ Walau pun kadang2 pertolongan kita itu tidaklah seberapa..

Bayangkan pula nikmat pemberian yang kita beroleh selama ini?  Yang bukan sahaja satu atau dua nikmat, malah tidak terhitung banyaknya?  Tetapi berapa pula ungkapan terima kasih kita kepada Yang MEMBERI itu..kalau banyak.. Apakah ada kualiti terima kasih / kesyukuran kita itu?

Benarlah firman Allah SWT yang Maha Mengenali sifat hamba2 nya.. :

“ Dan sedikit sekali dari hamba-hamba KU yang tahu bersyukur (berterima kasih). “ (Surah Saba :13)

Mengapa kurang kualiti kita berterima kasih?

Pandangan ini harus bermula dengan menilai hati.. kerana di hati ini ada rasa.. dan syukur itu bermula dengan rasa..

Rasa apakah itu? Rasa Kehambaan...rasa Bertuhan..

Inilah yang kurang pada diri kita (ingatan untuk ku dan sahabat).. kurangnya rasa menjadi Hamba kepada DIA Tuhan Maha Pemberi Rezeki.


Kalau ada rasa sekali pun hanya ibarat debu2 dijalanan. Sifatnya kecil, sementara dan mudah dibawa angin dari kiri dan kanan.. Begitulah rasa kehambaan kita.. bersifat sementara dan diawal sahaja..bila tiba ajakan dunia dan keseronokan mula mendekati..kita terus hanyut dan kesyukuran terus menyepi.

Kadang2 kala kita dikaburi dengan sekutu lain.. maaf ingin saya katakan.. mari kita lihat diri.. saya tidaklah bermaksud kita menyekutukan Allah dengan beranggapan ada Tuhan lain selain Allah.. tetapi nampaknya kita lebih cenderung untuk berasa bermegah dengan usaha kita selama ini.. kita lebih gembira dengan pujian2 dan sanjungan terhadap bakat dan kemampuan kita..  kita lebih cenderung untuk rasa berbudi dan bangga dengan bantuan mereka yang mendokong kejayaan kita... sehingga kita bersungguh untuk membalas budi mereka.. apa yang salah dengan ini?

Kadang kadang kita begitu heran melihat gelagat teman2 yang begitu bersungguh mengucapkan terima kasih pada orang lain tetapi tidak pula kesungguhannya itu sebanding dengan kesyukuranya bila dihadapan Allah SWT? Begitu berjanji dia untuk membalas budi mereka.. tetapi tidak berjanji begitu pula untuk memastikan solatnya cukup 5 waktu.. Begitu berazam untuk sambung belajar lagi..namun lemah azamnya untuk belajar bab-bab agama..apa lagi kurang pula memastikan Al Quran ditatap setiap hari..kurang pula memastikan sedekahnya berterusan.. senang kata..memastikan hak-hak Allah terjaga..

Inilah ketidakadilan manusia..bila begitu menjaga Hubungan Manusia..tetapi Mengenepikan Hubungan dengan Allah..


Mari kita renung diri kita..tidak perlu melihat orang lain.. bagaimana kita menunjukkan kesyukuran kita bila beroleh nikmat? Bagaimana meraikan kesyukuran setelah berjaya beroleh segulung ijazah?

Lebih malang bagi kita apabila kesyukuran kita ini disambut dengan aktiviti yang melalaikan dan hanya mendatangkan keseronokkan sementara sahaja. Apakah yang dimaksudkan ini? Akal dan hati yang jujur pasti dapat menjawabnya.. cara menentukannya adalah dengan Mahkamah Hati!! Cuba pinta hati kita menjawabnya.. adakah tiap2 perilaku kita ketika bergembira meraikan kejayaan bergraduat ini Allah akan redha dan sukai? jika hati tenang menjawab..Alhamdulillah..jika hati resah..maka mari kita muhasabah semula..

 Cuba kita senaraikan satu per satu.. dan semak semula bersandarkan skema penilaian hati kita..bukan skema tuntutan nafsu kita..

Maaf saya katakan kadang2 kala..dibibir kita mengutap syukur..tetapi tidak di hati dan perilaku.. ada kala kita merosakkan kesyukuran ini dengan pembaziran, hiburan melalaikan, kemegahan, keseronokkan yang melampau, pendedahan aurat dan lain2.. sungguh inikah yang dikatakan berterima kasih?

Hakikat rezeki?

