Monday, June 6, 2011

KEMBARA 1 - setia pada GUNUNG?



Assalamualaikum w.b.t dan salam blogger,

Isu Kembara membuka tirai yang pertama merupakan perkongsian tentang salah satu artikel akhbar KOSMO! yang bertajuk setia pada gunung (sisipan GenK). tarikh tak dapat dikenalpasti sebab tak ingat. Saya ingin berkongsi tentang artikel ini sebab ini kesempatan pertama saya dapat berkongsi info dengan hampir 1juta pembaca KOSMO! berkenaan aktiviti rekreasi yang saya minati. 



Ini sangat berkait dengan Isu KEMBARA iaitu dalam ruangan ini saya berhajat untuk berkongsi tentang tempat2 yang menarik hasil daripada pengalaman saya dan rakan2. Moga2 dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh sahabat pembaca yang lain. Namun, kecenderungan saya lebih kepada aktiviti rekreasi yang melibatkan kawasan alam semulajadi. So,kepada rakan2 yang mempunyai minat yang sama bolehlah link atau share info yang anda perolehi. 

Artikel ini saya kongsi dengan bertemakan aktiviti mendaki gunung. Namun,secara jujurnya setelah sekian lama saya sudah kurang melibatkan diri dengan aktiviti mendaki. Hari ini saya menumpukan minat pada aktiviti         seperti menerokai air terjun, konservasi alam, fotografi alam semulajadi, bird watching, dan lain-lain. Untuk sekarang ini saya sangat teruja untuk meneroka air terjun yang ada di Malaysia.hehehe so website yang saya selalu lawati ; www.waterfallsofmalaysia.com . Laman ini memberikan info bergambar tentang semua air terjun  yang wujud di Malaysia. 



MOTIVASI 1- Mencari KETENANGAN HAKIKI



MasyaAllah..siapalah kita dapat menidakkan keluhan terhadap onak ranjau kehidupan yang kadang2 menekan. Begitulah kebanyakkan dari kita keluhkan. Apabila yang dihajati tidak diperolehi. Apatah lagi apabila kita mula membanding beza diri dengan orang lain. Kenapa orang lain lebih bahagia..apa yang dia mahu sering dia dapat. Kenapa nasib orang lain lebih baik berbanding saya. Apalah nasib saya sering gagal dan tidak sehebat orang lain. Inilah bentuk ungkapan keluhan yang dilafazkan bagi individu yang telah mengarah darjah pandangan hidupnya dari sudut yang menyedihkan. Kesedihan ini cukup dirasai apabila segala kebanyakkan perkara dalam hidupnya tidak seperti apa yang diharapkan. Sehinggakan diri merasa letih,lelah dan hanya meneruskan hidup tanpa merasa bermakna. Akhirnya ungkapan " lantaklah..buat bodo je..suka hati lah..lalukan sajer.." dijadikan mekanisme memujuk diri agar tidak terlalu bersedih. Sedangkan ia hanya satu pembohongan terhadap diri sendiri.

Sahabat pembaca,

Pernah kita mengalami perasaan tu?perasaan yang membuatkan kita kadang-kala hilang dalam diri sendiri. Lebih tepat apabila apa yang dilakukan tiada makna dan bernilai. Inilah penyakit hati manusia yang membuatkan manusia hilang pedoman dalam hidup. Lebih dasyat apabila hilangnya pedoman membuatkan manusia itu seolah tiada pegangan agamanya. Moga Allah menjauhkan dan melindungi kita untuk sentiasa bersyukur dan rasa mencukupi. Adakah selayaknya kita bergelar hamba mempertikai nikmat2 Allah. 

