Saturday, December 17, 2011

TUJUAN HIDUP

Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah Segala Pujian yang Tertinggi ke hadrat Allah Ta’ala di atas keizinanNya untuk kita bertemu dalam ruangan blog ini sekali lagi.

Barangkali ada teman-teman pembaca diluar sana yang secara kebetulan terbuka dan terbaca ruangan blog ini. Ada juga yang mungkin menjengah blog ini kerana sudah mengenali saya sebagai teman di UPM dahulu. Atau barangkali ada yang “ saje-saje “ menghabiskan masa yang ada untuk melewati ruangan blog ini sementara menunggu untuk melakukan kerja-kerja yang lain.

Teman-teman, walau apa pun keadaan itu.. Percayalah bahawa tiada kebetulan dalam hidup ini.. kebetulan itu hanyalah pada sisi manusia sahaja.

Namun, di sisi Allah SWT semua yang berlaku adalah mengikut “ Perancangan dan Pelaksanaan “ Allah iaitu Qadak dan Qadar Nya.

Maka, sudah pasti apabila kita bertemu diruangan ilmu ini membuktikan bahawa Allah SWT berkehendakkan kebaikan pada diri kita.dan Allah ingin terus mengizinkan kita mendekati Nya.. InsyaAllah..

Hakikatnya apa sahaja kebaikan yang kita lakukan tidak akan berlaku sama sekali melainkan dengan Kehendak Allah SWT. Apatah lagi untuk meninggalkan kemaksiatan dan dosa.

Justeru, menjadi kewajiban kita sebagai hamba yang dicipta untuk berdoa kepada Allah SWT agar terus sentiasa diberi keizinan berada dalam Bi’ah yang Solehah atau Suasana yang baik hingga kita kembali kepada Nya. InsyaAllah..

Kali ini saya ingin berkongsi tentang perkara asas dalam hidup seorang manusia..iaitu TUJUAN HIDUP


Asas perihal ini pastinya kita lihat seperti isu biasa-biasa sahaja. Namun, hakikatnya soalan asas ini lah yang menentukan CARA HIDUP dan PENGAKHIRAN HIDUP seorang manusia.

Kenapa isu tujuan hidup ini mesti diambil kira?

Mudah sahaja, kerana persoalan ini adalah asas penting yang menjadikan kita samada Manusia atau Sebaliknya..Bahkan tidak ketelaluan kalau kita tanyakan..

“ Mereka yang tidak berjumpa dan mengerti tujuan hidup.. Apakah dia layak untuk hidup? “

Kegagalan kita tahu tujuan hidup ini menyebabkan kita ibarat orang berjalan tanpa destinasi sehingga akhirnya kita letih dan lesu di sepanjang perjalanan. Analogi mudah untuk kita renungkan..

“ Satu hari kita kehilangan barang di dalam bilik, lalu kita beritahu kepada rakan sebilik bahwa kita kehilangan barang yang sangat penting. Lalu rakan kita pun sudi untuk membantu mencari barang tersebut. Dan ditunjukkan kepada kita.. “ Barang ini kah?”  Kita katakan “ bukan...”  Rakan kita bertanya lagi..” barang ini kah? “  Kita masih menjawab ”  bukan... “ Akhirnya sudah letih mencari..baru rakan kita bertanya..apa barangnya, bagaimana rupanya, apa warna nya? Namun, kita hanya berkata “ ala..baranglah..”. Kita tidak dapat menjelaskan rupa bentuk, dan apakah barang yang nak cari. Habis kebingungan rakan kita memikirkan bagaimana untuk membantu.. “

Apakah kita akan berjumpa?? Logiknya, Sudah tentu sampai bila-bila pun kita tidak akan berjumpa.. kerana kita mencari sesuatu yang kita tahu dan tidak pasti..

Begitulah hidup ini..andai kita tidak tidak tahu apa tujuan..atau tidak tahu apa yang kita ingin dapat..sudah tentu kita tidak akan berjumpa..lebih malang, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari..tetapi tidak berjumpa..lalu kita letih.. kita mencari lagi..tidak juga berjumpa..lalu kita putus asa...

