Tuesday, October 4, 2011

Fomular Kejayaan Sebenar @ Kolej Canselor UPM


Bismilahirahmanirahim..

Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan serta ahli keluarga, para sahabat, salafus soleh, para ulama’ dan seluruh mukminin yang sentiasa memperjuangkan Islam sejak dahulu hingga kini.

Alhamdulillah wa Syukrolillah..

Entry kali ini merupakan perkongsian yang saya telah kongsikan bersama Adik2 Mahsiswa Kolej Canselor baru-baru ini. Majlis ilmu dan tazkirah ringkas di surau siswa kolej ini dianjurkan oleh AJK surau bersama MTM sebagai pengisian selepas solat mahgrib.

Tajuk yang diamanahkan oleh pihak surau adalah tentang tips menjadi pelajar cemerlang. Namun, saya lebih ingin berkongsi bukan sekadar tips! Tetapi FOMULAR..kerana istilah tips ini lebih berkonotasi santai dan tidak begitu serius. .bak kata seorang sahabat saya, tips ini ada sesetengah orang sahaja yang sesuai..manakala FOMULAR dianggap hampir semua orang berjaya menggunakannya. Fomular juga kita lihat dalam konteks sains atau statistic lebih kepada Persamaan..dan hampir kebanyakkan orang menggunakan PERSAMAAN  itu untuk menyelesaikan masalah pengiraan yang diberikan.

InsyaALLAH saya doa mudahan perkongsian ini dapat menusuk ke dalam hati dan jiwa kita..yang akhirnya dapat menggerakkan seluruh anggota ke arah kecemerlangan.

[ Teks Perkongsian ini saya karang semula berdasarkan apa yang saya sampaikan]

Assalamualaikum wbt.

Saya kira kini kita sudah memasuki minggu ke 5 kuliah pengajian. Tidak terlambat kiranya untuk saya mengucapkan Selamat Memasuki Alam Pengajian Tinggi buat pelajar baharu dan Selamat meneruskan semester baru buat pelajar2 lama. Semestinya di awal minggu ini kebanyakkan dari kita sudah mempersiapkan diri dengan pelbagai harapan dan azam untuk dicapai pada semester ini. Harapan ini sudah tentu menuntut kita untuk berdoa kepada Allah SWT. Begitu banyak kita berdoa agar Allah memperkenankan segala pengharapan kita.

Adik2 mahasiswa sekalian, betapa banyak sekali pun doa dan harapan kita pada Allah...Kurniaan Allah itu sebenarnya sentiasa lebih banyak dari apa yang kita harap. Apa yang Allah berikan lebih banyak dari apa yang kita minta.

Sebab itu untuk mendapat ketenangan, kita harus melihat apa yang kita ada berbanding melihat apa yang kurang. Tetapi selalunya manusia, suka melihat kekurangan dalam hidupnya. Manusia lebih gemar menghitung kekurangan berbanding kesyukuran. Suka menghitung kesengsaran berbanding keselamatan yang Allah keluarkan kita daripadanya.

Baiklah, saya diamanahkan oleh pihak kolej untuk berkongsi tentang kecemerlangan dalam pelajaran. insyaALlah saya akan menyentuh kecemerlangan ini dari sudut Islam dan Psikologi yang saya garap melalui pembelajaran dikelas, pembacaan buku, kuliah ustaz, pandangan pensyarah, rakan-rakan dan keluarga.

Apa yang penting, apa bila berada dalam majlis ilmu yang Nabi gambarkan sebagai Taman Taman Syurga di Dunia..Kita harus faham bahawa menuntut ilmu ada ADABNYA..saya ingin memberikan analogy mudah. Ilmu ini ibarat ALIRAN AIR..semestinya air akan hanya mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah dan hanya akan bertakung di kawasan lekuk yang rendah. Begitulah Ilmu..ilmu yang kita kongsikan pada malam ini memerlukan hati2 yang rendah dan tunduk dari kesombongan. Rendahkan lah hati kita walau kadang2 kita sudah tahu apa yang disampaikan. Saya teringat kata-kata Saidina Ali bahawa orang yang bijak mampu belajar dari orang yang bodoh...maksudnya belajar untuk tidak melakukan apa yang orang bodoh lakukan. Jadi walau siapa dan dimana kita masih boleh belajar jika hati kita ditundukkan..

