Monday, October 17, 2011

Di mana Kesyukuran kita?

Alhamdulillah, Segala puji dan kesyukuran kita sandarkan pada Nya..

Begitu masa cepat berlalu..dan kepantasan ini mengingatkan saya ungkapan ; “

Sesungguhnya Tanggungjawab dan peranan kita sebenarnya lebih banyak berbanding masa yang kita ada..”

Sungguh, urusan jika diperhatikan tidak pernah berkurang. Semakin hari semakin banyak beban yang diberikan oleh atasan berbanding masa pula dirasakan semakin sedikit.. Namun, Allah SWT masih memberi peluang buat kita. Di saat ini masih dapat dipertemukan dalam blog ini dengan IZIN-NYA. Inilah iltizam kita untuk terus melakukan kebaikan serta untuk memastikan dikeliling kita dihujani dengan singkapan2 ilmu, peringatan dan ajakan berhikmah.

Entry kali ini saya terdorong untuk menulis dan berkongsi pandangan tentang PERIHAL NIKMAT..


Barangkali saya pernah menyentuh tentang nikmat dalam entry yang lalu. Namun, kali ini saya ingin mengajak sahabat2 untuk merenung dengan lebih mendalam.

Kerana persoalan nikmat ini amat hampir dengan kehidupan kita. Hidup ini sudah satu nikmat. Apatah lagi sepanjang perjalanan hidup?

Perihal nikmat ini juga sangat berkait dengan kegembiraan sahabat2 saya di UPM, UIAM, UKM, UM, dan Universiti2 di seluruh negara. Itulah kegembiraan yang dirasakan oleh mereka untuk meraikan kejayaan masing-masing setelah berhempas pulas membanting keringat demi beroleh segulung ijazah.

Tiada yang lebih bahagia dari melihat senyuman dan tangis syukur ibu dan ayah di majlis konvokesyen kita bukan?  Barangkali terdetik dalam hati mereka..hari ini sudah separuh pengorbanan ku terbalas.. Pesan saya buat sahabat2 yang bakal bergraduat, janganlah kita lupa dimana kita bermula dan siapa yang memulakan..

Pohon yang subur pasti bermula ditanam dengan benih yang baik..Namun, tanpa org yang menanam mana mungkin ada pokoknya dan buahnya.. Tanpa ibu ayah pasti tiada buah kejayaan kita hari ini..

Pasti ada seribu satu kisah pengorbanan mereka .. Pernah kita dengar bagaimana kisah seorang bapa sanggup mencagar tanah demi anak? Pernah terlintas seorang ibu sanggup mengambil upah mencuci demi kelangsungan anak-anak? Namun, begitu ramai sudah dikaburi dengan kemenangan hari ini..

Apa itu nikmat?

Mudah sahaja untuk orang biasa menjawab apabila soalan ini ditanya.. Kebanyakkan kita menjawab nikmat itu apabila kita beroleh sesuatu yang dihajatkan, diinginkan atau yang kita berkehendakkan.. nikmat sering dikaitkan dengan kejayaan, keuntungan, perolehan, keselamatan, kesejahteraan, ketenangan, kebahagiaan, mendapat kesihatan.

 Mungkin juga nikmat itu sesuatu hasil setelah kita berusaha mendapatkannya. Bila kita beroleh harta. Mendapat rumah yang diidamkan, kenderaan yang diimpikan. Ada pun seorang guru yang  mengajar beroleh nikmat bila anak muridnya dapat memahami pengajarannya,. Seorang pelajar pula, dikatakan beroleh nikmat sbg pelajar apabila beroleh keputusan cemerlang, dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, dan sebagainya. Pasangan suami isteri dikatakan beroleh nikmat dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri dalam rumah tangga mereka.

Namun, ada juga berpendapat bahawa nikmat itu apabila kita berjaya mengelak atau menghindar daripada apa kita tidak mahukan, inginkan atau benci.