Sahabat2, rasa kehambaan inilah yang menjadikan kita memahami hakikat rezeki.. iaitu keyakinan sebenar benar yakin bahawa Allah Azzawajalla yang menjalankan Takdir Nya..

Yakin atau tidak, segala usaha kita adalah atas ke Izinan Nya.. bermula dengan TADBIR dan usaha dari kita selama 4 tahun ini..Allah juga yang menTAKDIRkan kita kita berjaya melepasi semua nya.. Allah juga yang menampung kekurangan kita..Allah juga yang memberikan anggota dan kebijaksanaan kita untuk kita berjaya hari ini..

Malah, takdir Allah juga turut pada mereka disekeliling kita..

Allah juga yang menggerakkan ibu bapa kita agar menjadi pendorong kejayaan hari ini, Allah juga yang mengerakkan para pensyarah, rakan2 sekuliah untuk menjadi penolong kepada kecemerlangan hari ini.. 

Malah, buat sahabat2 yang barangkali menerima anugerah mahupun pengiktirafan tertentu..percayalah, Allah juga yang menggerakkan hati2 mereka, lalu tangan2 mereka, untuk memilih kita sebagai penerimanya.. walau hati mereka kadang2 tidaklah melihat layaknya kita..tetapi hakikatnya Allah juga yang memaksa hati, memberi ilham, menggerakkan tubuh supaya takdir rezeki itu untuk kita.. Maha Suci Allah.. sesungguhnya tiada sekutu bagi Mu.. Engkau lah yang mentakdirkan segala2 nya..

 Mensyukuri nikmat?

Andai kita memahami ini dari Hati.. sudah tentu bergetar tubuh kerana mengenangkan betapa banyaknya kekurangan kita dalam mensyukuri nikmat Allah ini..

Saya ingin mengajak sahabat2 untuk menghayati firman Allah SWT yang ditinta dalam Al Quran Kalamullah ;

“ Dan kalau kamu hitung akan nikmat Allah, nescaya tidak dapat kamu menghitungNya. “

Begitulah banyak dan berterusan nikmat Allah..Namun apakah masih ada kesombongan dalam hati kita dalam menghitung kurniaan Allah ini.. walau kita terus menyombong selama ini..Allah masih terus menerus memberi rezeki buat seluruh Alam.. Maha Suci Allah..

Tidakkah kita mahu menzahirkan kesyukuran kita? Saya ingin mengajak sahabat2 agar kita mendidik Hati untuk belajar mensyukuri..melalui tindakan dan perilaku kita..

Kalau benar kita mensyukuri.. raikan lah kejayaan dan kegembiraan ini dengan seadanya.. janganlah kita melampaui batas.. saya teringat satu ungkapan :

“ Janganlah teralu gembira dengan kesenangan..kerana kita tidak tahu bila kesusahan akan menimpa.. Kesenangan akan pasti disusuri kesusahan..inilah lumrah ujian dan mehnah..”


Janganlah leka di bibir kita meraikan kegembiraan bersama keluarga dan teman2..hingga leka untuk mengingati Allah SWT..hadirkan Allah dalam kegembiraan dan kesyukuran kita.. katakan lah Alhamdulillah ( Segala Puji bagi Allah ) dan Ucapkan lah SubhanaAllah ( Maha Suci Allah ).

Bila Allah hadir dalam kegembiraan kita..pasti kita akan terjaga dari maksiat dan melampaui batas..

Allah mengingatkan kita ;

“ Maka, ingatlah (Berzikirlah) kepada KU, supaya AKU ingat pula kepada mu! Dan bersyukurlah kepada KU dan janganlah menjadi orang yang tidak tahu berterima kasih! “
(Al Baqarah: 152)

Untuk merasa  syukur akan nikmat ini, mari kita fahami ungkapan Al Baghdadi r.a

“ Janganlah engkau melihat diri engkau berhak atas nikmat itu.”

Bermakna, anggaplah nikmat ini milik Allah semata dan hanya dipinjamkan buat kita sebagai tanda kasih NYA pada kita. Dan andai ditarik nikmat ini sudah pasti kerana kasihNYA juga...

Kalau dihitung kemampuan kita..tidaklah kita layak dan berhak..kerna saya memegang ungkapan ini “ Semakin tinggi kita belajar..semakin banyak yang kita masih tidak ketahui dan semakin rendah hati..