Konsep Cemerlang dalam Islam

Dalam Islam, kecemerlangan adalah satu aspek yang amat sinonim dan dianjurkan. Ini kita boleh lihat bagaima laungan menuju kejayaan dan kecemerlangan hampir 10 kali dalam satu hari..tidak termasuk iqamat. Umat islam sentiasa diajak ke arah kecemerlangan dan kalau kita lihat bayi yang baru dilahirkan juga kita laungan azan dan dipasakkan hati si kecil ini dengan ajakan menuju kejayaan. Namun, kecemerlangan dalam islam tidak boleh diasingkan dari menyentuh hal2 keimanan dan ketakawaan kepada ALLAH..

Mari kita singkap sejarah Islam di mana kejayaan Jemaah Islam dahulu banyak dikecapi ketika Bulan Ramadan yakni bulan ketakwaan.  ;

  1.                Perang Badar antara yang cukup memberi kesan kepada Umat Islam di mana dengan   keadaan yang sedikit tetapi berjaya melawan musuh ketika dibulan Ramadan
  2.         Pembukaan kota Makkah juga belaku ketika bulan Ramada
  3.                 Pembukaan dan penaklukan sepanyol oleh Panglima Perang Islam Tariq ibn Ziyat juga  ketika bulan Ramadan
  4.         Malah sejarah abad ini di mana peperangan antara Tanah Arab dengan Israel juga mencapai kejayaan dengan berjaya menakluk kota Barlus yang dikatakan kubu yang kuat.

Jadi dengan berbuahkan IMAN dan TAKWA juga sangat berkaitan dengan Kejayaan dan Kecemerlangan.


Persoalannya kenapa umat Islam hari ini kebanyakkannya tidak cemerlang? Jangan kata diluar malah di UPM sendiri..

InsyaALLah pada malam ini kita akan berkongsi Apakah Formular Kejayaan dan Kecemerlangan Sebenar.

Adik2 mahasiswa yang dikasihi,

Berdasarkan pembacaan, ilmu psikologi dan mengambil kira pandangan agama ;

Ada 3 faktor kejayaan individu yang cemerlang yang saya ingin kongsi
  • Mempunyai MISI dan VISI HIDUP yang jelas dan tepat
  • Membangun POTENSI DIRI dengan maksimum
  •  Mempunyai sikap memberi kebaikan

MEMPUNYAI MISI DAN VISI HIDUP YANG JELAS / TEPAT

Sahabat2, Manusia dilahirkan ke dunia ini untuk berjaya! Tidak ada seorang pun yang didatangkan untuk GAGAL..percayalah! Manusia dipenuhi dengan potensi dan kebolehan.

Namun, ramai manusia yang gagal mencapai kejayaan. Kenapa? Bukan kerana mereka tidak boleh berjaya..tetapi kerana mereka tidak tahu apakah makna dan hakikat kejayaan yang sebenarnya.. Apabila kita tidak jelas makna kejayaan ini, maka kita mencari sesuatu yang tidak pasti. Maka sudah pasti kita tidak akan mencapainya.

InsyaALLAH malam ini kita akan berkongsi makna kejayaan yang sebenarnya.

Baiklah, apakah tafsiran kejayaan dan kecemerlangan? Bagi sesetengah orang kejayaan adalah satu ukuran pencapaian bila memperoleh sesuatu. Kalau ditanya bila awak akan berjaya? Saya berjaya bila dapat naik pangkat pada hujung tahun ini. Saya berjaya bila dapat CGPA 4.00 pada semester ini. Ada yang berkata saya berjaya bila saya kaya. Ada juga yang menjawab saya berjaya bila saya merasa tenang dan bahagia. Jadi tafsiran kejayaan ini agak pelbagai.

Kejayaan itu bukan destinasi..tetapi kejayaan ini satu perjalanan. Bila kita berjaya.. kita perlu jawab SEKARANG..kalau kita fikir kejayaan bila kita dapat sesuatu..kita salah..