Jangan terkejut, kerana begitu ramai diluar sana yang banyak membunuh diri kerana tidak berjumpa makna hidup kerana disebabkan mereka tidak tahu tujuan hidupnya..oleh kerana tidak beroleh.akhirnya diri merasa hidup ini sia-sia dan tidak ada nilai..maka sudah tentu nyawanya berakhir dengan sia-sia..

Eh, kenapa pula tidak tahu tujuan hidup?

Ya, barang kali ramai juga diluar sana yang seolah-oleh sudah tahu tujuan hidupnya apa..apa yang ingin dicapai dalam hidup..senang kata..masing-masing sudah pasti ada IMPIAN HIDUP..yang sejak dibangku sekolah sudah didedahkan matlamat hidup kita dan bagaimana ingin mencapainya..

Namun... apakah kita yakin tujuan hidup kita itu tepat? Benar? Dan betul? 

Realiti diluar sana ramai yang seolah-oleh berjumpa tujuan hidup..dan mengejar tujuan hidup itu..namun di kemuncak tujuan itu mereka kecundang..

Pernahkah kita melihat teman-teman kita.. dalam urusan hidupnya..mengeluh " eh, betulkan apa yang aku buat ni? "... "betul ke, Ini ke yang aku nak selama ni?"

Begitu ramai jutawan..pemilik aset berbilion dollar..yang memiliki semua kesenangan fizikal..namun, akhirnya hidup berakhir di dalam jel kerana kes terlibat dengan salah guna dadah..dan ada juga berakhir di hospital sakit mental..

Begitu ramai artis popular..selebriti..yang ternama..yang menjadi Ikon kepada anak muda..namun hidupnya berakhir dengan ketagihan arak..juga menjadi hamba dadah..ada juga yang membunuh diri..

Begitu ramai pemimpin politik dunia..yang sudah memilik jawatan..pengaruh.. akhirnya tersungkur..kerana konspirasi..masalah rumah tangga..skandal seks..dan ada juga terlibat kes bunuh diri...

Begitu ramai orang yang bijak pandai..genius..memilik kelayakan tinggi..namun, hidup mereka juga berakhir dengan kerosakan..terlibat dengan pelacuran.. keruntuhan moral..dan sebagainya..

Apakah mereka ini tidak mempunyai tujuan? Malah, tujuan hidupnya seperti sudah diperolehi dan boleh dikatakan hebat dimata dunia.. mereka seolah-olah sudah memilik segalanya..harta.. nama.. kekayaan.. pengaruh..seolah hidup sudah lengkap..

Namun, kehidupan mereka berakhir dengan tragis..dan kesudahannya amat menyedihkan..

Agaknya berapa ramai antara kita yang berkeinginan seperti ini pada asalnya..?? berapa ramai antara kita memilih jalan yang berdestinasikan serupa seperti mereka??

Ingin hidup senang, rumah besar, kereta mewah, ingin cantik, ingin popular, ingin disanjung, ingin menjadi orang penting, ingin memimpin dunia, dan sebagainya..

Kalaulah kita menafikan bahawa kita tidak berkehendak tujuan hidup sebegitu..cubalah kita muhasabah.. apakah cara hidup seharian kita seolah-oleh mahukan tujuan hidup itu?

Cara hidup yang bagaimana?

Bukankah kita sering mementingkan penampilan diri...kecantikan..fesyen..demi ingin dilihat cantik..hingga tidak hirau aurat kita bagaimana..

Bukankah kita sering bermati matian untuk beroleh segulung ijazah kelas pertama..beroleh kerja yang hebat..gaji yang lumayan.. agar tidak dipandang rendah orang orang lain.. hingga solat sering dilewat-lewatkan..

Bukankah Kita sering berhempas pulas..membanting kudrat.. mencari duit..kerja overtime..keluar pagi balik malam.. demi untuk beroleh kesenangan hidup.. sedangkan zakat dan sedekah tidak menjadi keutamaan..

