Thursday, September 22, 2011

Lihat NIKMAT : Ingat PEMBERI NIKMAT


Ini merupakan gambar kenangan saya ketika berada di Melbourne Australia pertengahan 2009. 
Saya ketika ini berlatar belakang kan kawasan nature park yg diberi nama " The twelve Apostles yang melalui GREAT OCEAN ROAD..sambil menggayakan rasa kegirangan di hati setelah dapat menyaksikan pemandangan indah ini!!  

Kenapa Great Ocean Road nama diberi?? Saya agakkan kerana struktur alam semula jadi disepanjang jalan ini sememangnya AMAT menakjubkan bagi sesiapa yang menatapinya..

Maha Suci Allah..

Ya, Itulah ungkapan dibibir apabila saya pertama kali bersua muka dengan pemandangan tersebut (sebelum saya membuat aksi gambar diatas). 

Tidak henti2 bibir melafazkan kalimah  suci seolah-olah ini adalah satu intepretasi apa yang saya rasa apabila mata hati saya memandang nya...

Melihat Nikmat :: Ingat Pemberi Nikmat

Sahabat sekalian, agaknya apa lagi (selain girang sbb dpt melancong) yang kita akan rasa bila mana kita melihat pemandangan tersebut?

Pastinya cukup mudah jawapan nya iaitu hati kita merasa TENANG~ DAMAI ~ TENTERAM

Ini kerana melihat alam yang sangat indah..hamparan laut yg membiru, angin berderu dari arah kutub yang sgt dingin..(bayangkan betapa nyamannya suasana tersebut)

Baik, kalau kata itu hanya pengalaman saya kerana saya sahaja yang ke sana..apa kata terus sahaja imbas pengalaman di tanah air sendiri..

Mari kita imbas pengalaman kita mengunjungi kawasan2 perkelahan..persisiran pantai yang memutih.. Kawasan hutan seperti Sungai Congkak..kesejukan air terjun..atau pemandangan di puncak gunung..atau pengalaman melihat bulan terang ditepi pantai sambil ditemani cahaya unggun api..

Saya percaya jawapan nya tetap sama..hati kita akan memberi singal Ketenangan..Kedamaian.. " aduhai..syoknye..rasa relax..tenang dari hiruk piruk masa kt bandar.. ini baru release tension... " (ini dailog yang lazim kita katakan)

Baik, apa kata kalau kita duduk dibandar..kalau elit seperti hartamas, Damansara, Bukit Antarabangsa..Pastinya kita akan banyak melihat Bangunan Pencakar langit..Gedung2 besar..Shopping mall..kenderaan2 dan sbg nya..

Bagaimana pula perasaan kita? Pastinya perasaan tenang dan damai itu jauh berbeza antara melihat bangunan2 itu dengan melihat pemandangan lautan membiru..

Sahabat2, siapakah yang mencipta semua itu? Pastinya dengan segera dan yakin kita akan menjawab Allah SWT..Namun, mungkin kita sedari bahawa ciptaan Allah SWT ini ada dua macam.

  1.  Sesuatu yang secara LANSUNG / DIRECT terus diciptakan oleh Allah SWT. (Alam semula jadi)
  2. Sesuatu yang secara TIDAK LANSUNG yang mana ia dicipta oleh Manusia2 yang mana manusia itu juga Allah ciptakan. ( kereta, Rumah, Bangunan)

Hakikatnya kedua2 masih ciptaan Allah Azzawajalla..namun ada perbezaan perasaan KETENANGAN yg hadir..

Dekat atau Jauh dari Allah?

Apa kaitannya dengan ciptaan Allah SWT yang kita bincangkan..

Saya ingin mengajak kita untuk yakin dan percaya bahawa 

“ Bila melihat NIKMAT ..Ingatlah PEMBERI NIKMAT “

Setiap kali kita melihat nikmat alam yang menenangkan itu..bukan alam itu yang semata mata memberi ketenangan..TETAPI..

Yang memberi ketenangan kerana membuatkan kita hampir dengan Pencipta Nya..iaitu Allah SWT.. Bila melihat alam... kita melihat ayat2 Allah SWT yang berbentuk ciptaan2 Nya..itulah bukti kekuasaan Nya..

Al Hasil~

MELIHAT ALAM SEMULA JADI + DEKAT DENGAN ALLAH = JIWA TENANG

Ini kerana kedudukan antara Hamba dan Tuhannya hampir melalui pengamatan yang menimbulkan rasa.." Pasti ada yang Maha HEBAT yang mencipta Alam ini.." .Itulah alam semulajadi yang Allah ciptakan secara Direct..Maha Suci Allah..