Alhamdulillah Islam yakni Allah telah memberikan jawapan sejak dulu lagi. 

Sebab itu Formular pertama iaitu Mempunyai VISI dan MISI yang jelas.

VISI

Mahasiswa Muttakin atau ada iman dalam dirinya pasti mempunyai VISI yang jelas. Apakah VISI? Itulah visual apa yang kita ingin capai. Dalam Islam VISI kita adalah jelas iaitu untuk mencapai  kejayaan kehidupan Di DUnia dan Kejayaan kehidupan di Akhirat. Iaitu Mendapat Hasanah Dunia dan hasanah akhirat.

Kebaikan di dunia yang ingin kita capai ada dua bentuk iaitu mencapai kesenangan yang berbentuk material dan ketenangan yang lahir dari hati dan sifat mahmudah.

Kesenangan merupakan Quantity of our material yang kita ada seperti rumah yang selesa,kenderaan yang baik, pakaian yang sempurna yang diperolehi dengan HALALAN DAN TOYIBAN. Ini aspek hardware yang kita nak capai. Namun, kuantiti sahaja tidak cukup kerana aspek kualiti juga penting. 

Itulah aspek software iaitu ketenangan. Quality of our heart. Tidak guna senang kalau tidak tenang. Mewah tapi gelisah. Ketenangan ini dari hati. Itulah bermula dari sifat mahmudah. Ujian senang rasa syukur..ujian susah ada sabar. Ada rasa qanaah dan redha. Itulah kekayaaan HATI yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. jadi kita jelas apa yang kita nak capai didunia ini.

Manakala kejayaan di akhirat juga ada dua. Pertamanya kita nak capai mardatillah iaitu kita nak Allah redha kita sebagai Hambanya. Seterusnya kita nak capai Ultimate Goal kita iaitu Masuk Ke Syurga Allah. Kita bermula berasal tinggal di syurga dan  kita nak kembali ke syurga. Inilah VISI kejayaan yang kita nak capai diakhirat.

Malah dalam Quran banyak diterangkan tentang kehidupan disyurga..dalam peristiwa Israk Mikraj juga digambarkan tentang kehidupan disyugra..nikmatnya..

Ramai hari ini manusia mencari-cari dalam tidak pasti kerana mereka keliru dengan makna kejayaan sebenar. Kalau memilih tafsiran kejayaan barat maka ia bersifat nisbi atau relative. Orang miskin berjaya bila kaya. Orang kaya berjaya bila lagi kaya. Namun, makna kejayaan bg islam adalah Mutlak dan setiap orang adalah sama..tidak kira kaya, miskin, org biasa, pemimpin dan sebagainya..

Jadi sekarang kita sudah jelas apakah kejayaan yang kita nak capai sbg Mahasiwa Muttakin iaitu Kejayaan didunia dan diakhirat. 


MISI

Namun, itu tidak cukup. Kita perlu jelas MISI iaitu bagaimana kita dapat mencapai visi itu tadi. Ia juga persoalan reason for our existence. Iaitu hakikat kenapa kita dilahirkan ke dunia, ini.

Ya, persoalan ini juga sudah terjawab sejak risalah Islam disampaikan oleh Nabi.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat : 56)

Allah SWT juga berfirman bagaimana kita dapat mencapai VISI tadi ;

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah :30)

Jadi kita didunia ini ada dua tujuan utama iaitu menjadi HAMBA ALLAH yang baik dan keduanya menjadi KHALIFAH supaya kita pula boleh memberi kebaikan. Hamba ALLAH ini sudah tentu taat mengikut rukun Islam solat, puasa, sedekah, zakat dan sebagainya. Sebagai Khalifah kita berperanan mentadbir dan menjaga bumi ini mengikut syariat ALLAH SWT.

Jadi sekali lagi ISLAM memberikan jawapan kepada pencarian MISI dan VISI Hidup kita dengan mutlak dan jelas.

Apabila kita jelas dengan MISI dan VISI ini maka perjalanan kita sepanjang hidup didunia dan perjalanan kita ke akhirat pastinya berbuahkan kejayaan dan kecemerlangan..

Kejayaan yang kita ingin capai ialah kejayaan didunia dan kejayaan diakhirat.