Bukankah sering dalam urusan kerja kita sebolehnya mahu mendapat pengiktirafan masyarakat? Di beri anugerah..disanjung..dan dinilai baik? hingga terlupa bagaimana penilaian Allah terhadap diri kita..

Paling mudah..boleh dirumuskan..cara hidup kita menumpukan kepada 5 pakej hidup kita..iaitu mendapat makanan, minuman, rehat/tidur, kerja, kahwin..

Maka, jelas bahawa mereka [golongan diatas] masih tidak berjumpa tujuan hidup masing-masing.. seolah-olah mereka merasakan hidup tidak bermakna dan patut diakhiri dengan begitu..seolah-oleh kemuncak pencapaian mereka tidak bernilai sama sekali...


Apakah yang Allah SWT firmankan buat mereka yang bertujuankan hidup seperti ini?

“ Dan sesunguhnya kami jadikan untuk (isi) Neraka Jahannam kebanyakkan daripada Jin dan Manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti BINATANG TERNAK, bahkan lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai.”

[surah Al-‘Araf:179]

(Nauzubillah..Allah jauhkanlah kami dari hinaan Mu.. kami lemah dan hina..tiada pergantungan dan kemuliaan melainkan pada Mu Ya Rabb..)

Andai kita hidup untuk mengejar dan memenuhi keperluan fisiologi dan fizikal seperti makan minum..tuntuan seks..rehat..kawan.. Apakah bezanya kita dengan haiwan ternak [lembu, kambing] yang apabila dilepaskan dari kandang..hanya memikirkan nak cari  makan..mencari minum, mencari pasangan berkelamin dan rehat2 sahaja..

Andai hidup kita ini untuk mengejar dan ingin disanjung, ternama dan popular..apakah beza kita dengan pokok kayu dan tumbuhan di hutan.. atau burung merak yang mengembangkan bulunya? Pokok di hutan hanya memikirkan untuk meninggikan pucuk tanpa mengambil kira pokok disebelahnya..siapa kuat dia dapat.. inilah sifat individualistik..yang dapat kita lihat dalam hidup masyarakat moden kini..

Andai hidup ini bertujuan untuk mengejar pangkat dan kuasa..kedudukan? apakah bezanya kita dengan kehidupan dirimba..jika binatang buas mencakar, merobek, mengigit dengan kuku dan taring untuk berkuasa di hutan..manusia pula menggunakan wang, kuasa, undang-undang, wanita, sekatan untuk menindas orang dan naik ke atas melebihi mereka yang dibawah..

Menjawab persoalan Tujuan hidup?

Hakikatnya..kita manusia adalah hamba yang diciptakan..sudah tentu kita tidak akan tahu kenapa kita diciptakan.. Bak kata Ustaz Pahrol..tidak ada seorang manusia pun yang mengisi borang untuk lahir ke dunia ini..

Kita dipilih Allah SWT atas kasih sayang Nya..dengan sifat Ar Rahim.. lalu kita dihadirkan ke dunia ini melalui Rahim seorang wanita..Mulianya wanita kerana memiliki rahim.. Sifat Kasih Allah disalurkan melalui ibu..

Ya, kita tidak minta dilahirkan..tetapi hari ini sudah hampir 25 tahun kita hidup tanpa memikirkan kenapa kita dihidupkan...

Maka, sudah tentu kita harus merujuk soalan “ kenapa kita dihidupkan”  kepada Pencipta kita..iaitu Allah SWT..

Maka, persoalan tujuan hidup ini Allah sudah menjawabnya dalam Al Quran..

Pertamanya kita harus menyedari bahawa kehadiran kita hidup di dunia ini tidaklah sia-sia..dan kita akan PASTI kembali kepada Allah SWT... Firman Allah :

 Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja?  Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? [Al Mukminun: 115]

Maka, jawapan Allah kepada persoalan apakah tujuan kita hidup telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya..