Lihatlah ,para pengkaji alam cakerawala yang berjaya membongkar rahsia alam semesta.. walau sudah terbukti wujudnya lingkaran orbit dan bimaksakti..namun, masih banyak yang tidak dapat dijawab dan terlalu jauh untuk diteroka yang meliputi luar orbit kita..Ilmu dan rahsia itu hanya milik Allah SWT..

Inilah pentingnya untuk mendidik hati agar terhidar dari sifat ujub ( bangga dengan diri), riak dan bermegah-megah.

Bila bukan hak kita..maka ia adalah AMANAH..Ya, ijazah kita adalah AMANAH..anugerah kita adalah AMANAH..jadi kita harus menjalankan amanah ini..bukan mencemarinya..

Mari kita menghayati satu Riwayat dari ‘Atha’ bin Abi Rabah yang amat menyayat hati kita.. ;

“ Aku masuk di tempat Aisyah r.a. lalu aku bertanya : “ Terangkanlah kepada ku apa yang paling mengherankan, dari apa yang engkau lihat dari Rasulullah s.a.w.”. Lalu Aisyah r.a itu menangis dan berkata : “ Bagaimanalah keadaannya tidak mengherankan! Pada suatu malam dia datang kepada ku. Lalu dia masuk bersama aku pada tempat tidur ku. Atau Aisyah r.a mengatakan “ dalam selimut ku”,  Sehingga kulit ku menyentuh kulitnya. Kemudian dia bersabda ; “ Wahai Puteri Abu Bakar! Biarkanlah aku beribadah kepada Tuhan KU! “.

Aisyah r.a menjawab : “ Sesungguhnya aku ingin berdekatan engkau. Akan tetapi aku mengutamakan keinginan engkau “. Lalu aku izinkan kepada nya. Maka dia bangun berdiri menuju bak air. Lalu dia berwuduk. dia tidak membanyakkan menuang air. Kemudian dia berdiri,  mengerjakan solat. Lalu dia menangis, sehingga bercucuran air matanya dia atas dadanya. Kemudian dia rukuk. Lalu dia menangis. Kemudian sujud, lalu dia menangis.

Maka, sentiasalah seperti yang demikian, dia menangis sehingga datang Bilal melaungkan azan untuk solat. Maka, aku mengatakan : “ Wahai Rasulullah! Apakah yang membuatkan engkau menangis, pada hal Allah Ta’ala telah mengampunkan apa yang telah terdahulu dari dosa engkau dan apa yang terkemudian?

Lalu dia menjawab : “ Apakah tidak aku ini seorang hamba yang bersyukur? Mengapa tidak aku berbuat yang demikian? Pada hal Allah Ta’ala telah menurunkan ayat kepada ku!

“ Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang berlayar di lautan yang memberi menfaat kepada manusia. Air hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dihidupkanNya bumi yang sudah mati dan berkeliaranlah berbagai binatang dan perkisaran angin dan awan yang disuruh bekerja di antara langit dan bumu. Sesungguhnya semua itu menjadi bukti kebenaran untuk orang-orang yang mengerti!” (Al Baqarah: 164).

Begitu Mulia Rasullullah saw namun begitu tinggi kesyukuran nya..bagaimana kita yang kurang amalnya malah kurang syukurnya? Bangkitlah hati-hati yang bersih untuk mengerti!! Untuk kita mensyukuri nikmat Allah..dengan terus mengingati Nya..

Mudah mudahan kita beroleh kebaikan dari kesyukuran ini..kerana Allah SWT amat mengasihi dan merahmati hambnya ;

“ Dan kami berikan ganjran untuk orang-orang yang bersyukur.”

Dan Allah juga menegaskan kepada kita ;

“ Allah Ta’ala tidak akan berbuat siksa kamu, kalau kamu bersyukur dan beriman.”

Lihatlah nikmat dari mata TAUHID..atau mata hati yang disaluti dengan Yakin pada Allah.. pasti hidup akan lebih tenang dengan kesyukuran.. 

bila dapat sedikit rasa mencukupi..andai banyak boleh diagih-agihkan..

itulah kekayaaan HATI~

Kesempatan ini juga saya mengucap selamat dan syabas buat teman2 di UPM atas kelansungan Majlis Konvokesyen UPM ke 35..Moga kejayaan ini semakin menjadikan diri kita lebih akrab dengan Allah..kerana sesuatu Ilmu yang sebenar bila diperolehi..memandu insan kepada Cahaya..atau Nur..