KENAPA AKHIRAT?

Persoalannya kenapa kita mesti membincangkan soal akhirat dan apa kaitan dengan kejayaan 
dan kecemerlangan kami di UPM ni? Ramai kata akhirat tu nantila kalau kita sudah ke sana.

Ini jawapan saya..kenapa akhirat kerana kematian adalah bukan penamat. Kematian adalah peralihan daripada kehidupan mati kepada kehidupan yang tidak mati. kenapa pentingnya hidup didunia atau waktu hidup di UPM ini kerana adanya hari akhirat. Ini kepercayaan orang beriman.

Bayangkan umur umat nabi Muhammad lebih kurang 63 tahun. Paling kurang selepas kita baligh hingga capai umur 63 tahun adalah tempoh menentukan keadaan kita diakhirat..nisbah hidup diakhirat pula 1 hari dunia bersamaan 1000 tahun di akhirat..jadi kiralah..infiniti dan selamanya..

Jadi tempoh 63 tahun didunia akan menentukan kehidupan kita diakhirat..samada bahagia atau derita buat selamanya. Jadi dunia ini sangat kritikal dan penting.

Pelajar yang cemerlang dan mukmin akan memahami betapa pentingnya dunia ini kerana ia menjadi modal diakhirat kekal.

Nak atau tidak kita harus cemerlang di dunia / di  UPM untuk cemerlang diakhirat. Kita tidak boleh asingkan dunia lain dan akhirat cerita lain. Sebab itu dalam keluarga kita guna istilah baiti jannati iaitu rumah ku syurga ku. Inilah yang kita nak iaitu cinta hingga ke syurga..syurga cinta..Bermakna di dunia lagi kita sudah merasa syurga dalam keluarga. Penuh rasa kasih sayang, tolak ansur, saling menghormati.  Jadi ia tidak boleh dalam keluarga bermusuh dan bergaduh..kemudian bila reda..anggap tidak apa lah..didunia kita gaduh diakhirat nanti kita baikla..tidak begitu saudara saudari. Kalau kita bermusuh didunia kita akan bawak ke akhirat kekal.

Maka, sebab itulah pentingnya dunia kerana ia menjadi penentu keadaan kita di akhirat.

Saya teringat kata-kata Ulama “Addunya Mazroatul Akhirah “ Dunia ini tanaman buat akhirat. Jika tanaman atau tempat becucuk tanam. Maka, kita akan berusaha menanam benih yang baik, subur untuk kita tuai dan kutip hasilnya iaitu buah yang manis dan sedap. Didunia kita menanam dan diakhirat kita akan menuai. Bagaimana kita boleh dapat buah yang ranum dan enak kalau benih yang kita tanam tidak subur dan baik.??

Sebab itu, orang yang mempunyai sense of the end atau percaya hari akhirat..mereka lah orang yang paling sibuk didunia ini. Tidak ada istilah bermalas, relax dan bertangguh kerja. (budaya belajar yg selalu pelajar amalkan

Malah mereka bersungguh dalam urusan dunia kerana percaya mereka akan beroleh ganjaran diakhirat kelak. Itulah org yang bijaksana..bijak untuk sana..bukan bijaksini..

Sekali lagi ini membuktikan Betapa pentingnya kita cemerlang di UPM kerana ia akan menjadi modal diakhirat..

MEMBANGUN POTENSI DIRI DENGAN MAKSIMUM

Baiklah ini penting, saya ingin saudara saudari ingat kata-kata ini ;

MAnusia dilahirkan didunia ini untuk berjaya. Tidak ada manusia yang lahir untuk GAGAL dan KECUNDANG.

Kita sudah jelas bahawa setiap dari kita ada MISI dan VISI yang harus disempurnakan. Saya ingin bertanya..agaknya berat ke peranan dan tugas yang ALLAH berikan pada kita? Sudah tentu berat..bukan mudah menjadi hamba dan khalifah.

Maha Suci ALLAh..bila Allah hantar kita kedunia untuk tujuan tadi. Sudah tentu ALLah tidak membiarkan kita tanpa persediaan dan kelengkapan. Percayalah untuk memenuhi tugas ini. Allah membekalkan setiap daripada kita POTENSI, KEBOLEHAN, KEUPAYAAN dan 
KEUNIKAN.