  Dan Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada Ku”  [Surah Al-Zariyat:56]

Maha Suci Allah...inilah jawapan asas kepada persoalan hidup kita..Hidup kita untuk menjadi HAMBA ALLAH.. tidak ada tujuan lain.. Andai selama ini kita hanya beranggapan kita hidup untuk dapat kesenangan..dapat kerja..dapat isteri..dapat suami..jadi orang yang berguna... maka, itu bukanlah tujuan sebenar...

KITA ADALAH HAMBA ALLAH...DIHIDUPKAN UNTUK MENYEMBAH (BERIBADAT) KEPADA ALLAH SWT..


Penafian kita terhadap Tujuan ini..??

Percayalah..keengganan kita terhadap tujuan ini hanya menyebabkan kerugian kepada diri kita sendiri..Semakin kita menjauhi tujuan ini..kita akan semakin menderita.. kita akan jauh dari makna kehidupan.. lebih malang, kita akan jauh dari erti kebahagiaan...

Mungkin kita memiliki harta, kemewahan, dan kesenangan..tetapi jauh dari ketenangan..dan kelapangan jiwa..

Mungkin kita memiliki nama dan pangkat..tetapi nama dan pangkat tidak akan berguna apabila kita sudah berada dalam liang kubur kelak..

Percayalah..apabila kita jauh dari tujuan hidup ini..kita telah menipu diri sendiri..kita telah mengkhianati fitrah diri kita..

Ingatlah..manusia ini terdiri daripada 2 unsur.. iaitu tubuh fizikal yang berasal dari tanah..dan keduanya ruh yang ditiupkan oleh Malaikat dengan Perintah Allah SWT..

Hakikat manusia itu bukan pada tubuh / fisiologi kerana ia akan binasa di makan tanah...akan tetapi hakikat manusia yang akan kekal dan terus mengembara dari alam dunia ke alam Barzah..kemudian alam masyar dan akhirat..adalah pada ruh..dan hati yang dekat pada Allah SWT..di situlah letak nya Iman..


Perbetulkan tujuan hidup dan Cara hidup..

Mereka yang menyedari hakikat tujuan hidup ini..menjadi kewajipan mereka untuk berhijrah niat dan jalan kita dalam hidup ..

Mari kita menyelaraskan semula tujuan hidup kita..dengan semata-mata untuk beribadat kepada Allah SWT..tidak ada tujuan lain..keyakinan ini tidak hanya pada kata-kata..Ini persoalan keimanan..maka, Iman bukan semata pada Lisan..tetapi ia terletak pada RASA...di hati nurani..

Kita benar-benar meyakini bahawa Allah SWT yang menjadikan kita..meyakini kita hidup ini semata-mata kerana Allah..meyakini bahawa kita akan MATI dan Di BANGKITKAN semula..meyakini bahawa kita akan DIKEMBALIKAN kepada ALLAH..dan meyakini bahawa HARI AKHIRAT benar-benar tiba..dan meyakini SYURGA-NERAKA lah tempat kita akan berakhir..bukan di dunia ini..

Persoalan hal-hal ghaib ini hanyalah boleh dijangkau pada hati yang beriman..kerana Iman bukan terletak pada AKAL..tetapi pada HATI..yang meyakini perkara ghaib..

Setelah tujuan dikukuhkan..Ayuh kita menyelaraskan CARA HIDUP kita.. Mudah sahaja Islam memandu manusia... Pertama Ikutlah segala perintah Allah SWT..

Keduanya..Tinggalkan segala yang Allah SWT larang untuk kita.. bagaimana kita nak tinggalkan kalau kita tidak tahu mana yang halal dan haram?? Dosa dan pahala?

Maka perlulah kita belajar ilmu agama..hadir ke kuliah..membaca buku.. ini bukan sahaja melibatkan tuntutan ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji..tetapi keseluruhan cara hidup..soal pakaian (aurat), makanan, hiburan, perhubungan sosial, ekonomi, perundangan, politik, dan lain-lain.. Maka, sebab itu menuntut Ilmu agama itu satu kewajiban yang bukan sekadar belajar di sekolah sahaja..

