Monday, October 10, 2011

Jangan jadi pelajar tapi jadi terpelajar!

Entry ini saya mulai Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Setinggi kesyukuran kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk terus menulis dan berkongsi..mudahan semakin hari saya dapat memperbaiki dan belajar untuk menulis dengan lebih baik..indahnya bila mula menulis..kita semakin banyak membaca..banyak mendengar ilmu..itulah keindahannya..moga tiada kebatilan dalam penulisan ini..

'

Saya ingin memulakan perkongsian ini dengan memetik kata-kata bijaksana yang disebut oleh Abud Darda’ r.a :

“ Barangsiapa berpendapat bahwa pergi menuntut ilmu bukan jihad, maka adalah dia orang yang kurang pikiran dan akal..”

Sekilas mengamati kata-kata ini, semacam satu ungkapan sinis dan tajam oleh ahli hukama’ ini sehingga beranggapan ada keadaan yang menunjukkan tidaklah berakal manusia itu walau ada akal..apa maksudnya? Walau memiliki otak yang secara saintifiknya terbukti mengandungi 100 ribu sel-sel yang menjana kebijaksanaan namun menjadi tidak berotak..atau ada akal tapi tidak berakal..

Namun, kata-kata tajam ahli hukama ini perlu kita telusuri secara terbuka dan berlapang dada..kerana mereka bukan berkata berpaksikan kepentingan individu dan emosi..malah seluruh pelosok dunia mengakui kelebihan ilmu-ilmu dan keperibadian mereka..

Lihatlah ungkapan oleh Ibnul Mubarak menegaskan bahawa ilmulah yang membezakan manusia dengan haiwan..manusia itu adalah manusia di mana ia menjadi mulia kerana ilmu [yakni mampu absorb pengetahuan dan ini ditegaskan dalam Al Quran]. Dan tidaklah disebabkan kekuatannya.

Unta lebih kuat daripada mausia.. [kekuatan]

Gajah lebih besar daripada manusia.. [saiz besar]

Binatang buas lebih rakus daripada manusia.. [kerakusan]

Burung pipit lebih lebih kuat menjalin hubungan kelamin berbanding manusia.. [nafsu]



Maka, paling utama yang menjadikan manusia itu manusia dan bukan binatang kerana ILMU nya..

Kepentingan mempelajari Ilmu :

Inilah intiasari penting yang ingin disampaikan..iaitu keutamaan untuk belajar atau menuntut ilmu.. walau isu ini sering dianggap basi dan lapuk oleh kebanyakkan orang..namun, amatilah sabda Nabi Muhammad saw ini :

“ Barangsiapa meninggal dunia sedang menuntut ilmu untuk menghidupkan Islam, maka antara dia dan Nabi-nabi dalam syurga sejauh satu tingkat “

MasyaAllah.. apa yang benar-benar meruntun jiwa apabila sabda ini menyebut tentang beroleh SYURGA dan berada hampir dengan PARA NABI..  Bukankah ini setiap kita yang bergelar muslim yang  ada keimanan dalam hatinya idam-idamkan??  Yakin wujudnya hari Akhirat dan wujudnya pembalasan Syurga dan Neraka kelak??  Bukankah ini Ultimate Goal kita yakni kembali ke Ajjanatul Abadiah syurga abadi??  Atau kita masih berkira-kira ingin hidup lama di dunia??

Ya, menuntut ilmu adalah cabang beroleh syurga.. begitu penting sehingga kalau kita mengamati Kitab Agung “ Ihya Ulumuddin “ oleh Imam Ghazali menghuraikan keutamaan ilmu di tujuh bab pertama kitab ini. Keutamaan diawal bab barangkali kerana beliau amat terkesan dengan Firman Allah SWT dalam surah Az Zummar ayat ke 9.. 

Katakanlah, Adakah sama antara orang-orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu?

