Wednesday, September 28, 2011

Berapakah Nilai Harga Diri kita?


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah wa Syukrolillah...

Teringat saya kata-kata DJ Pyan dan Siti dalam radio IKIM.FM di slot waktu pagi ;

Hidup ini hanya sekali..jadi buatlah yang terbaik untuk dunia dan akhirat.

Terbaik yang dimaksudkan ini saya anggap segala usaha yang kita lakukan untuk menanam dan berkebun di dunia ini atas kepercayaan dan keyakinan yang utuh bahawa kita akan menuai hasilnya di akhirat kelak.

Harga Diri Manusia

Begitulah keyakinan orang yang ada keimanan dalam dirinya bahawa Allah pasti akan menghitung dan membalas dengan seadil adilnya..Malikuyaumiddin (Allah raja di hari pembalasan)

Kekuatan inilah yang sentiasa bermain dibenak orang2 mukmin (ada keimanan) iaitu bagaimana penilaian diri mereka di sisi Allah Azzawajalla!

Tetapi dibenak dan pundak kita orang yang berbolak balik hatinya ni..yakni orang yang bermujahadah..mujahid- melawan hawa nafsu yang sukakan keseronokkan.. kelalaian..hiburan.. pujian..kesenangan dunia..

Kadang2 ada waktu kita menjadi letih..bosan..hambar untuk kekal dalam rasa bertuhan..rasa diperhatikan Nya..rasa dicatat amalan oleh Malaikat di kiri dan kanan..dan rasa sentiasa berharap dengan Nya..barangkali adanya juga kala kita terlupa menilai di mana Allah di hati kita?..dan agaknya di mana kita(harga diri) disisi Allah?


Inilah persoalan harga diri dalam Entry kali ini yang saya ingin kongsikan.

Dimana harga diri ini bukan dilihat pada urat, daging, kulit, dan fizikal luaran kita semata. Akan tetapi ia persoalan hati-hati kita, soal dalaman kita, ruh, jiwa kita yang bertunjangkan keimanan pada Allah SWT..itulah Qalbun salim yakni hati yang tenang kembali pada Tuhan Nya~

Harga Diri atau Diri Berharga

Ilmu psikologi dan umumnya pandangan barat melihat pendefinisan harga Diri individu ini sebagai ;

“ Bagaimana penilaian diri individu terhadap dirinya sendiri “


Umumnya, orang yang mempunyai harga diri yang tinggi melihat dirinya baik, berkemampuan, dan orang ini ada keyakinan untuk berjaya dalam hidup. Kejayaan dalam konteks masyarakat moden pula menyaksikan kekayaan harta, ketinggian pangkat dan sejauhmana seseorang itu dapat menguasai dunia.

Begitu juga dalam konteks Islam. Setiap mukmin yang mempunyai harga diri ;

Menilai dirinya sebagai berkemampuan dan berkeupayaan untuk berjaya samada didunia dan diakhirat ketika bertemu Allah kelak.

Harga Diri & Apa kata Orang?

Namun, dewasa kini kebanyakkan daripada kita lebih mementingkan penilaian oleh orang lain pada diri. Seringkali kata-kata ;

“ Apa orang lain kata kalau aku mengenakan pakaian ni? “
“ Apa orang lain fikirkan kalau aku tak cemerlang dalam subjek ni? “
“ Tentu aku akan dipandang sinis kalau tak pandai nak bergaya or make up!”

Malah, kalau kita perhatikan orang-orang lama (tradisional) biasannya ada menyimpan set pinggan mangkuk yang cantik dan menjadi koleksi di dalam almari. Bila nak guna? Biasanya dikeluarkan bila orang / tetamu datang ke rumah. Sedangkan diri dan ahli keluarga rela menggunakan pinggan yg kadang2 dah sumbing pun. Namun, saya suka menilai atas niat. Kalau niat kerana semata ingin menghormati dan meraikan tetamu oklah kan. Tetapi kalau semata bimbang apa tetamu akan kata...mungkin lebih baik kalau niat yang awal td..

Kalau zaman sekarang pula kita boleh tgk kawan2 kita..diluar pakai indah dan bergosok..tetapi sayang sbb yang didalamnya..singlet atau t-shirt dalam begitu compang camping atau lusuh. Alasannya..tak apa..dalam orang tak Nampak...hehe

Begitulah keadaan kita yang lebih mengadu harap dengan penilaian atau APA ORG LAIN KATA pada kita. Dan kalau kita sentiasa mengharapkan penilaian orang..saya rasa lama2 kita akan SAKIT JIWA..kerana hidup semata untuk memenuhi kehendak dan standart orang. Dan kelamaan kita akan mudah kecewa pada diri sendiri.