Ketiga..Ingatlah bahawa seluruh perbuatan kita adalah ibadat.. kita hamba full time.. bukanlah hamba part time..atau no time.. maka, bermula dari bangun tidur, mandi, makan, masuk bilik air, berpakaian, memandu, bekerja, belajar, berehat, menonton tv hingga kita tidur..semuanya adalah ibadat... andai kita niat kerana Allah..

Dan setiap perkara itu perlulah jauh dari kemurkaan Allah..contoh mudah ibadat menonton tv boleh mendapat pahala andai apa yang kita tonton itu perkara baik.. namun andai apa yang dilihat itu maksiat seperti melihat aurat, hiburan melalaikan, dan berunsurkan dosa..sudah tentu ia tidak dikira ibadat..malah, mendapat saham dosa..

Dan keempat.. kita perlu bermujahadah..atau berjuang melawan godaan.. kita perlu tinggalkan apa kita suka [andai ia melalaikan/mendatangkan dosa] dan kita perlu buat apa kita selalunya tidak suka [ bangun subuh, baca quran, zikir, berjemaah, mendengar kuliah agama].. walau ia bukan mudah..tapi percayalah Allah SWT pasti akan membantu orang yang menempuh jalan mendekati Nya..

Dan kelima..akhirnya, senjata umat Islam ialah DOA..doa itu satu ibadah..

Andai kita meminta pada manusia banyak kali kita akan dicop meminta-minta..malah akan dimarahi pula..tapi andai kita meminta dan bermohon pada Allah SWT...Allah akan mengasihi kita. Malah mendekati kita..

Maka, mohonlah agar kita sentiasa dalam Petunjuk Hidayah dan Taufik Allah..dipandu ke jalan yang lurus.. Ingatlah, tidak ada yang berlaku walau sezarah dalam kerajaan Allah ini [dilangit mahupun dibumi]..melainkan dengan KEHENDAK dan KUDRAT NYA..

Seandainya kita mampu mengangkat tangan berdoa dan bersungguh-sungguh meminta.. bermakna Allah meng-KEHENDAK-kan kebaikan pada kita..itulah satu kemenangan..

InsyaAllah..Allah SWT akan menilai sesudah kita menempuh jalan menuju kepada Nya..walau kita tersungkur di tengah jalan..kita tidak akan rebah...teruslah bergerak..walau merangkak..Allah SWT memiliki sifat yang Amat2 Agung.. Kasih Nya melebihi kasih seorang ibu.. terlalu Hebat.. Maka, kita akan terus bersangka baik kepada Allah SWT..kerana Allah SWT itu menurut sangkaan  hambaNya..

Teman-teman yang dikasihi..Kita harus sedar sekarang..here and now..bukan sedar diwaktu maut menjelang tiba..di saat itu tiada lagi bermakna penyesalan kita..baru kita tersedar pentingnya dosa pahala..Hakikatnya, Maut tidak dicari..tapi pasti mendekati..kerana setiap hidup pasti akan merasai mati...berbekalah kita..sebaik baik bekalan ialah Taqwa..

Wallahu’alam

Tuesday, November 8, 2011

Menghitung USIA melalui MATA HATI

Assalamualaikum wbt

Dengan limpah rahmat Allah dan izin Nya kita masih lagi bertemu di ruangan Blog ini.

Mari lah kita melazimi bibir untuk mengutap Syukur ke hadrat Allah SWT Tuhan Yang Maha Dermawan lagi Maha Pemberi...Sememangnya kalau ingin dinilai kesyukuran kita sudah tentu tidak sebanding kasih sayang Allah yang memiliki sifat Al Wahhab (Maha Pemberi).

Pemberian Allah Ta’ala Maha Terhindar dari sebarang kecacatan. Sedangkan yang menilai kekurangan dan kecacatan itu hanya di mata nafsu manusia yang apabila  kurang tidak mencukupi dan andai beroleh banyak tidak pula puas.

Sedangkan di sisi Allah segala pemberian Nya adalah baik-baka belaka untuk hamba-hamba Nya.