Sungguh dengan ilmu itu Allah SWT memberi kemuliaan..kerana iman itu disulami dengan ilmu dan amal..apakah makna membangunkan solat tanpa ilmu memahami solat yang sempurna? Bagaimana dapat katakan beriman dan memanfaatkan  Al Quran andai tidak dengan ilmu??

Sudah lupakah kita bahawa antara salah satu syarat Allah menerima ibadah dan amalan kita bila ia lakukan dan disandarkan dengan ILMU..

Ini mengingatkan kita tentang satu sabda Nabi sering diperdengarkan iaitu ; “ Thalabul ‘ilmi fariidotun ‘alaa kulli muslim “ [ Menuntut Ilmu itu wajib atas tiap-tiap muslim ]

Baik, mari kita amati kupasan seorang tokoh Ulama terkini iaitu Dr. Yusuf Al Qadrawi dalam bidang Fiq Keutamaan..beliau menegaskan bahawa antara keutamaan yang diberikan perhatian adalah “ Keutamaan ilmu ke atas amal dan perbuatan”. Ilmu itu harus didirikan dihadapan perbuatan. Dialah yang menjadi petunjuk dan pembimbing segala amalan.

Imam terkenal iaitu Imam Al Bukhari juga meletakkan sebuah tajuk dalam kitab sahihnya “ Bab Ilmu sebelum perkataan dan perbuatan “. Ini disepakati ulama bahawa ilmu menjadi syarat sah satu-satu perkataan dan perbuatan.

Persoalannya..

Sahabat-sahabat yang dikasihi..begitu kerap diperingatkan kepada Umat Islam tentang kewajipan mencari ilmu dan kepentingannya..

Persoalannya kenapa masih ramai tidak mengambil peduli dan juga tidak keterlaluan andai dapat kita katakan masih ramai dari kita yang ilmunya kurang?

Salah satu sebabnya saya suka ingin memetik kata-kata Imam Hassan Al Basri r.a yang mengingatkan pada kita..orang yang berbuat sesuatu tanpa dasar ilmu laksana orang berjalan bukan dijalannya.  Berbuat tanpa ilmu maka kerosakan akan ditimbulkannya lebih dari kebaikan.

Begini, mudah sahaja. Pengalaman menuntut ilmu di menara gading selama 7 tahun menyaksikan begitu banyak ilmu-ilmu yang dicerap dengan berpaksikan para ilmuwan barat..bukanlah niat mengenepikan lahirnya  ilmuwan islam seperti Al Farabi, Ibn Sina dan sebagainya..namun, berapa banyak ilmu mutaakhir ini sudah sepi dari hasil karya agung dari cendekiwan Islam..kupasan di dewan kuliah hanya berkisar idea barat yang kadang2 jauh dari kesempurnaan..tidak menyentuh soal akidah..itulah kata Hamka “ Hujung akal Pangkal Agama “. Bila dihujung pengajian ini saya terketuk dengan kesyumulan Islam terhadap kecetekan pengetahuan manusia..

Ini mengingatkan juga saya pada kata Al Syahed Sayyid Quth r.h iaitu ungkapan yang masyhur..

Aku pergi ke Negara bukan islam..aku lihat islam tanpa muslim..aku pergi ke Negara Islam..aku lihat muslim tanpa islam.. “  

Dunia menyaksikan dengan membawa nilai displin dan kerajinan [nilai Islam] oleh masyarakat Jepun telah membawa mereka menguasai dunia setelah bangkit dari kejatuhan..sedangkan kita umat Islam yang sewajarnya sudah sebati dengan nilai itu masih jauh ketinggalan..malah kaya dengan budaya merempit, buang anak, memandu dengan bahawa, melepak, bermalas-malas, berhibur..lihatlah sahaja tandas kita..dari sekolah hinggalah ke tandas awam.. bukan niat untuk mengutuk..andai tidak kerana sayang dan mahukan yang baik untuk Umat ini..realiti pahit ini lah harus kita rungkai agar ia dapat selesai..