Sebab itu kita ini manusia yang sempurna. UNIK..saya teringat kata2 orang bijak..DUnia ini tidak lengkap tanpa kita. Setiap kita ada peranan masing dan tidak boleh digantikan. Saya ada peranan yang orang lain tidak menyamainya.

Ada sebuah kisah antara professor dengan pendayung sampan. Satu hari prof menaiki sampan dan dibawa oleh pendayung sampan. Lalu prof itu bertanya awak tahu menulis dan membaca? Ssaya tidak tahu jawab pendayung..lalu prof berkata kalau tidak tahu pada zaman kini awak sudah keilangan separuh kehdupan awak..mereka meneruskan perjalanan..lalu prof bertanya lagi, awak ada simpanan duit? Lalu pendayung itu menjawab tidak. Saya ini kais pagi makan pagi. Manalah ada cukup duit untuk menyimpan. Lalu prof itu berkata. Kalau awak tidak menyimpan pada zaman ini awak sudah kehilangan separuh hidup awak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Lalu mereka tenggelam dan pendayung bertanya pada prof. Prof tahu berenang? Prof menjawab tidak. Pendayung lalu berkata kalau tidak tahu berenang hilanglah seluruh hidup prof.
Apa pengajaran sahabat2..setiap kita ada kelebihan masing2..walau prof tetapi ada sudut tertentu yang kurang dan lemah. Dan pendayung walau merasa mereka golongan bawah tetapi tidak perlu rasa inferiority complex atau hina kerana mereka tetap ada kelebihan masing2..kalau tiada nelayan, pesawah mana mungkin kita dapat makan nasi dan ikan walau kita prof sekali pun.

Namun, Cabaran kita ialah ramai dalam kalangan kita masih kabur dan tidak berjumpa potensi diri yang ALLAH kurniakan. Itulah Syakilah yakni bakat yang kita harus cungkil.

Sebab itu menurut tafsiran orang bijak apa makna kejayaan?

Kejayaan ialah sejauhmana jarak antara pencapaian kita sekarang dengan apa yang kita sepatutnya boleh capai? Kalau dekat maka berjaya dan kalau tidak maka tidak lah kita berjaya..setiap orang lebih kuat berbanding apa yang beliau sangkaan..

Kita lihat juga hujah saintifik, otak manusia ini mempunyai 100 ribu billion sel yang menjana kebijaksanaan..orang biasa hanya gunakan 10 % sahaja. Maka, kita tidak gunakan secara maksimum..lagi2 orang melayu masih lemah dalam budaya membaca..apatahlagi berfikir..

MEHNAH ALLAH SWT

Sebab itu indahnya Islam..ALLAH mendidik kita..bila datang ujian. Itulah sebenarnya Mehnah atau Didikan dari ALLAH kepada kita. Mehnah ini didatangkan dengan keperitan, kegagalan, kesengsaraan, kesedihan. Namun kesilapan pertama yang sering kita buat bila diuji ialah kita tidak mengeluarkan semua potensi yang kita ada secara maksimum..tetapi kita banyak mengeluh..

Sedangkan Ujian dan dugaan ini ALLAH sudah jelaskan ( Dalil Quran)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..... (Al-Baqarah : 286)

Allah tidak membebankan ke Pundak kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Bermakna segala ujian dan cabaran sepanjang di UPM atau hidup kita adalah didalam kemampuan kita. 

Cuma kenapa sering kita dengar keluhan dan kesalan seolah tidak berdaya lagi menghadapinya..jawapnya sama..kita tidak mengeluarkan segala potensi sepenuhnya untuk menghadapi kesulitan itu. Akhirnya kita mengalah dan kecundang. Sedangkan ujian itu bertujuan untuk kita mengeluarkan semua potensi atau antibody kita..

Kenapa kita tidak berupaya mengeluarkan potensi itu? Cuba kita hayati kisah ini..

