Wednesday, September 21, 2011

Lalat vs Manusia : Analogi dari Langit

Maha Suci Allah kerana terus memberikan Taufiq( rasa kehambaan ini)

Wa Syukrolillah (syukur pada Allah SWT) kerana saat sahabat2 membaca Blog Entry kali ini..membuktikan bahawa kita telah berjaya memilih dalam banyak2 pilihan disekeliling kita..

Kenapa kejayaan ini dianggap baik kerana kita memilih untuk meluangkan masa untuk membaca, meneliti, dan memahami..sesuatu maklumat yang diharap memberikan manfaat (doaku mudah mudahan Ya Allah!)  Dan pastnya berbanding perkara lain..kita telah pun mengorbankan waktu emas..untuk berehat..bersenang lenang..bermain games..berborak kosong..melayan movie depan Laptop.. melayan lagu2 kegemaran yg kdg2 tak byk membawa mesej kebaikan..atau lain2 yg sering jd keutamaan kita..

Alhamdulillah..anggaplah kita antara insan terpilih..kerana Allah masih memberi peluang untuk kita terus mendekati Nya...

Entry kali ini saya berminat untuk berkongsi tentang kehebatan salah satu Karya Paling Agung pada akhir zaman ini iaitu lah Al-Quran Kallamullah..


Secara asasnya semua muslim amat mengetahui tentang kehebatan Al Quran kerana ia diturunkan kepada umat manusia melalui Insan yang Mulia yang tidak pernah tahu menulis atau membaca (itulah Muhammad b  Abdullah s.a.w)..sejak dulu hingga kini tidak ada yang pernah dan mampu mencipta ayat serupa dengan Al quran (walau depa cuba satu ayat sekali pun)..
dan Allah menjanjikan Al Quran akan terpelihara hingga akhir zaman..dan banyak lg bukti2 lain..


Analogi dari Langit :

Cuma yang membuatkan jiwa saya benar2 tersungkur apabila hati saya terpanggil untuk membaca firman Allah SWT dalam surah Al Hajj ayat ke 73 (cadangan saya dengar bacaan di video ini sambil menghayati terjemahannya..moga ia menusuk dalam jiwa kita) :



ـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ۬ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن يَخۡلُقُواْ ذُبَابً۬ا وَلَوِ ٱجۡتَمَعُواْ لَهُ ۥ‌ۖ وَإِن يَسۡلُبۡہُمُ ٱلذُّبَابُ شَيۡـًٔ۬ا لَّا يَسۡتَنقِذُوهُ مِنۡهُ‌ۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ وَٱلۡمَطۡلُوبُ 


Bermaksud : " wahai umat manusia! Diberikan satu perbandingan, maka dengarlah akannya dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain daripada Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya. Dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (daripada mendapat hajatnya) dan lemah yang kena minta (daripada menunaikannya). "

Bila saya mendengar..membaca terjemahan..dan cuba mengambil kesempatan membaca kupasan Ustaz, Ulama' tafsir tentang maksud dan hal sebenar turunnya ayat ini..MasyaAllah..inilah satu Kehebatan Ayat Allah yang mencabar keegoan kita sebagai manusia!! 

Kalau kita perhatikan ayat ini merupakan satu kiasan..Al Quran sangat advanced kerana mengajar kita untuk berfikir melalui kaedah perbandingan..analogi..perumpamaan..apakah perbandingan yang Allah nyatakan ?? 1) Seekor lalat   2) Berhala sembahan kaum kafir (zaman sekarang sebarang bentuk penyembahan samada harta, kuasa, tahyul, jin, pokok2, kubur keramat)

Ringkasannya dalam ayat ini Allah SWT mencabar keegoan dan kesombongan serta kebodohan kaum kafir yang menganggap sembahan mereka itu adalah tuhan atau berkuasa untuk bagi kebaikan, rezeki, dan membantu mereka...bagaimana Allah SWT mencabar?? itulah kata Allah SWT dalam ayat yang kita dengar td.. ( sembahan itu dan mereka itu kedua2 nya tak akan dpt cipta seekor lalat yang merupakan ciptaan Allah SWT) malah Allah mencabar manusia sendiri dan sembahan itu tidak lansung dapat melawan kalau lalat yang Allah ciptakan mengambil sesuatu dari mereka.

Ini kiasan menunjukkan betapa lemahnya sembahan mereka...dan betapa bodohnya orang terus mempercayainya.. dan berharap harap... Ini cabaran Allah supaya mereka gunakan Akal untuk berfikir!! Bagaimana tuhan mereka itu hendak disembah andai cipta lalat walau seekor pun tidak mampu!!

Manusia vs lalat :

Saya percaya pengalaman kita berhadapan dengan lalat memang tak dapat dielakkan..di mana ada makanan disitu ada nya lalat..pengalaman paling luar biasa yang pernah saya lihat apabila Nabil dalam Maharajalawak melawan lalat yang dapat menghasilkan bunyi alat muzik piano..siap nyanyi lagu lagi..hehe (selingan penyegar minda)  

haih lalat dan manusia memang musuh ketat..pantang ada lalat pastinya kita akan cuba sedaya upaya nk usirnya..caranya toksah ceritalah..( guna raket badminton, guna surat khabar yang digulung2, guna gam tikus, guna lilin, guna spry mcm dalam lawak nabil tu (bunuh lalat dan panaskan makanan pada masa yg sama), paling latest guna raket berkuasa eletrik) anda guna cara bagaimana? tidak kiralah janji lalat dapat ditumpaskan..