Wallahu’alam


Tuesday, October 11, 2011

Merawat HATI ( sambungan ke 2)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah wa syukrolillah.. marilah kita berterusan melafazkannya..agar hingga satu saat ia benar2 meresap ke dalam hati..menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah limpahkan sejak kita bangkit dari mati sementara (tidur) dan hidup untuk kembali mengabdikan diri kepada Allah serta menjalankan urusan hidup ini dengan sebaiknya..

Entry kali ini saya amat terpanggil untuk berkongsi sambungan edisi Merawat HATI yang lalu.

Barangkali perkongsian tentang mendidik hati dan jiwa ini tidak harus sekadar bersifat sementara dan bermusim..sedangkan realiti urusan mentarbiyah hati ini adalah satu perjalanan yang berlanjutan..

Kerana saya teringat mafhum sabda Nabi Saw yang mengingatkan kita bahawa hati ini berbolak balik / berubah ubah sifatnya..maka ada kalanya kita dapat mendidik hati ke arah yang positif yakni tenang dan bahagia..ada kala kita kecundang serta tewas dengan desakan –desakan yang mendorong kepada keresahan dan kegelisahan.

Inilah ibarat kapal yang berlayar di samudera yang tidak pula selalu tenang..ada kala kita dilanda ombak dan badai besar..ada kala sesudah badai.. gelora kembali tenang dan kita dapat menikmati kerlipan bintang-bintang lalu terkesima dengan keindahan bulan dilangit malam..

Usah jemu, kerana sekali lagi saya memperingatkan diri kita bahawa perjalanan merawat hati ini satu MUJAHADAH atau perjuangan dalam diri kita..bukanlah menentang musuh di luar sana..tetapi menentang apa yang ada dalam diri ini..

Berkesan atau masih Terkesan?

Entry kali ini saya ingin mengupas salah satu aspek yang mengekang untuk kita merawat hati dengan lebih berkesan..jadi bermakna dalam merawat hati ini boleh jadi “ tidak berkesan “ walau sudah kita usaha untuk mendidiknya..

Tidak berkesan boleh jadi apabila kita sudah berusaha untuk memaafkan si dia..sudah berusaha untuk meredhai..sudah berusaha untuk melupakan dia..sudah usaha untuk mencari pengganti..sudah usaha untuk mendekati Allah dan beralih kepada cinta NYA.. namun, hati masih terkesan dengan bila mana ada berita tentang dia..bila mana kita masih lagi terluka dengan apa sahaja yang berkaitan dengan si dia..walau hubungan sudah pun berakhir..

Sehingga ada waktunya kita sudah merasa letih dan lesu untuk dilukai..disakiti..dan kecewa lagi..percayalah di saat kita merasa letih dan keluh kesal terhadap luka itu..harga diri kita semakin merundum..rasa marah..kadang-kala menyalahkan diri yang tidak mampu..malah sehingga menyebabkan rasa putus dengan hidup...na’uzubillah..

Allah mendengar rintihan diri mu

Sahabat..di saat kita merasa letih dan lesu untuk dikecewakan dan terluka..itulah tanda Allah SWT semakin sayangkan dan mendengar rintihan kita..Allah ingin terus menerus menguji kita..adakah benar kita ingin mendekati Nya..adakah benar kita ingin mencari CINTA NYA..adakah benar kita tulus..namun begitu ramai yang kecundang sebelum sempat merasa dan bernafas dalam jiwa hamba yang dilamun cinta dengan Tuhannya..

Kecundang ini kerana apa?

Merawat HATI bermakna perlu mendidik HATI..tetapi tidak cukup sekadar mendidik hati dengan mengajarnya..mentarbiyah nya..melembutkannya..sekiranya elemen lain tidak diambil perhatian!!

Masih ingat firman Allah SWT tentang bahawasanya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri apa yang ada pada mereka sendiri??

“ Apa yang ada “ ini lah kata kunci merubah diri manusia..” Apa yang ada “ ini akan saya kupas sebagai elemen lain yang perlu difahami sebaiknya...

Apakah elemen lain itu? Hakikatnya dalam diri manusia ini ada 2 benda..satunya ialah jasad kita ( hardware) dan keduanya jiwa / ruh (software) kita.. sedang perbincangan merawat hati sebelum ini semunya menyentuh persoalan jiwa..iaitu aspek software..kerana dengan mendidik jiwa kita dapat merubah jasad kita..