Ada seorang budak telah kehilangan duitnya ditepi jalan. Lalu pada waktu malam beliau pergi mencari duit itu tersebut. Lalu seorang lelaki melihatnya mencari duit yang hilang dibawah lampu jalan. Lalu ditanya. Adik buat apa? Saya sedang mencari duit yang hilang. Ditanya lagi duit adik hilang kat mana? Hilang di sana. Dan budak itu menunjukkan duitnya hilang di satu kawasan gelap. Lalu ditanya lagi kenapa adik cari disini sedangkan duit hilang disana? Lalu budak itu menjawab saya mencari disini kerana lebih senang.
Jadi apa pengajaran dari kisah ini. Budak itu tahu duitnya hilang ditempat lain tetapi beliau mencari dikawasan yang mudah. Sudah pasti dia tidak akan berjumpa. Begitulah kehidupan kita.

Begitu juga KEJAYAAN dan KEcemerlangan...kita tidak akan berjumpa dikeadaan yang selesa, mudah dan selamat. Untuk mendapat kejayaan kita perlu keluar dari ZONE SELESA kita..Kejayaan hanya berada di Courage ZONE kita..keadaan yang mencabar dan sukar. Baru kita berjumpa dan beroleh keajayaan dan kecemarlangan.

Tetapi masalah mahasiswa hari ini kita lemah dalam ber MUJAHADAH..

Masalahnya apa? Kita MANJA..

Kita terlalu manjakan diri..tidak sanggup berasa susah..terlalu kesian kan diri...tidak sanggup merasa perit..kita selesa dengan keadaan kita sekarang..iaitu zone selesa..tanpa cabaran..tanpa ancaman..dan jika kita terus begitu..kita akan terus dalam keadaan kerugian dan kegagalan..

Sedangkan sabda nabi.. “ Syurga itu dipagari dengan kesusahan, keperitan dan kesengsaraan..dan Neraka itu dipagari dengan keseronokan dan kelalaian..”

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..Jalan menuju kejayaan itu perit kerana kejayaan itu indah..

Mengikut Sunatullah atau aturan..No pain No Gain..tiada kesusahan tiada ganjaran..we must pay the price untuk berjaya..

Sebab itu dalam kehidupan di kampus..saya tak galakkan pelajar guna istilah Work Smart..kerana banyak disalah guna menjadi Work Mengelat..work smart ini sebenarnya kerja dengan sistematik..tersusun agar kita kerja ikut perancangan..namun, pelajar hari ini ramai menyalahgunakan work smart kepada mengelat..contohnya minta rakan sign kedatangan..laporan tugasan tiru kawan..fotostat nota kawan..copy and paste kerja kawan untuk dihantar dan Cuma tukar tajuk...ini semua sikap yang salah..

Sekali lagi..kita harus memaksa diri keluar dan memasuki zone mencabar kalau ingin berjaya..lebih baik memaksa diri daripada kita dipaksa..

Satu lagi masalah yang saya selalu perhatikan ialah ramai antara kita yang MALAS...Ya, Malas..

Malas ini penyakit Mazmumah. Ia ibarat racun dalam diri.

Kita MALAS..ini menyebabkan walaupun kita ada banyak Potensi dan Kelebihan sekali pun. Ia tidak mungkin dapat dikeluarkan kerana kita MALAS..

Saya teringat ada seorang ulama menyatakan ; ada satu dosa yang tidak akan  diampunkan ALLAH melainkan kita berusaha mengatasinya..itulah Dosa MALAS..Ya Malas adalah Dosa bukan Kelemahan..

Sahabat, dalam hidup ini ada dua macam perkara iaitu perkara yang kita perlu buat dan satu lagi perkara yang kita suka buat. Menjadi sunatullah atau aturan kebiasaannya perkara yang kita perlu buat dan perkara yang kita suka buat adalah bertentangan. 

Contohnya waktu subuh bila azan berkumandang perkara yang patut kita buat ialah bangun, membersihkan diri, bersiap dan turun ke surau untuk solat berjemaah. Tetapi apa yang kita lebih suka buat? Itulah baring atas katil yang empuk, dengan kedinginan paginya..dan lena menyambung tidur kita semula..