Kisah Imam Al Ghazali dan Anak Muridnya :
( adaptasi kuliah yang saya dengar)

Ada satu ketika anak murid Imam Al Ghazali bertanyakan pada beliau..Wahai Guru ku, Sesungguhnya apabila kita sentiasa berzikir mengingati Allah pasti akan membuatkan hati kita menjadi tenang. Namun, dibibir ku sentiasa berzikir mengingati Nya..namun hati ku masih juga Resah.. Lalu Imam Ghazali menjawa “ Teruskanlah basahi bibir dan hatimu dengan berzikir..walau masih merasa resah..itu lebih baik dari membiarkan mulut mu lalai dan masih juga turut resah..”

Bermakna tiada alasan untuk kita elak berzikir mengingati Allah kalau kita tetap juga merasa resah..sekurang kurangnya mulut kita terjaga dari kelalaian dengan berzikir.

Penghalang Ketenangan :

Bertentangan rasa tenang sudah pasti perasaan gelisah dan resah!

Apakah yang menyebabkan ada perasaan ini? Itulah yang Rasullullah s.a.w ada menyatakan apabila ditanya para sahabat. Apakah itu dosa? Rasullullah menjawab apabila kamu melakukan maka akan berasa resah “.

Ini jelas bahawa DOSA = menjadikan kita RESAH GELISAH (tiada ketenangan!)

Itulah kerana perbuatan DOSA amat bertenangan dengan fitrah manusia yang ingin kan kebaikan dan kesucian..

Hadis Riwayat Muslim :

....setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih).....

Persoalannya kenapa jika resah masih melakukannya??
 
Itulah yang dikatakan DOSA ini ada 3 peringkat :

  1. Pertama kali buat dosa kita akan berasa bersalah, rasa berdosa, ada penyesalan (itu maknanya jiwa fitrah kita terseksa dengan dosa) Allah SWT menanam rasa bersalah itu agar kita segera bertaubat kembali. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun taubat hambanya! Maka segeralah menyesal, membenci perlakuan dosa itu, dan berazam untuk tidak mengulanginya.
  2.  Ada pun Tahap Ke 2 apabila melakukan Dosa..akan timbul rasa bersalah..Namun manusia itu meneruskan perbuatan itu sehingga akhirnya hilang rasa bersalah. Contoh minum arak secara pertama kali mungkin rasa “ Guilty Conesus “ tetapi bila berterusan minum akhirnya rasa biasa dan tidak lagi rasa bersalah.
  3. Dan Tahap ke 3 ini amat bahaya ( Nauzubillah) yang mana Dosa diteruskan disamping tiada lagi rasa bersalah..dan akhirnya timbul rasa seronok dan gembira dengan perbuatan dosa itu. Malah, ada yang sampai bangga untuk menunjukkan perbuatan itu dikhalayak ramai!!

Benarlah dalam ungkapan ;

‎" Jika Allah berkehendak untuk menghina seseorang lalu diberi kepadanya ilmu tetapi dicabutnya sifat TAKUT, diberi kepadanya nikmat tetapi dibuangnya sifat SYUKUR, dikenakan kepadanya bala tetapi dicabutnya sifat SABAR, dikurniakan kepadanya hikmah tetapi ditiadakannya BUDI PEKERTI, dianugerahkan kepadanya kekuatan jasmani tetapi dilemahkannya untuk BERAMAL atau diberikan kekayaan namun dibuangnya sifat PEMURAH " (al-Laja’I, 2003:223)




Iktibar bersama :

Sedarilah bahawa tiap2 dosa itu akan menjauhkan kita dari ketenangan..Kerana dengan mengingati Allah SWT sahaja kita akan hidup bahagia.. bila uji kita sabar..bila diberi nikmat kita syukur..

Lihatlah mata hati kita sewaktu kita melakukan DOSA!! Jiwa kita sebenarnya terseksa dengan Dosa2..

Turutilah rasa bersalah itu sbg kekuatan untuk kembali pada Allah..Kerana disaat kita melakukan DOSA..Allah masih lagi memberi nikmat pada kita..cuba perhatikan..Disaat kita berbuat maksiat..kita masih lagi bernafas..masih lagi berjalan..masih lagi mampu menikmati makan..bahkan Allah memberi peluang dengan mencampakkan rasa bersalah itu agar kita kembali mendekati Nya..Namun berapa ramai yang sedar keadaan ni??

Begitu HEBAT CINTA yang AGUNG dari ALLAH SWT..benar2 terbukti..Allah tidak pernah meninggalkan hambanya..sedangkan kita sendiri yang menjauhi Allah (dengan berbuat dosa). Jadi siapa agaknya yang patut kita lebih cintai??

Percayalah..ketenangan yang dibuat2..keseronokkan yang diada adakan dengan perbuatan dosa dan maksiat itu hanya fatamorgana..Jangan menipu diri sendiri~ Dihujung perbuatan itu yang akan hanya ada adalah EMPTYNESS..MEANINGLESS..KEKOSONGAN..sedangkan Allah menyediakan ketenangan hidup yang MENJAMIN kebahgiaan kita...

.............................................................................................

Setiap anak adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat “
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tarmidzi)

Wallahualam~