Friday, October 7, 2011

Bila HATI menghukum..

Malam ini rasa gelisah mengiringi perjalanan pulang dari kerja..
Hati kecil tidak senang apa lagi tenang sejak selesai Isya’ bersama jemaah lain di masjid UPM malam ini..


Gara-gara hati aku mula terusik dengan pertemuan seorang hamba Allah ini..

Namanya “ Mohd Ramadan “ dan nama itu setelah beliau menerima aqidah baru yakni Islam..
Nama saya Mohd Ramadan dan saya asai pulau pinang sana..” [ slang orang cina bertutur bahasa melayu] Itu sahaja kalimah yang sempat aku beroleh dari pertanyaan ku yang ringkas petang td. Ya, pertemuan ini bermula semenjak kami sama2 menunaikan solat asar.. aku perhatikan baik-baik perawakannya..pakaian t-shirt lama dan berseluar jeans sambil menggalas beg lusuh. Ditangannya memegang erat dokumen-dokumen tentang dirinya..   

Selesai solat beliau duduk lebih kurang 4 baris ke belakang dari barisan saf solat..sambil meletakkan barang-barangnya..mata nya melilau ke kiri ke kanan memandang orang yang lalu lalang yang bergegas bangun dan keluar selepas masing-masing selesai menunaikan solat Asar..

Selesai mengaminkan Doa Imam, hati kecil ku sekali lagi terdetik untuk menghampirinya..aku memberi salam dan djiawabnya agak pelat. Lalu aku bertanya soalan di awal tadi..ternyata beliau hadir ke masjid itu bukan sahaja untuk solat..malah untuk meminta sumbangan / sedekah dari  jemaah yang hadir..untuk tujuan apa Wallahualam..kerana tidak pula dinyatakan beliau akan menjalani pembedahan atau sebab-sebab lain..Oleh kerana kelewatan untuk segera ke pejabat aku sempat menyalam tangannya..dan sempat menyelit sejumlah wang yang tidak seberapa ditangannya..lalu dibalas terima kasih sambil tersenyum manis orang yang berwajah Chinese look..

Beralih malam tadi..aku berkesempatan duduk di masjid dari magrib hingga isya’ untuk mendengar kuliah..ternyata Ramadan yang aku temui tadi masih ada..

Hati aku tidak tenteram..dan aku sedarinya ketika solat isya’ ku terasa lain dan kurang tumpuan..

Bermula ketika selesai azan isya’ dikumandangkan oleh Bilal..sejurus itu Ustaz menyambung sedikit kuliahnya tentang bab jenayah dalam islam..Sedang mendengar aku tertoleh ke belakang ..lalu terlihat sosok tubuh insan yang aku kenali petang tadi sedang bersolat..Hati kecil aku bersoal...dan dengan sendirinya hati ku menjawab.. “ barangkali beliau solat sunat isya’ agaknya..” 

Namun, hati aku makin terusik hingga berdebarjantung ku..kerana disaat beliau sujud..aku terperasan.. beliau sujud..dengan meletakkan umbun kepalanya [bahagian atas kepala]  sebagai anggota yang menyentuh tanah..tidak pada dahi seperti rukun yang biasa kita lakukan.. benar2 hati aku tidak sedap..ada sesuatu yang aku bermain dalam fikiran..

Malam ini benar2 aku resah dalam diam..kerana mengenangkan keadaan Mohd Ramadan..

Hati kecil ku berbisik..

Sudah pasti kelemahan solat nya disebabkan kekurangan ilmunya..itu hal biasa lagi2 beliau baru memeluk islam..[hati ku beralasan] Namun,adakah ada yang sudi menegur dan membimbingnya..? Apakah kita tegar orang yang Islamnya sejak lahir hanya sekadar melihat dan bersimpati dengan rasa semata..? itulah yang aku perhatikan tiada yang mendekatinya..termasuk diri ini.. : (

Hati kecil aku terus menghukum ku..

Apakah memadai sekadar duit yang engkau berikan tadi sudah melepaskan tanggungjawab mu sbg saudara muslim? Sudah merasa lega? Apakah duit ukuran kasihnya seorang muslim kepada saudara muslim yang lain..?

Dalam tenang aku menghulur..namun masih resah..

Kalau aku ditempatnya..pasti aku benar amat berharap agar saudara se Islam ku akan berada disisi..aku yang baru ingin mengenali Islam..sudah pasti aku amat butuh bantuan..

Hati aku memujuk...Ahh kenapa harus aku rungsingkan? Pasti Allah yang akan menjaganya..dan  selama ini Allah juga yang menjaganya juga..tidak mungkin Allah membiarkannya setelah diberi hidayah kembali ke agama fitrah..pasti juga nanti orang masjid atau imam ini akan buat sesuatu.. hati aku nak menyedapkan tapi tetap resah..