Hari ini tidak ada manusia yang pernah meminta untuk hidup di  dunia..tetapi kita dipilih untuk hidup atas rahmat dan kasih sayang Allah Ta’ala

Alhamdulillah..Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam..

Entry kali ini saya ingin menyingkap perihal MATA HATI. Pandangan mata hati ini amat berkait dengan bagaimana kita dapat meraikan Kehadiran Ulang Tahun Kelahiran @ Menyambut Usia Baru secara lebih betul, tepat dan benar..
          =====================================================

Sememangnya selalu sahaja perbincangan tentang “ Menyambut Ulang Tahun Kelahiran @ hari jadi ” ini dianggap sekadar remeh dan biasa-biasa sahaja untuk dikongsikan.

Namun, percayalah sahabat, ia boleh menjadi luar biasa sifatnya andai yang melihat dan membaca itu adalah dari mata hati yang dilihat dari pandangan Pencipta.

Ulang tahun siapa?

Percaya atau tidak apabila kita membelek-belek kalendar pada setiap tahun, selalunya bulan dan tarikh yang awal-awal sekali mata kita akan tercari-cari dan tertumpu ialah tarikh hari jadi kita sendiri. Bukankah begitu? Itulah fitrah manusia dimana banyak-banyak perkara yang paling menarik sekali ialah tentang DIRI KITA SENDIRI..

Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah..

Justeru apabila November berkunjung semula. Saya terdetik untuk menulis sesuatu. Maka, boleh dikatakan bahawa perkongsian ini sememangnya dikarang semata-mata untuk mengingatkan diri sendiri. Dan barangkali ia boleh dimanfaatkan buat sahabat-sahabat yang turut meraikannya juga.

Malah, apa lah kiranya andai rakan-rakan yang telah pun terdahulu menyambutnya [untuk memuhasabah semula] dan mereka yang akan bakal menyambutnya kelak [sbg persediaan] 
boleh juga bersama-sama mengambil masa merenung penullisan sederhana ini.

Oleh kerana setiap kelahiran sudah sedia tercatat bila, dan waktunya  sejak azali lagi. Maka secara fitrahnya sudah tentu kita manusia begitu terkesan untuk memikirkan perkara yang berkait dengan kelahiran kita sendiri.


Sebagai Mukadimmah mari kita renung sejenak lirik lagu ini..

Pandangan Mata selalu menipu..

Pandangan Akal selalu tersalah..

Pandangan Nafsu selalu melulu..

Pandangan HATI itu yang Hakiki..kalau hati itu BERSIH..


Pandangan Mata Biasa ;

Apabila mata lahiriah dan biasa ini melihat ketibaan hari kelahiran kita kembali muncul pada tahun ini. Pada lazimnya mata manusia akan sekadar mengambil maklum bahawa tahun ini beliau sudah menjangkau umur tertentu. 

Barangkali 13 tahun, 15 tahun, 25 tahun, 30 tahun..dan sebagainya..cukup sekadar mengetahui bilangan dan kiraannya..dan barangkali agak penting maklumat ini terutamanya bila mengisi maklumat diri atau borang permohonan kerja..

Mengetahui hari ini merupakan hari lahir kita, ia sekadar menyedarkan diri kita bahawa kini kita sudah melangkah ke alam remaja, atau alam dewasa mahupun sudah berada di alam lewat usia.


Jika menghadap di cermin rumah. Lazimnya manusia ini yang melihat dari pandangan mata biasa ini akan memerhati perubahan fizikalnya. Jika sudah remaja sudah pasti banyak perubahan pada tubuhnya. “ Oh, aku sudah remaja, suara sudah makin garau..oh, sudah ada misai..aduhai ada jerawat di pipi..”

Namun, jika sudah melangkah ke alam dewasa sudah pasti lebih besar perubahan yang dapat dilihat.. “ oh, aku kini nampak lebih matang dan dewasa..sudah ada tubuh yang feminine, maskulin... badan sudah makin berotot dan berlemak..”