Barangkali, suatu nikmat jika kita dapat melarikan diri dari bayar hutang, nikmat apabila kita diselamatkan dari insiden kemalangan, nikmat apabila terselamat dari diragut ketika berjalan. Adapun semua ini satu pandangan yang pelbagai tentang nikmat.

BERGraduat juga nikmat?

Ya, Bergelar graduan universiti juga adalah satu nikmat. Inilah kelazatan penuntut2 ilmu bila diangkat darjatnya di atas ilmu yang diperolehnya. Dengan ilmu kita bergelar graduan universiti. Bukankah ini satu pengiktirafan dalam masyarakat? Dengan ilmu kita menjadi harapan kepada segenap lapisan masyarakat.


Sudah pasti berbeza pandangan masyarakat antara orang berilmu dan tidak berilmu. Ini juga ditegaskan oleh Allah SWT ;

“ Katakan lah, Adakah samada antara orang –orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu? “( Az Zumar : 9)

Malah saya pernah terbaca ungkapan Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa : Untuk Ulama beberapa tingkat di atas mukmin dengan 700 tingkat tingginya. Antara dua tingkat itu pula jaraknya sampai 500 tahun perjalanan.  

Maha suci Allah, sempurna sifat insan itu dengan ada Ilmu nya ( ini telah saya kupas pada Entry yang lalu). Bermakna tidak dapat dinafikan dengan Ilmu kita meyakini ini adalah NIKMAT!

Mensyukuri nikmat vs Mengkufuri nikmat

Persoalannya sahabat, bagaimana kita mensyukuri nikmat ini? Dan adakah kita benar kita bersyukur? Atau kita kufur..(na’uzubillah)

Persoalan nikmat ini tidak harus mengasingkan perihal kesyukuran. Apabila diasingkan maka benarlah ungkapan.

“ Ibarat kacang lupakan kulit

Sebagaimana kita sbg manusia biasa kadang2 bila kita memberi (bantuan, kebaikan) pada orang lain, kita ada keinginan untuk dihargai sekurang kurangnya diucapkan terima kasih sbg balas. Ada juga yang sudah berkira kira apa agaknya balasan akan datang daripada pemberian yang dilakukan itu.

Dan selalunya bila tidak dihargai kita mula TERASA HATI  dan terdetik dalam hati yang “ dia itu tidak tahu berterima kasih! “ Walau pun kadang2 pertolongan kita itu tidaklah seberapa..

Bayangkan pula nikmat pemberian yang kita beroleh selama ini?  Yang bukan sahaja satu atau dua nikmat, malah tidak terhitung banyaknya?  Tetapi berapa pula ungkapan terima kasih kita kepada Yang MEMBERI itu..kalau banyak.. Apakah ada kualiti terima kasih / kesyukuran kita itu?

Benarlah firman Allah SWT yang Maha Mengenali sifat hamba2 nya.. :

“ Dan sedikit sekali dari hamba-hamba KU yang tahu bersyukur (berterima kasih). “ (Surah Saba :13)

Mengapa kurang kualiti kita berterima kasih?

Pandangan ini harus bermula dengan menilai hati.. kerana di hati ini ada rasa.. dan syukur itu bermula dengan rasa..

Rasa apakah itu? Rasa Kehambaan...rasa Bertuhan..

Inilah yang kurang pada diri kita (ingatan untuk ku dan sahabat).. kurangnya rasa menjadi Hamba kepada DIA Tuhan Maha Pemberi Rezeki.


Kalau ada rasa sekali pun hanya ibarat debu2 dijalanan. Sifatnya kecil, sementara dan mudah dibawa angin dari kiri dan kanan.. Begitulah rasa kehambaan kita.. bersifat sementara dan diawal sahaja..bila tiba ajakan dunia dan keseronokan mula mendekati..kita terus hanyut dan kesyukuran terus menyepi.