Teringat aku pesan Rasullullah saw yang mahukan kita sentiasa menghasihi sesama muslim..kerana muslim itu bersaudara..teringat juga bagaimana tertulis sejarah persaudaraan kaum Aus dan Khazraj..Muhajirin dan Ansar..kesanggupan umat dahulu..kesediaan untuk membantu tanpa berbelah bagi..apatah lagi beralasan...kerana yakin dan percaya pada janji Rasulnya..dan Janji Tuhannya..itulah keimanan yang tinggi..itulah sebenar2 persaudaraan..

Persoalannya apa pula kita yang umat akhir zaman ini...hati kecil aku terus melayan resah..

Sejurus aku melangkah keluar dari masjid..aku sempat menoleh..ternyata insan itu tadi sudah bersedia menjadikan masjid itu sebagai tempatnya untuk bermalam..diambilnya kain sejadah sebagai alas.. sempat dia melemparkan senyuman pada ku ketika aku berselisih dengannya dipintu masjid.. lalu dia duduk termenung..barangkali memikirkan bagaimana nasibnya.. “ adakah ini tempat terbaik untuk aku meraih simpati dan pertolongan..? “ “ adakah ada yang sudi membantu..” ..bermacam fikiran yang mungkin beliau terbayang..sedangkan kita yang sudah lama islam di atas nama..sering kali tersungkur dek kerana ujian kesusahan dan kepayahan..apa lagi insan yang baru mengenal islam..??

Mungkin juga aku yang terlalu memikirkan..ada juga yang baru mengenal islam tetapi sudah mantap iman dan aqidahnya..dan percaya rezeki itu dari Allah SWT..

Tapi dengan berfikiran begitu dan beralasan tidak pula meredakan hati kecil ku ini dari terus menghukum keresahan..

Sepanjang perjalanan balik tadi aku banyak memikirkan..barangkali lebih baik aku benar2 membantunya..daripada sekadar memberi duit yang tidak seberapa..aku mungkin patut mendapatkan bantuan JAKIM atau JAIS untuk membantunya..mungkin juga aku patut memberi tumpang tempat tinggal dari membiarkannya tidur dimasjid..atau mungkin aku patut membawanya pergi makan untuk mengurangkan kelaparannya..mungkin aku patut belikannya selimut sekurang-kurangnya beliau tidak kesejukkan tidur di atas simen... Ahh, hati kecil ku benar diuji.. Ya Allah ampunkan aku..apakah aku belum  benar2 menghayati kisah Rasul mempersaudarakan umat di Bumi Madinah..apakah aku belum layak menjadi umat Nabi Muhammad dengan tidak bersungguh dalam bersaudara..apakah aku ini terlalu berkira kira..

Disaat aku menulis ini..aku sedar..kalimat “ JIka “ “ Seandainya..” “ Sepatutnya “..adalah kalimat racun kepada iman ku..Janganlah mempersoalkan perkara yang sudah berlalu...sebaik-baik tadbir aku membantunya..sudah pun tertakdir kadar itu aku dapat memberi dan dia dapat diperolehi dari aku.. aku sedar malam ini satu mehnah atau didikan berguna untuk ku.. mengerti  makna  kesyukuran.. kepayahan..persaudaraan..

Maafkan Aku Ya ALLAH..Sungguh ENGkau juga yang Maha Memberi Rezeki..aku hamba mu yang memegang amanah sebagai Khalifah dan hamba semata..aku benar2 lemah dalam tugas ku..

Sungguh Engkau juga yang tahu apa yang terbaik bagi Hamba mu..Terimalah Doa ku..doa kami buat saudara kami itu.. :

Ya Allah Tuhan Maha Pengampun dan Penerima Taubat..
Maafkan aku atas kelalaian ku..
Ampunkan aku atas sikap berkira-kira ku dalam memberi..
Sungguh apa juga pada diri ku hanya milik MU..
Aku meminjam dan mereka berhak beroleh sebahagian dari ku..
Jadikan lah aku hamba mu yang ringan memberi..
Lembutkan lah hati ku luhur dalam mengasihi..
Jauhkan aku dari rasa memiliki..

Ya Allah Tuhan Maha Memberi Rezeki..
Engkau kukuhkan lah hati nya dengan iman..
Engkau turunkan lah perlindungan untuk nya dari kekafiran lalu..
Engkau permudahkan nya beroleh kesenangan dalam kesyukuran..
Engkau pertemukannya dengan hamba-hamba mu yang soleh..
Engkau berikan nya kebaikan dengan kefahaman beragama..
Dan Engkau pertemuan kami hari ini sebagai satu rahmat dari Mu Ya Allah..

Sungguh Tiada pergantungan dan Pengharapan selain dari MU Ya Rabb..
Perkenankanlah..