Siapa kalah dan siapa tewas??  :

Persoalannya pernah tak kita berfikir...sebanyak mana, bermacam cara..yg kita guna..kita tetap sering kali tumpas dengan lalat..samada seekor atau ber ekor-ekor.. kita sedaya nya untuk melindungi Makanan kita dari dihinggap lalat..tetapi nisbah untuk berjaya itu...hurm...anda fikirkan...

Dalam kebanyakkan pertembungan dengan lalat..mereka yg berjaya hinggap ke makanan kita..ke tangan kita..ke muka kita..walau hanya beberapa saat..dan waktu itu sudah cukup untuk mereka mengambil sesuatu dan meninggalkan sesuatu..

Mengambil sesuatu mungkin mengambil makanan dengan kuantiti yang cukup bg mereka.. Meninggalkan sesuatu sering kali kita kata sbg bakteria..racun..mikroorganisma..kulat..BUKAN KAH ini petanda bahawa kita sebenarnya tidak mampu menandingi sifat khusus lalat yg merupakan makhluk ciptaan Allah SWT ini??

Ibn 'Abbas menjelaskan pada zaman berhala golongan kafir telah menyapu za'faran dan madu pada berhala2..lalu datang lah lalat dan memakannya..Maka Itulah Allah SWT mendatangkan ayat yang kita telah perhatikan td.. Allah Maha Besar..

Mehnah atau Didikan :

Jadi dalam konteks hari ini..mungkin kita sesama muslim jarang sekali terlibat dengan penyembahan berhala..( tapi masih ada yang melakukan pemujaan syaitan..jin..jembalang..) 

Namun, penyembahan mutakhir ini sudah mula berinovasi..iaitu penyembahan terhadap harta ( bila menjadi hamba kepada harta dan kekayaan)..penyembahan Kuasa (bila hamba kepada kuasa dan autoriti)...penyembahan kepada manusia (memuja kehebatan manusia hingga keterlaluan dan mengenepikan Hak Allah SWT) dan penyembahan alat moden (pergantungan yang keterlaluan hingga merosakkan akidah seperti teknologi..ubat-ubatan..kemudahan)

semua ini mara-bahaya kerana boleh menjerumus kan kita kepada syirik besar atau kecil...

Sahabat2..sedarkah kita..sedangkan lalat tidak mampu kita tandingi...apakah makna kesombongan dalam diri kita terhadap Allah SWT..?? Apakah nilai dalam diri kita jika kebenarannya bahawa seorang hamba itu memang lemah dan pada masa yang sama kita berterusan memungkari Allah SWT..?? Tidakkah kita perasan kesombongan dalam diri manusia itu? 

(Peringatan untuk ku dan sahabat2) 
Bila saat kita hakikatnya lemah..tetapi masih ada perasaan malas dan tidak bersungguh menjaga solatnya..Tatkala kita tak berdaya..kita masih berterusan lalai dengan hiburan2 yang terlalu bebas...
Sedang kita ini menghitung hari untuk melalui kematian..kita masih berterusan bersikap angkuh untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. 
Bila saat kita sentiasa dalam kenikmatan kurnia Allah (nyawa, kesihatan, agama islam, anak-anak, isteri, duit, rumah, kereta, keluarga, pelajaran dan lain2)..kita masih lagi beristiqamah dalam maksiat tangan (pegang dan ambil yg haram), maksiat mata (lihat yg haram cth aurat) maksiat mulut (mengumpat, cerita keburukan org, buka aib, memaki hamun, bercakap biadap) dan maksiat lain2...

Satu je yang saya fikirkan...Peluang untuk kembali dekat dengan Allah SWT sentiasa ada selagi nyawa dikandung badan... bila tiba saat kematian kita tiada lagi guna harta, kawan2, jawatan, populariti, syarikat,  dan lain2 kecuali amalan yang baik, sedekah jariah dan doa anak2 yg soleh..Kembali akrab dengan Allah SWT bermakna hidup dalam bersyariat..Bermula dengan benar2 percaya dan beriman..perbaharui iman (selalu ucap kalimah syahadah dengan penghayatan), usaha mengikut syariat..dan usaha untuk berakhlak baik dalam masyarakat..InsyaAllah saya yakin ramai antara kita tahu bagaimana..cuma masih belum benar2 bersungguh..

Carilah kekuatan dalam kepayahan..kerana dihujungnya nanti kita akan berjumpa kedamaian dan ketenangan..itulah Qalbun Salim iaitu hati yang tenang kembali menghadap Allah Yang Maha Esa..

P/s - Berkongsi tentang lalat tadi saya ada membaca satu Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari maksudnya :

" apabila lalat jatuh ke dalam minuman kamun, hendaklah tenggelamkan lalat tersebut kemudian dibuangkan kerana pada salah satu sayapnya membawa penyakit dan pada yang satu lagi mengandungi penawar "..


Ini telah diperakui oleh kajin santifik oleh Prof Dr. Mustafa Ibrahim Hasan di Mesir. Nah! hebat kan Rasullullah kita? Inilah pemimpin kita yang sering kita rindukan..dan paling kepingin ini berjumpa pada satu hari nanti (sering hati ku berbisik "Ya Rabb izinkan aku bertemu kekasih mu ini..")

Wallahualam~