Kadang2 kala kita dikaburi dengan sekutu lain.. maaf ingin saya katakan.. mari kita lihat diri.. saya tidaklah bermaksud kita menyekutukan Allah dengan beranggapan ada Tuhan lain selain Allah.. tetapi nampaknya kita lebih cenderung untuk berasa bermegah dengan usaha kita selama ini.. kita lebih gembira dengan pujian2 dan sanjungan terhadap bakat dan kemampuan kita..  kita lebih cenderung untuk rasa berbudi dan bangga dengan bantuan mereka yang mendokong kejayaan kita... sehingga kita bersungguh untuk membalas budi mereka.. apa yang salah dengan ini?

Kadang kadang kita begitu heran melihat gelagat teman2 yang begitu bersungguh mengucapkan terima kasih pada orang lain tetapi tidak pula kesungguhannya itu sebanding dengan kesyukuranya bila dihadapan Allah SWT? Begitu berjanji dia untuk membalas budi mereka.. tetapi tidak berjanji begitu pula untuk memastikan solatnya cukup 5 waktu.. Begitu berazam untuk sambung belajar lagi..namun lemah azamnya untuk belajar bab-bab agama..apa lagi kurang pula memastikan Al Quran ditatap setiap hari..kurang pula memastikan sedekahnya berterusan.. senang kata..memastikan hak-hak Allah terjaga..

Inilah ketidakadilan manusia..bila begitu menjaga Hubungan Manusia..tetapi Mengenepikan Hubungan dengan Allah..


Mari kita renung diri kita..tidak perlu melihat orang lain.. bagaimana kita menunjukkan kesyukuran kita bila beroleh nikmat? Bagaimana meraikan kesyukuran setelah berjaya beroleh segulung ijazah?

Lebih malang bagi kita apabila kesyukuran kita ini disambut dengan aktiviti yang melalaikan dan hanya mendatangkan keseronokkan sementara sahaja. Apakah yang dimaksudkan ini? Akal dan hati yang jujur pasti dapat menjawabnya.. cara menentukannya adalah dengan Mahkamah Hati!! Cuba pinta hati kita menjawabnya.. adakah tiap2 perilaku kita ketika bergembira meraikan kejayaan bergraduat ini Allah akan redha dan sukai? jika hati tenang menjawab..Alhamdulillah..jika hati resah..maka mari kita muhasabah semula..

 Cuba kita senaraikan satu per satu.. dan semak semula bersandarkan skema penilaian hati kita..bukan skema tuntutan nafsu kita..

Maaf saya katakan kadang2 kala..dibibir kita mengutap syukur..tetapi tidak di hati dan perilaku.. ada kala kita merosakkan kesyukuran ini dengan pembaziran, hiburan melalaikan, kemegahan, keseronokkan yang melampau, pendedahan aurat dan lain2.. sungguh inikah yang dikatakan berterima kasih?

Hakikat rezeki?

Sahabat2, rasa kehambaan inilah yang menjadikan kita memahami hakikat rezeki.. iaitu keyakinan sebenar benar yakin bahawa Allah Azzawajalla yang menjalankan Takdir Nya..

Yakin atau tidak, segala usaha kita adalah atas ke Izinan Nya.. bermula dengan TADBIR dan usaha dari kita selama 4 tahun ini..Allah juga yang menTAKDIRkan kita kita berjaya melepasi semua nya.. Allah juga yang menampung kekurangan kita..Allah juga yang memberikan anggota dan kebijaksanaan kita untuk kita berjaya hari ini..

Malah, takdir Allah juga turut pada mereka disekeliling kita..

Allah juga yang menggerakkan ibu bapa kita agar menjadi pendorong kejayaan hari ini, Allah juga yang mengerakkan para pensyarah, rakan2 sekuliah untuk menjadi penolong kepada kecemerlangan hari ini.. 