Elemen Hati pula dipengaruhi oleh 3 perkara.. ;

AKAL – beri pengetahuan

HATI – beri kemahuan ke arah kebaikan

NAFSU – dorong kejahatan

Ketiga tiga inilah yang perlu diberi perhatian..ketiganya sentiasa berada dalam diri kita..yang menjadikan kita baik atau sebaliknya.. dan insyaALLAH saya ingin memfokuskan pada perihal NAFSU..

Itulah saya ingin katakan GAGAL melawan nafsu yang mendorong diri agar kita  mengalah.terus rasa kecewa..terus rasa gagal..terus rasa tidak berguna..sebagai punca usaha kita tidak berkesan..

NAFSU ini lah sebenar mengasut kita agar kita undur sebelum mengapai cinta ALLAH.. syaitan juga memain penasihat utama sentiasa mencocok nafsu sambil bergembira dengan kegagalan kita..

NAFSU inilah merupakan desakan dan dorongan yang mengajak kita kepada kegagalan.. di mana segala sifat mazmummah amat diseru oleh Nafsu..samada sifat riak, takbur, rendah diri, kekecewaan, sombong, suka keseronokkan, suka kelalaian, dan mengajak kepada segala perkara yang menjauhkan kita dari ALLAH..dan pada masa yang sama menjauhkan kita kepada HATI yang bersih dan baik..

Apa kaitan NAFSU dengan kegagalan untuk merawat HATI?

Kaitannya apabila kita gagal untuk SEDAR bahawa adanya nafsu dan sifat2 nafsu dalam diri yang mengekang untuk kita berubah..pada masa yang sama kita GAGAL MENGAWAL, menundukkan, menekan Nafsu kita agar ia tidak bangkit, me-liar dan mengawal diri.

Maka, apabila nafsu menjadi dominan..itulah yang dikatakan hati berbolak balik...kadang2 kita berjaya..kadang2 kembali gelisah dan terluka...

Bayangkan ketika kita sudah tenang dan damai dalam diri..tidak terlalu memikirkan si dia..kita sudah rasa tenang dengan solat kita..kita sudah damai dengan zikir kita..sudah merasa syahdu dengan ibadat2 lain..dan sudah rasa berlapang dada..tiba2 kita didatangi perasaan remuk bila melihat si dia..bila mendengar khabar beritanya..bila rakan2 menyoal tentang hubungan dahulu..dan pelbagai keadaan yang mendatangkan resah pada hati..

Itulah tanda NAFSU belum dilatih..Ya, Nafsu perlu dilatih..di kerah..di tekan..

Nafsu ini ibarat kuda liar..kuda yang liar apabila dia mengganas kita perlu latihnya agar menjadi jinak..bagaimana? dengan menyekat dari memberi makan..menambat di tiang..melatih dan bebankan dengan latihan berat..

Samalah melatih nafsu liar..kita perlu membebankan nafsu dengan kebaikan..amal ibadat..dengan solat..malah perkara kebaikan inilah yang tidak disukai nafsu..maka yang terseksa hanyalah nafsu..bukan hati..kita bebankan sehinggalah nafsu kita lemah..ingat..menjadikan ia LEMAH BUKAN HILANG / HAPUS..nafsu itu kurniaan ALLAH yang ada baiknya..jadi kita bukan hendak membuangnya..tetapi untuk mengawalnya..

Kenapa kita tidak boleh melepaskan si dia? Dan apa kaitan dengan nafsu?

Maaf saya ingin katakan..pandangan ini mungkin berbeza dan relative mengikut individu..ini sekadar pandangan dan pengalaman sendiri..

Baiklah, pertamanya kegagalan kita melepaskan si dia.. ramai menyatakan kerana kita sudah benar-benar sayang pada dia..

Ada juga memberi sebab kenangan bercinta dahulu amat bermakna..terlalu banyak pengorbanan..susah senang dihadapi bersama..5 tahun bersama..ada yang 8 tahun bersama..mustahil dapat saya lupakan..

Ada juga menyatakan saya sudah bulat hati pada nya..seolah2 dia yang impian pasangan saya..tidak mungkin saya dapat menyintai nya seperti orang lain..