Harga Diri rendah

Saya ingin mengemukan bagaimana ciri orang yang mempunyai harga diri rendah (berdasarkan pandangan dan gabungan idea2 dari kuliah)

  1. Individu ini mempunyai sikap yang diberi nama “ self Sabotaging “ atau suka men sabotaj diri sendiri. Antara ungkapan orang ini ialah “ Ala takpela..mamat tu boleh la pandai..mak bapak dia pandai2..aku ni mak bapak biasa..tak sekolah..” “ Aku bukan nya reti buat..Lecturer tu dah pakar boleh la senang cakap..”
  2. Bila ada sikap men sabotaj diri sendiri..akhirnya mereka akan menjadi individu beracun dan akan menyebarkan racun sikap men sabotaj diri pada orang lain. Individu ini bukan hanya lihat diri tak baik..malah melihat yang sama pada orang lain. Senang kata mereka ini tidak suka dengan kejayaan dan kelebihan orang lain. Ungkapan yang selalu nya “ Dia tu bukan nya bagus sgt..depan2 je nak act lebih..” “ Entah2 dia skor final exam sbb bawak toyol dalam dewan peperiksaan..”.

Itulah sikap bila hargai diri rendah..rendah harga diri dan sikit juga ruang untuk menghargai orang lain..

Sebab itulah orang bijak selalu berkata ;

“ kalau kita ingin dihargai..atau disayangi..kita harus menyayangi diri sendiri dahulu..”

Kenapa kita perlu menghargai dan menyayangi diri baru boleh disayangi oleh orang lain? Ini jawabnya..

Saya beri analogi mudah..

Dalam kapal terbang..selalunya pramugari akan memberi taklimat kecemasan sebelum berlepas..sekiranya berlaku kecemasan..di bahagian atas tempat duduk ada alat bantuan pernafasan..” sila gunakan untuk anda bernafas dan kemudian baru berikan pada mereka yang hampir dengan anda “. Kalaulah kita yang ada anak dan ahli keluarga. Sudah pastinya kita rela berkorban demi anak2..sanggup mati demi memberikan oksigen pada anak2 kita..namun, ATURANNYA TIDAK BEGITU..logiknya hanya orang yang hidup sahaja boleh menyelamatkan nyawa org lain..bermakna kalau kita tidak menyelamatkan diri dahulu dengan bernafas..bagaimana kita hendak menyelamatkan nyawa orang lain yang kita sayangi..barangkali belum sempat anak kita mencapai alat bernafas..kita telah pergi kerana kesesakan nafas..kalau kita terllau sibuk untuk menyelamatkan orang lain..akhirnya kita yang terkorban..

Inilah logiknya kenapa kita perlu menghargai diri sendiri..menyayangi diri sebelum kita dapat dihargai oleh orang lain..

Hargai Diri yang Tinggi ;

Lihatlah bagaimana Rasullullah s.a.w ketika diawal menerima Hidayah dan Risalah Wahyu dari Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Ketika baginda memulakan usaha dakwah secara terang terangan sehingga mendapat tentangan kuat dari penduduk Quraish..

Ada satu ketika baginda didatangi oleh Bapa Saudaranya Abu Talib dengan menyampaikan hasrat pembesar Quraish..agar Baginda memberhentikan dakwah Islam baginda. Namun, apa kata Nabi Muhammad S.a.w?

 “ andai matahari diletakkan ditangan kanan ku dan bulan ditangan kiri ku supaya aku berhenti..tidak sesekali aku akan menghentikan risalah ini. Samada berjaya atau terkorban..” 

begitulah harga diri dan keyakinan baginda dalam menyampaikan risalah wahyu Illahi ini. Beliau yakin beliau mampu melakukannya..dan Yakin kebenaran Wahyu dan Allah Tuhan Maha Berkuasa..

Malah, para sahabat juga begitu tinggi harga dirinya berhadapan dengan tentera Parsi mahupun raja2 ketika menyampaikan risalah tauhid.. kerana dalam satu ungkapan Saidina Umar ibn Khattab r.a mengatakan ; "  

"Sesungguhnya kami bangsa Arab tinggi nilainya atas sebab Islam..jika kami meninggalkan Islam justeru kami akan jatuh ke lembah kehinaan.." 

Tegas Allah SWT..

“ Jangan kamu merasa hina dan susah, kamu adalah orang-orang yang LEBIH TINGGI kalau sekiranya kamu benar-benar BERIMAN.” (Al Imran : 139) “

Begitulah harga diri sebenar orang mukmin. Sesungguhnya Islam..dan Taqwa sahaja yang dapat meninggikan harga diri dan nilai seseorang.

Bukanlah terletak pada luaran kita, jam kita, pakaian kita mahal atau murah, beg tangan kita, kereta kita..tetapi terletak pada Iman dan Taqwa dan betapa dekatnya kita dengan Allah SWT.
Jadi janganlah bimbang dan resah kalau orang tidak raikan kita..tak hargai kita..tak pleased kita macam2..kerana penilaian yang paling penting ialah di sisi Allah..iaitu TAQWA..tetapi bimbanglah kalau kita sendiri tidak reti untuk hargai diri sendiri.

~Wallahualam~