Malah, buat sahabat2 yang barangkali menerima anugerah mahupun pengiktirafan tertentu..percayalah, Allah juga yang menggerakkan hati2 mereka, lalu tangan2 mereka, untuk memilih kita sebagai penerimanya.. walau hati mereka kadang2 tidaklah melihat layaknya kita..tetapi hakikatnya Allah juga yang memaksa hati, memberi ilham, menggerakkan tubuh supaya takdir rezeki itu untuk kita.. Maha Suci Allah.. sesungguhnya tiada sekutu bagi Mu.. Engkau lah yang mentakdirkan segala2 nya..

 Mensyukuri nikmat?

Andai kita memahami ini dari Hati.. sudah tentu bergetar tubuh kerana mengenangkan betapa banyaknya kekurangan kita dalam mensyukuri nikmat Allah ini..

Saya ingin mengajak sahabat2 untuk menghayati firman Allah SWT yang ditinta dalam Al Quran Kalamullah ;

“ Dan kalau kamu hitung akan nikmat Allah, nescaya tidak dapat kamu menghitungNya. “

Begitulah banyak dan berterusan nikmat Allah..Namun apakah masih ada kesombongan dalam hati kita dalam menghitung kurniaan Allah ini.. walau kita terus menyombong selama ini..Allah masih terus menerus memberi rezeki buat seluruh Alam.. Maha Suci Allah..

Tidakkah kita mahu menzahirkan kesyukuran kita? Saya ingin mengajak sahabat2 agar kita mendidik Hati untuk belajar mensyukuri..melalui tindakan dan perilaku kita..

Kalau benar kita mensyukuri.. raikan lah kejayaan dan kegembiraan ini dengan seadanya.. janganlah kita melampaui batas.. saya teringat satu ungkapan :

“ Janganlah teralu gembira dengan kesenangan..kerana kita tidak tahu bila kesusahan akan menimpa.. Kesenangan akan pasti disusuri kesusahan..inilah lumrah ujian dan mehnah..”


Janganlah leka di bibir kita meraikan kegembiraan bersama keluarga dan teman2..hingga leka untuk mengingati Allah SWT..hadirkan Allah dalam kegembiraan dan kesyukuran kita.. katakan lah Alhamdulillah ( Segala Puji bagi Allah ) dan Ucapkan lah SubhanaAllah ( Maha Suci Allah ).

Bila Allah hadir dalam kegembiraan kita..pasti kita akan terjaga dari maksiat dan melampaui batas..

Allah mengingatkan kita ;

“ Maka, ingatlah (Berzikirlah) kepada KU, supaya AKU ingat pula kepada mu! Dan bersyukurlah kepada KU dan janganlah menjadi orang yang tidak tahu berterima kasih! “
(Al Baqarah: 152)

Untuk merasa  syukur akan nikmat ini, mari kita fahami ungkapan Al Baghdadi r.a

“ Janganlah engkau melihat diri engkau berhak atas nikmat itu.”

Bermakna, anggaplah nikmat ini milik Allah semata dan hanya dipinjamkan buat kita sebagai tanda kasih NYA pada kita. Dan andai ditarik nikmat ini sudah pasti kerana kasihNYA juga...

Kalau dihitung kemampuan kita..tidaklah kita layak dan berhak..kerna saya memegang ungkapan ini “ Semakin tinggi kita belajar..semakin banyak yang kita masih tidak ketahui dan semakin rendah hati..

Lihatlah ,para pengkaji alam cakerawala yang berjaya membongkar rahsia alam semesta.. walau sudah terbukti wujudnya lingkaran orbit dan bimaksakti..namun, masih banyak yang tidak dapat dijawab dan terlalu jauh untuk diteroka yang meliputi luar orbit kita..Ilmu dan rahsia itu hanya milik Allah SWT..

Inilah pentingnya untuk mendidik hati agar terhidar dari sifat ujub ( bangga dengan diri), riak dan bermegah-megah.