Dan bermacam lagi alasan yang diberikan untuk membolehkan hatinya terus terikat dengan perasaan lama..yang akhirnya terperangkap dengan perasaan sendiri...sedangkan si dia terus hidup bahagia dan nampak ceria dengan urusannya..Ini pasti lebih melukakan bukan?

Sahabat..saya bukan pakar jiwa..apatah lagi pakar cinta..untuk mengenal siapa lebih ikhlas dalam percintaan atau tidak..sungguh, saya bukan orang yang layak...tetapi saya berani beri pandangan begini..

Pertamanya kita tidak melihat bahwa kesemua alasan ini terdorong oleh nafsu..

Bagaimana yang boleh katakan begitu..?? satu sahaja..kerana alasan2 ini mengekang kita untuk menyerahkan cinta kita sepenuhnya pada CINTA ALLAH..itulah yang nafsu inginkan... kita masih lagi bergantung harap pada cinta manusia..dan kita akan terus kecewa dan terluka..

Dan salah “ dua “ sebabnya ialah kita tidak benar2 merasa bahawa kita ini telah berDOSA dan melakukan kesalahan..Ya, bukankah dosa itu meresahkan..?? kita resah dalam memikirkan cinta lama yang kita anggap tulus dan suci hanya untuk di dia..makna kita resah untuk melepaskan dosa.. dan nafsu pula terus berhajat kita terus berada dalam dosa..

Tidak mampu melepaskan kerana masih sayang..bermakna masih berharapkan andai dapat  bersamanya..masih sayang dengan kisah percintaan dahulu..masih ingin dibelai dan dikasihi oleh si dia..tidakkah kita perasan ini semua satu dosa?? Maaf saya katakan..biarlah pahit tapi ia realiti kalau kita ingin mengenali wajah disebalik topeng nafsu diri kita..

Kenapa saya katakan dosa..??

Kerana pertamanya hubungan berkasih kasihan / couple sebelum dihalalkan oleh pernikahan adalah Haram di sisi Islam bermakna terlibat dengan dosa..apa lagi bermadu kasih..

Jadi apakah kenangan lalu itu? Bukankah kenangan itu mengimbau kita di saat berkasih sayang..ada waktu keluar bersama..makan bersama..bersiar-siar bersama (dating) ada kala menonton wayang bersama..ada yang melangkau hingga melibatkan sentuhan..berpegangan tangan..belai membelai..kalau tidak belaian sentuhan..belaian kata2..seperti pujuk memujuk..bermanja2 dengan nada..yang diniatkan untuk menunjukkan kasih sayang pada si dia sedangkan itu tidak halal selagi dia belum menjadi suami mahupun isteri kita..

Dan seandainya kita anggap masih menjaga..boleh kah kita mengawalnya? Alah bisa tegal biasa, kalau sudah alang2 memberi komitmen cinta mustahil kita tidak memberikan dan menunjukkan kasih sayang..ya, sering dalam memberi kasih sayang ini kita tergelincir..dimulut mengaku berkasih kerana Allah..tetapi praktisnya..tidaklah begitu..

Maka adakah ini yang kita selalu bimbang untuk kehilangannya? Adakah ini yang kita sering resah untuk tidak mendapatkannya lagi? Adakah kita bimbang untuk kehilangan perbuatan DOSA?

Sedangkan..Islam membawa panduan yang baik..sebagai muslim kita sudah jelas..bahawa Jodoh ini adalah urusan dan ketentuan Allah..kita sebagai manusia bersedia dan berusaha..tetapi ramai memilih dan menyimpang dan beranggapan bahawa bercinta dan mengenali sebelum kahwin sebagai usaha..

Mengenali tidak salah tetapi saling menjalin hubungan cinta bukanlah jalannya..

Lihatlah bagaimana sakitnya kita sekarang dengan hubungan ini kerana melanggar apa yang Islam anjurkan.. ??

Bagaimana Islam memandu umatnya untuk mencari jodoh dan mengenal jodoh insyaAllah saya akan kongsikan di entry lain..

Bagaimana melatih nafsu?

Pertamanya nafsu ini dalam diri kita..hanya kita sahaja boleh mengawalnya..dengan keimanan dan bantuan akal serta kekuatan hati yang dekat dengan PenciptaNya..dan Allah juga yang dapat membantu kita..

Pada pandangan saya..paling awal kita perlu benar2 mengakui dan membenci!!!