Bangkitlah insan,

Hentilah mengesali hidup atas sesuatu yang tidak dikecapi, meratapi kehilangan, membanding kebaikan dan kelebihan, sedangkan NIKMAT ALLAH sudah begitu mencukupi berbanding sedikitnya yang kita SYUKURI. Didiklah hati kita untuk menghargai yang sedia ada. Pandanglah dan rasakanlah bahawa setiap kerja dan usaha kita dalam kehidupan ini cukup BERMAKNA. Hingga kita merasa jiwa ini cukup bahagia, tenang, dan mencukupi. Perkara yang telah berlalu peristiwa yang tidak mungkin dapat diubah sedangkan hari ini dan akan datang merupakan kesempatan yang masih boleh diisi dengan kebahagiaan. Pandanglah hidup ini dengan POSITIF. kerana ia akan menjerumus emosi dan perlakuan yang POSITIF. Sahabat.. Janganlah Bersedih, Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita!


Thursday, June 2, 2011

HANTU KAK LIMAH MENYAMBUT HARI GURU~

SELAMAT HARI GURU...

Ucapan ini khas buat Diri kerana ini kali pertama saya meraikannya bersama Anak Murid. Seterusnya ucapan selamat untuk semua Guru-guru di Seluruh Pelusuk Dunia. Terutamanya semua guru-guru ketika saya di Tadika, Sekolah Rendah, Menengah, serta ketka di Universiti...

Sambutan kali ini cukup MERIAH kerana sambutan saya bersama warga SMK Pendeta Za'ba Paroi di ceriakan oleh HANTU KAK LIMAH...apakejadahnya..KAK LIMAH tak balik Rumah tapi BALIK SEKOLAH...


MENGHIBURKAN
LUCU
SAKIT PERUT KERANA KETAWA
IMPRESS
TERUJA

kesemua perasaan ini pastinya membuat semua Guru-guru rasa seronok dan amat kagum dengan kreativiti para pelajar zaman sekarang. Pelajar zaman Gen Y kini bukan sahaja celik IT malah mempunyai kebijaksanaan untuk mengolah idea biasa kepada sesuatu yang luar biasa berdasarkan konteks semasa. Inilah yang dinamakan kemahiran Generic  yang perlu diasah dalam kalangan pelajar. Syabas dan Terima Kasih buat semua WARGA SMK PENDETA ZA'BA kerana memberi peluang saya merasai sambutan Hari Guru pada tahun ini. 

HEBAT pengaruh Media mengatur pemikiran anak remaja!

 Hakikatnya pengaruh media ( tv, radio, majalah, akhbar, internet, Hp..dll)  amat hampir dengan anak remaja. Ia ibarat Ganja yang makin disumbat ke dalam minda..menyebabkan semakin ketagih dan asyik asyik asyik...

Percaya atau tidak, kajian oleh kebanyakkan Pengkaji Sains Sosial menerangkan bahawa maklumat yang dilihat dan diterima melalui TV secara halus akan masuk ke dalam Minda Bawah Sedar manusia. Hurm...macam mana ya? Maksudnya manusia mempunyai 3 tahap kesedaran iaitu sedar, separa sedah dan bawah sedar. 




  1. Sedar merupakan apa yang kita lakukan dengan bertujuan dan sengaja. Minda dan Akal kita tahu akan perlakuan itu. contohnya makan, minum. kita sedar akan tindakan itu.
  2. Separa sedar merupakan kesedaran antara sedar dan bawah sedar. Ia amat besar pengaruh terhadap perlakuan. contohnya keinginan yang pernah anda bayangkan seperti memiliki kereta mewah. sedar atau tidak secara sedikit2 perlakuan anda akan terdorong mencari peluang untuk merealisasikan impian tersebut. 
  3. Bawah sedar merupakan pendaman yang tidak disedari oleh kita. Ia mempengaruhi perlakuan secara tidak langsung atau tidak sedar. Ia merupakan pengalaman lampau yang amat memberi kesan pada diri. contohnya kita pernah terlihat kemalangan ngeri antara bas dan motor sewaktu kecil. barangkali ketika dewasa kita akan merasa tidak selesa sekiranya mendengar berita kemalangan di tv, atau apabila melihat atau mungkin sekali apabila menaiki bas. ada juga yang akan  mudah tersentak secara melampau apabila mendengar bunyi HON bas.
Maka, bayangkan kesannya apabila pendedahan oleh Media terhadap aksi, pertuturan, bahasa, kelakuan yang negatif yang dicerap oleh anak remaja. Bahkan Jangan terkejut bahasa kanak-kanak seusia 5 tahun pada hari ini sudah pandai menyebut perkataan2 kesat, kasar, dan lucah hanya kerana bergurukan  TV dan Filem di rumah.