Tidakkah ungkapan Ulama’ ini memberi kesan pada hati kita? Andai tidak bermakna sensitiviti kita pada soal agama masih lemah..tegarkah kita umat Islam memandang sepi? Bukankah Ini cabaran dan masalah rumah kita..marilah kita renungkan..di mana kita dalam kemelutan ini? Are we part of the problem or part of the solution? 

 Di mana harus bermula?

Saya suka dengan ungkapan.. “ pohon yang subur dan buah yang enak bermula dengan benih yang subur..baka yang baik..dan penjagaan yang teliti.. “.  


Mari kita hayati kata-kata ini juga.. “ mendidik kanak-kanak ibarat sedang mengukir di atas permukaan kayu..namun, mendidik remaja dan dewasa ibarat kita sedang mengukir di atas permukaan air..”

Ya, mendidik perlu bermula dari rumah.keluarga adalah sekolah pertama kita..ibubapa guru terawal..malah, kita dituntut mendidik sejak anak-anak dalam kandungan..kerana, apabila sudah membesar dan remaja..itulah ibarat mengukir di atas air..bukan kata mustahil..tetapi  mencabar..namun saya masih ingin katakan yang kita BOLEH! Andai kita mahu..kalau hendak sejuta cara..terpulang pada ibubapa..

Saya amat tertarik perkongsian seorang pensyarah sewaktu di UPM dahulu..walau bebanan kerja berlonggok di atas meja..  list thing to do menanti untuk diselesaikan..dari kerja mengajar, mengurus, menjalankan penyelidikan..namun,  peranan mendidik dan bersama anak-anak bukan alasan untuk diketepikan..bayangkan pulang ke rumah beliau tetap mengambil masa bersama anak-anak..menjawab setiap persoalan anak-anak..menyemak kerja anak-anak..malah beliau sudah bersedia untuk berperanan sekali lagi mendidik..saya mengagumi kesungguhannya..beliau begitu bersungguh dalam mendidik, menyediakan buku-buku seperti ensiklopedia bergambar dan pelbagai lagi cara agar tiap2 persoalan anak-anak itu dapat dijawab dengan sempurna..dalam kesibukan memegang pelbagai jawatan masih utuh mencari ruang masa untuk melayan dan merancang pendidikan anak dirumah..ya, dirumah..bersama keluarga..sedangkan hari ini rata-rata ibubapa menjadikan sekolah sebagai perancang pendidikan anak semata..

Dimana harus berakhir?

Jawabnya mudah.. tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..yakni menuntut ilmu itu hanya terhenti setelah nyawa kita diambil Allah bila tiba saat yang ditetapkan..

Selagi ada hayat dikandung badan..pencarian ilmu ini harus diteruskan.. kerana Nabi saw ada bersabda “ Suatu bab dari ilmu yang dipelajari seseorang,adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya..” .  Urusan dunia [ kerja, rumah tangga, suami, isteri, anak, dan lain-lain] tidak harus menjadi alasan untuk kita tidak mencari ilmu..malah ilmu itu akan melengkapkan urusan dunia kita..]

Sejarah membuktikan “ Knowledge is POWER..” dengan ilmu kita dapat kuasa.. masih ingat Kisah Nabi Sulaiman as diberi pilihan antara Ilmu, Harta dan kerajaan? Lalu baginda memilih ilmu..maka dengan ilmu akhirnya menjadikannya beroleh harta dan kuasa..

Carilah ilmu yang beri kebaikan untuk kita..yang membolehkan kita menjalankan MISI kita didunia ini iaitu Menjadi Hamba yang Baik [beilmu dan bertaqwa] dan juga Menjadi Khalifah agar kita dapat memberi kebaikan [berilmu dan pakar]

Hatta di mana kita kini..di sekolah..di Pondok Ilmu..di kolej-kolej..di university tempatan..mahupun di luar Negara..carilah ilmu..tetapi janganlah melupakan Allah dalam pencarian itu..Belajarlah dengan niat kerana mencari Redha Nya..Belajarlah dengan niat agar dapat memperbaiki umat dan membangunankan Islam yang kini makin tenggelam..bila benar hati ini bulat mencari ilmu kerana jalan-jalan Allah..pasti  dalam kepayahan kita akan berjumpa kemanisan..dalam kesukaran kita akan bertemu ketenangan..