Kalau entry lalu saya menyatakan bahawa kita perlu memaafkan dan tidak membenci..namun kali ini saya ingin mengajak sahabat yang ingin merawat hati agar kita membenci...membenci DOSA..bukan membenci manusia atau si dia kerana apa berlaku sudah berlaku..tapi membenci dalam konteks ini ialah benci terhadap perbuatan dosa yang kita lakukan..harap dapat dibezakan..

Dalam dunia ini ada satu yang kita tidak boleh suka dan harus memusuhinya..iaitu SYAitan..dan Syaitan paling gemar dosa dan maksiat..maka, kita harus membenci segala yang dikaitkan dengan DOSA dan MAKSIAT dan SYAITAN..

Apakah maksud membenci DOSA?? Begini..nak atau tidak..susah atau senang..terang terangan atau bersembunyi.kita harus menanam dan MENGAKUI dalam diri bahawa kebanyakkan kehendak kita tentang hubungan lalu adalah satu DOSA..dan kita harus melatih diri untuk tidak menyukainya..walaupun dari sudut lain kita suka dan mahukannya..bukankah sudah jelas yang kita suka itu dosa dan nafsu??


Bermakna..kita harus MERASA BERDOSA apabila memikirkan kenangan lalu...sebaliknya bukanlah kita meratapi nya..bersedih dengannya..mengenangnya..

Kalau kita meratapi..bermakna kita suka dan mahukannya..dan kita mahu mengikut nafsu..dan mahukan DOSA..

Renungkan sejenak..

Bayangkan betapa banyak dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu..adakah sebanding dengan amalan kita? Solat kita? Sedekah kita? Bayangkan betapa banyak kita berpaling dari cinta ALLAH yang hakikatnya lebih SUCI..lalu memilih cinta nafsu dan bergelumang dengan dosa dan maksiat...

Sahabat..kalaulah di saat kita bercinta dahulu..lalu Allah tarik nyawa kita dan kematian menjemput kita..adakah hubungan itu dapat menyelamatkan kita? Menyelamatkan kita dari azab kubur dan azab Allah ketika diakhirat kelak?? Dapatkah hubungan itu menahan kita dari disiksa malaikat dalam kubur kelak?? Adakah hubungan itu boleh memberi syafaat buat kita? Dan paling menggetar hati...adakah kita benar2 yakin cinta kita itu dapat membawa ke syurga ALLAH? Tanyalah diri kalian...dengarlah apa hati kecil kalian berbicara..

Ya, kita harus merasa berdosa dengan perbuatan lalu..dan mohonlah pengampunan dari ALLAH..kerana ALLAH juga yang benar2 Maha Pengampun Dosa-dosa hambanya..walau diri mu menghadap ALLAH dengan memikul dosa sebesar dan seluas BUMI ini..ALLAH juga dapat mengampunkannnya andai kita tidak menyekutukannya (adaptasi hadis nabi)

Mohonlah keampunanNya disetiap sujud kita..di saat dahi yang dahulunya penuh keegoaan dan kesombongan dari melihat cinta ALLAH..dan hari ini kita telah sedar bahawa dahulu itu hanyalah keegoan kita terhadap kemaksiatan dan dosa..dan hari ini ALLAH masih memberi nyawa dan waktu krtikal kita dapat bernafas agar kembali pada Nya..kembali meraih cinta Nya..

Jika kita mampu mengekalkan keadaan ini..InsyaALLAH..kita akan berjaya melepaskan cinta lalu..kenangan lalu..walau pun sehebat mana layanan dan kebaikan si dia dahulu..walau semewah mana hadiah dari nya..walau seromantik mana kata-kata dan pujukannya..

Kerana andai semua itu DOSA..apakah masih bernilai untuk kita sekiranya kita mati kelak..atau kita sudah memikir untuk hidup lama?

Ingatlah, bahawa ucapan selamat panjang umur diwaktu hari jadi kita hanyalah satu angan-angan...kerana yang pastinya umur kita tidak bertambah tempohnya..malah semakin hampir kita kepada kematian.. maka mohonlah hidup yang diberkati..bukan hidup berpanjangan..

Latihan berterusan..

Untuk selebihnya bagaimana melatih NAFSU ialah dengan mengambil konsep tarbiyah dan didikan iman dalam Bulan RAMADHAN..Ya, hakikat Ramadan yang telah kita tinggalkan merupakan peluang paling berharga untuk kita menjinakkan nafsu dan melupakan si dia..kerana bulan taqwa itu sangat efisien dalam melatih diri dan menundukkan Nafsu..