Begitulah kehidupan di kampus, untuk berjaya kita perlu keluar dari zone selesa..itulah zone kita sekarang..iaitu relaks..santai..tidak ada ancaman..kita harus memaksa diri kita untuk bergerak ke zone mencabar..melakukan apa kita PERLU dan mengurangkan apa kita SUKA...bukan tidak boleh..tapi biar memilih.. sekali lagi..NO PAIN NO GAIN..

Cara bagaimana terpulang kepada masing2 kerana saya percaya setiap kita ada pendekatan tersendiri..itu mungkin kita boleh kupas di waktu lain..

SIKAP MEMBERI KEBAIKAN PADA ORANG LAIN

Kalau kita ingin berjaya..kita harus tidak hanya membawa kejayaannya untuk diri kita sahaja..tetapi orang yang hebat dan mukmin akan membawa kejayaannya bersama2 orang lain.

Itulah bila kita mula memberi kebaikan kepada orang lain.

Kita kena ajar orang lain untuk berjaya..dengan memberi..berkongsi..kerana Syurga itu luas..kita tidak mahu masuk ke syurga seorang diri..lebih luas antara langit dan bumi..

Rasullullah saw adalah teladan terbaik untuk kita..kerana baginda bukan sahaja berjaya sebagai hamba dan khalifah didunia..malah pasti di Akhirat..baginda bukan sahaja ada nilai ketaatan malah ada nilai kepakaran atau profesionalisme..

Baginda juga seorang pemimpin yang luar biasa kerana baginda merupakan pemimpin yang melahirkan pemimpin..hampir 124 ribu para sahabat yang dilahirkan dan merupakan pemimpin dan dai’ yang mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Memberilah dengan berkongsi..mengajar..berbincang..dan jangan ada rasa memiliki dan dimiliki ilmu..malah untuk rasa bahagia kita kena tidak merasa memiliki dan dimiliki.. jangan kata harta ini milik aku.aku sahaja yang punya...bila harta kita musnah..kita akan sakit jiwa..

Begitulah harta..Ilmu juga harta..

Dalam islam konsep harta ada (3 M) kalau ingin cemerlang amalkan 3 M ini..
1.    
1) Mencari
2) Menyimpan
3) Memberi

Begitulah aliran harta melalui zakat dan hibah..harta yang kita dapat sebagai amanah..dan kita pulangkan semula..aliran itu akhirnya menjadikan masyarakat kita aman dan harmoni..

Dalam pepatah cina..tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan wangi.. bila memberi akan menambah apa yang kita ada..

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan kepada keseluruhan singkapan dan pencerahan ilmu ini.. kita sebagai umat islam sudah jelas apa makna kejayaan yang sebenarnya..itulah yang kita harus cari dan kejar..kalau kita ingin kecemerlangan akhirat..secara tidak lansung kita juga akan dapat kecemerlangan di dunia..

Kita kena cemerlang di UPM agar kita cemerlang di akhirat..Kita cemerlang di UPM kerana ini persediaan dan usaha kita menjadi Khalifah Allah..disamping menjadi Hambanya yg taat..

Misi dan Visi sudah jelas..walau kita mahasiswa..kita sudah ditaklifkan untuk menjadi Hamba dan Khalifah..anggaplah Universiti ini sebagai pusat melahirkan Khalifah ALLAH..insyaALLAH bila kita berjuang atas Nya..pasti ALLAH akan membantu..

Mujahadah ini memang bukan mudah..ingat satu perkara..bila kita buat baik..syaitan akan hasut kita supaya tidak buat.bila kita berjaya hadapi dan buat.Syaitan akan hasut kita supaya rasa tak sempurna dan buat tak sempurna..bila kita lawan dan hadapi..syaitan akan hasut kita supaya berlebihan pula..begitulah liciknya syaitan..

Pesan saya..jangan tunggu kesempurnaan untuk memulakan langkah berubah dan buat kebaikan...kebaikan perlu dilakukan berkali kali dan berulang..insyaALLAH bila dah mula..kita akan sampai kepada kesempurnaan..

Jalan menuju syurga ini pahit..kerana syurga itu manis..

Saya mohon dan maaf jika ada kelemahan dalam perkongsian ini..mudahan ia dapat mendidik hati kita untuk mengubah cara pandangan kita terhadap hidup ini..

Wallahualam~