Tuntutlah ilmu dari orang berilmu..Para Ulama’..Para Murabbi, para Dai’..para pensyarah..dari guru-guru..Rendahkan lah hati mu dari kesombongan apabila ilmu2 itu hendak mengalir ke dada dan meresap ke hati mu..kerana air hanya akan bertakung di tempat yang rendah..itulah hati yang rendah..

Ada sesetengah Hukama’ berkata ; “ Apabila meninggal seorang ahli ilmu, maka ia ditangisi oleh ikan di dalam air dan burung di udara. Wajahnya hilang tetapi sebutannya tidak dilupakan..”  

Kejarlah mereka..duduklah hampir dengan mereka..begitulah pesan Luqman kepada anaknya yang dikisahkan dalam Al Quran oleh Allah SWT.

Ada juga ungkapan.. “ sesuatu kebenaran ilmu itu apabila di sampaikan dan didengari..maka ia akan mendatangkan satu getaran dan motivasi untuk menyampaikannya kepada orang lain..” sewajarnya setelah mencerap ilmu ia mendatangkan burning desire  kepada kita untuk beramal dan berkongsi dengan yang lain..itulah sebaik baik ilmu..dapat dimanfaatkan untuk diri dan orang lain..

Sebagaimana Dr. Yusuf Al Qadrawi menyatakan dalam buku beliau Fiq Awlawiyat [Fiq Keutamaan] bahawa keutamaan amalan yang memberikan manfaat kepada ramai orang LEBIH UTAMA daripada amalan yang memberi manfaat untuk diri sendiri sahaja.

Mari kita menghayati kisah ini.. Abu Hurairah ra berkata ;

“ Salah seorang sahabat pernah berjalan melalui sebuah tempat yang ada mata air tawar yang mengalir tidaklah henti-henti. Tempat tersebut begitu menarik minatnya sehingga ia berkata ; “ Sangat elok apabila aku dapat duduk di tepat ini dan memisahkan diri dari orang ramai demi untuk beribadah kepada Allah “- iaitu beruzlah. Namun terlebih dahulu aku akan memohon izin daripda Baginda Muhammad SAW. Manakala ia datang kepada Baginda dan menceritakan keinginannya tersebut dan Baginda menjawab : “ Jangan kamu melakukan itu, kerana sesungguhnya tempat salah seorang dariada kamu di jalan Allah (kerana berjihad) adalah lebih utama daripada kamu solat yang kamu kerjakan di rumah selama tujuh puluh tahun; inginkah kamu mendapat keampunan daripada Allah dan mendapat syurga?? Berperanglah di jalan Allah, sesiapa yang berperang di jalan Allah dengan menunggang unta, maka wajib mendapat (ganjaran) syurga.  (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

Riwayat ini jelas berjihad (beri manfaat kepada ramai) lebih utama daripada menumpu diri sahaja.

Mudahan perkongsian ini dapat menjentik minda kita bersama..menilai diri..bagaimana tahap keseriusan kita tentang ilmu? Barangkali kita sudah berada dilapangan ilmu [university, sekolah kolej]..dan itulah waktu terbaik kita untuk benar2 mengorek sedalamnya segala khazanah ilmu agar ia menjadi penyelamat kita di alam kubur kelak..iaitu ilmu yang bermanfaat..

Janganlah sekadar belajar untuk tahu..hafal..sedangkan ilmu itu haikatnya untuk difahami..dihayati..barulah ilmu itu bukan sekadar maklumat..tetapi menjadi HIKMAH yang menusuk ke jiwa..janganlah jadi orang agama tetapi tidak beragama..orang ilmu tetapi tidak berilmu..jangan hanya memiliki segulung ijazah tetapi tidak praktisnya masih seperti orang yang memiliki PMR mahupun SPM..

Wallahu’alam