saya teringat seorang pensyarah di UPM yang mengajar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Antara yang dikongsikan ialah beliau amat menjaga bahan-bahan yang ditonton oleh anak-anaknya. Katanya tv hari ini terlalu banyak racun yang boleh merosakan pemikiran anak2..hanya segelintir sahaja yang baik untuk perkembangan minda. antara program yang baik untuk pendidikan anak2 ialah Sesame Street, TV IQ, Discovery Channel, Blues Clues dan sebagainya...


PILIHAN ditangan masing2...nampak macam susah..tapi harus diingat bahawa yang akan mencorakkan anak2 ialah ibubapa dan persekitarannya. Pilihlah persekitaran yang positif agar anak-anak menjadi positif.

SELAMAT HARI GURU SEMUA~

IDEA


Assalamualaikum & Salam Blogger

IDEA membangunkan BLOG sendiri dah berzaman dalam Kotak FIKIRAN saya terutamanya waktu sedang berkuliah di UPM ( tahun 2 ). Namun, ada satu jenis " kawan " yang namanya IDEA ini belum cukup kuat untuk menggerakkan tangan saya,  belum cukup bertenaga untuk mendorong saya merealisasikannya. Bertahun terperap dan diperam sehingga cukup masamnya bak jeruk mangga. 

Namun baru-baru ni, ada " kawan " saya yang kedua namanya HATI yang tiba-tiba mencuit perasaan saya sehingga saya tersedar bahawa inilah waktu yang sesuai walau dah agak lambat. HATI ini yang membangkitkan satu perasaan NAK, MAHU, SEDAR..kalau monolognya " Hishhh...tak boleh jadi ni..jelous dengan member yang ada Blog..betapa banyaknya SAHAM AKHIRAT kalau dapat kongsi perkara baik dengan orang, lagi lah kalau perkara tu beri kebaikan pada orang lain.."
haa..betapa membuak-buaknya perasaan tu..hehehe

Akhirnya ada juga " kawan " sorang ni yang namanya Mr. DO IT! yang memastikan tangan saya, kaki, jari dan keseluruhan anggota yang sepatutnya terlibat memulakan operasi membuat Blog. Fuhh...lihatlah ketiga-tiga kawan IDEA, HATI, dan DO IT beradu peranan membantu saya.

Inilah yang selalu kita lupa...dalam melakukan sesuatu..

  1.  IDEA ..yang sentiasa dalam fikiran..
  2. HATI..yang membangkitkan kesedaran...perasaan..
  3. TINDAKAN...yang melakukan...merealisasikan...

contohnya...perlakuan yang baik atau perkara BERMORAL seperti " satu hari ternampak sampah bersepah di hadapan rumah "  Apa yang berlaku dalam diri kita...mula2 Otak kenalah FIKIR apa sebaiknya perlu dilakukan dengan sampah tu, apa kesan pada diri dan orang lain,HAA TAPI.....tidak cukup FIKIR.. sekiranya tidak ada PERASAAN semacam bimbang, sedih, marah, terkilan terhadap kekotoran tu....dan sebenarnya tidak cukup sekadar FIKIR dan ada PERASAAN je...kerana di sinilah peranan TANGAN yang akan melakukan sesuatu..yang mana membersihkan kekotoran sampah tersebut... 


:: FORMULA ::

FIKIR tanpa BERTINDAK = CAKAP KOSONG
BERTINDAK tanpa FIKIR = MELULU
BERTINDAK + PERASAAN tanpa FIKIR = TAK RASIONAL /EMOSIONAL
FIKIR + BERTINDAK tanpa PERASAAN = KURANG MESRA2 / SKEMA JER 

kesimpulannya... perlulah ada FIKIRAN, PERASAAN dan TINDAKAN..seimbang adalah lebih baik..

renung2 kan.. [^_^]