Secara ringkas saya boleh katakan nafsu boleh dilatih seperti mana amalan di bulan Ramadan..perut adalah punca nafsu mengganas..tundukkanlah dengan berpuasa dan kurang makan.. perbanyakkan membaca Al Quran sekurang kurangnya sehari satu muka surat..kerana kalam Allah itu alat penyuci jiwa yang berkesan..dan amiklah masa membaca terjemahannya..dan saksikanlah ayat-ayat Allah yang berbicara pada kita sejak sekian lama..bila dibaca dengan hati..maka kita akan rasa mukjizatnya Al Quran ini..

Latih lah nafsu dengan perbanyak amal kebaikan..seperti sedekah..perbaiki solat ( cara perbaiki solat saya akan kupas akan datang kerana aspek ini penting kerana solat kepala segala ibadat), perbanyakkan memberi senyuman kepada orang..memberi salam..kerana memberi juga satu sedekah..boleh dikatakan lakukanlah apa sahaja yang baik..lakukan dengan berterusan tanpa jemu.. kurangkan hiburan yang melalaikan..mendengar lagu2 jiwang yang mengasyikkan..kerana itu tidak pun membantu kita..

Saya teringat kata-kata “ Buatlah kebaikan sehingga kamu merasa letih untuk melakukan kemaksiatan..” bermakna kita kena berterusan dalam melakukan kebaikan..hingga kita tidak pula sempat memikirkan tentang kemaksiatan nafsu dan dosa iaitu hal percintaan lalu..

Hingga akhirnya kita akan merasa bahwa HATI dan AKAL berilmu lah yang akan menguasai diri..dan inilah saat kita kembali kepada FITRAH sebenar manusia..iaitu suka dan cenderung kepada KEBAIKAN..

Apa yang membimbangkan?

Tiada yang lebih membimbangkan bila Allah SWT menegaskan dalam Quran ;

“ Sesungguhnya telah kami nyatakan dalam Quran ini bermacam contoh untuk manusia. Tetapi manusia itu amat banyak membantahnya..” (Al Kahfi: ayat 54)

Adakah kita termasuk orang-orang yang disebut “ membantah “ apa yang Allah peringatkan?
Allah juga menegaskan lagi..pada ayat lain..dan ini patut kita lebih bimbangkan..

“ Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada pertunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah pertunjuk selama-lamanya.”(Al Kahfi: ayat 57)

Bimbanglah andai hati tidak langsung mahu menerima peringatan ini..dan keengganan itu disebabkan apa? Itulah yang ditegaskan Allah..di saat mata kita celik tapi hati kita buta dan tidak Nampak kebenaran...kita dapat mendengar..tp pekak dari mendengar kebenaran ini.. dan lebih rugi apabila kita terus tidak mendapat hidayah Allah..iaitu terus dalam keresahan jiwa selamanya..tiada ketenangan..tiada pedoman..apakah ini cinta yang kita ingin kan?

Sahabat, adakah sudah sedikit lembut di hati kita? Maka, saya ingin kongsikan sedikit lagi..Disamping Allah menegaskan hal ini..Allah terus mempamerkan sifat Nya yang Maha Pengasih...dalam ayat seterusnya Allah menjelaskan ;

“ Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang lain daripadanya. “ (Al Kahfi:ayat 58)

Lihatlah sahabat..betapa Allah memberi amaran..namun Allah tidak pula menafikan kasih Sayangnya..andai kita mahukan Al Huda..Petunjuk..dan Hidayah..kita perlu berusaha mendapatkannya...tunjukkanlah kesungguhan kita inginkan Hidayah Allah..

Alhamdulillah..sekadar ini sahaja perkongsian saya..sejujurnya saya juga belajar sesuatu..untuk menguatkan diri dan istiqamah untuk meraih cinta NYA..

 

 Biarlah aku sepi sendiri..asal tidak sepi dari Kasih ILLAHI..

Biar mereka tidak mengerti dan memahami..kerana mereka tidak akan tahu betapa di dalam hati ini merasa bahagia bila hampir dengan cinta HAKIKI..

Bahagia bila diri ini tenang.. sering ku yakini apabila insan mencintai Allah..pasti ALLAH akan menemukan insan lain yang turut mencintai NYA..dan dibiarkan mereka bercinta hingga ke syurga...


Wallahu’alam