Bila bukan hak kita..maka ia adalah AMANAH..Ya, ijazah kita adalah AMANAH..anugerah kita adalah AMANAH..jadi kita harus menjalankan amanah ini..bukan mencemarinya..

Mari kita menghayati satu Riwayat dari ‘Atha’ bin Abi Rabah yang amat menyayat hati kita.. ;

“ Aku masuk di tempat Aisyah r.a. lalu aku bertanya : “ Terangkanlah kepada ku apa yang paling mengherankan, dari apa yang engkau lihat dari Rasulullah s.a.w.”. Lalu Aisyah r.a itu menangis dan berkata : “ Bagaimanalah keadaannya tidak mengherankan! Pada suatu malam dia datang kepada ku. Lalu dia masuk bersama aku pada tempat tidur ku. Atau Aisyah r.a mengatakan “ dalam selimut ku”,  Sehingga kulit ku menyentuh kulitnya. Kemudian dia bersabda ; “ Wahai Puteri Abu Bakar! Biarkanlah aku beribadah kepada Tuhan KU! “.

Aisyah r.a menjawab : “ Sesungguhnya aku ingin berdekatan engkau. Akan tetapi aku mengutamakan keinginan engkau “. Lalu aku izinkan kepada nya. Maka dia bangun berdiri menuju bak air. Lalu dia berwuduk. dia tidak membanyakkan menuang air. Kemudian dia berdiri,  mengerjakan solat. Lalu dia menangis, sehingga bercucuran air matanya dia atas dadanya. Kemudian dia rukuk. Lalu dia menangis. Kemudian sujud, lalu dia menangis.

Maka, sentiasalah seperti yang demikian, dia menangis sehingga datang Bilal melaungkan azan untuk solat. Maka, aku mengatakan : “ Wahai Rasulullah! Apakah yang membuatkan engkau menangis, pada hal Allah Ta’ala telah mengampunkan apa yang telah terdahulu dari dosa engkau dan apa yang terkemudian?

Lalu dia menjawab : “ Apakah tidak aku ini seorang hamba yang bersyukur? Mengapa tidak aku berbuat yang demikian? Pada hal Allah Ta’ala telah menurunkan ayat kepada ku!

“ Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang berlayar di lautan yang memberi menfaat kepada manusia. Air hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dihidupkanNya bumi yang sudah mati dan berkeliaranlah berbagai binatang dan perkisaran angin dan awan yang disuruh bekerja di antara langit dan bumu. Sesungguhnya semua itu menjadi bukti kebenaran untuk orang-orang yang mengerti!” (Al Baqarah: 164).

Begitu Mulia Rasullullah saw namun begitu tinggi kesyukuran nya..bagaimana kita yang kurang amalnya malah kurang syukurnya? Bangkitlah hati-hati yang bersih untuk mengerti!! Untuk kita mensyukuri nikmat Allah..dengan terus mengingati Nya..

Mudah mudahan kita beroleh kebaikan dari kesyukuran ini..kerana Allah SWT amat mengasihi dan merahmati hambnya ;

“ Dan kami berikan ganjran untuk orang-orang yang bersyukur.”

Dan Allah juga menegaskan kepada kita ;

“ Allah Ta’ala tidak akan berbuat siksa kamu, kalau kamu bersyukur dan beriman.”

Lihatlah nikmat dari mata TAUHID..atau mata hati yang disaluti dengan Yakin pada Allah.. pasti hidup akan lebih tenang dengan kesyukuran.. 

bila dapat sedikit rasa mencukupi..andai banyak boleh diagih-agihkan..

itulah kekayaaan HATI~

Kesempatan ini juga saya mengucap selamat dan syabas buat teman2 di UPM atas kelansungan Majlis Konvokesyen UPM ke 35..Moga kejayaan ini semakin menjadikan diri kita lebih akrab dengan Allah..kerana sesuatu Ilmu yang sebenar bila diperolehi..memandu insan kepada Cahaya..atau Nur..

Wallahu’alam