Jika mereka yang lanjut usia.. sudah tentu tenungan nya lebih tajam apabila melihat kedutan-kedutan dipipi.. uban rambutnya sudah makin jelas.. perut sudah makin boroi dan ada juga sudah mula bertongkat. Tidak banyak yang dapat dikata melainkan bahawa.. “ Oh, hari ini aku sudah makin tua..”

Teman-teman..

Pandangan mata biasa ini hanya memberi peringatan yang biasa biasa sahaja..apa yang kelihatan itulah yang diambil sebagai makluman pada diri..

Pandangan Akal ;

Apabila mata akal yang memandang ketibaan hari kelahiran @ Usia Baru.. Sudah tentu ia lebih berbeza dari mata biasa yang melihat.  Melihat dengan pandangan akal ini banyak mendorong manusia berfikir, menganalisis, memahami, membukti dan sebagainya.. mudahnya akal ligat berfikir..

Jika remaja melihat dari mata akalnya..sudah tentu perubahan ini dilihat dengan lebih berakal.. 

“Oh, aku sudah remaja..aku perlu menjaga pemakanan..aku perlu menjaga kebersihan diri..aku kena cuci muka selalu untuk elakkan jerawat.. eh,aku sudah ada bulu di ketiak, ini punca badan aku bau busuk bila peluh..nak tak nak aku kena pakai deadorant..”

Seorang dewasa pula barangkali melihat dengan mata akalnya bahawa perubahan dirinya kini memerlukan penjagaan yang rapi.. “ oh..aku sudah dewasa..perut dah makin boroi..ini boleh jadi obesity..aku kena jaga makanan berlemak..aku kena bersenam selalu.. “

Manakala pandangan mata akal bagi orang yang sudah lanjut usia pula pasti akan melihat perubahan dirinya kini lebih kritikal berbanding ketika dewasa. “ oh, aku sudah makin tua.. aku kena banyakkan rehat..aku kena kurangkan makan berkolestrol tinggi sebab Dr. dah cakap aku ada penyakit 3 serangkai sakit jantung, kencing manis, darah tinggi.. aduhai,lagi aku kena cari tongkat bila nak jalan..lutut dah makin lemah..”


Maka, pandangan mata akal ini seperti banyak menganalisis perubahan dan keperluan untuk memenuhi perubahan itu.

Bagaimana melihat dengan Pandangan Nafsu ;

Ini pandangan yang amat buruk dan malang bagi manusia. Tiada yang lebih buruk dan rendah daripada menurut pandangan nafsu yang melulu. Khususnya apabila pandangan ini digunakan dalam melihat perubahan diri apabila melangkah ke alam remaja, dewasa mahu pun tua.

Lihatlah apabila seorang remaja melihat perubahan dirinya. Pandangan nafsu pasti mendorongnya untuk melihat Ulang Tahun Kelahirannya satu yang Menyeronokkan..

“ Ooh, aku kini sudah remaja..aku kini sudah bebas dari kongkongan mak bapak.. wah, lihat saja badan aku yang kini nampak tegap..berotot..seksi..inilah peluang untuk aku mengenakan fesyen-fesyen ala artis..tudung lilit-lilit..seluar pendek.. biar kalau attend ke kelas atau kat shopping Mall ada je mamat-mamat hensem nak pandang aku..  Bagus! Bila dah remaja ni baru lah syok nak tindik telinga..warna rambut dan set up kat saloon biar stylo sikit.. lepas tu inilah time yang terbaik nak show off asap rokok depan awek-awek.. orang kata remaja hanya sekali..so biar nikmati usia remaja betul2..“

Bukan itu sahaja..mereka yang dewasa juga tidak terkecuali melihat dengan pandangan nafsu terhadap perubahan kedewasaannya..nafsu yang tidak pernah puas..buas..dan liar mendorong dewasa dilihat sebagai kebebasan dan kekuasaan..autonomi..

“ Haa..Dulu remaja..sekarang dah kerja..ada duit sendiri..ada kereta sendiri..inilah SYURGA USIA..  inilah waktu aku nak enjoy betul2 dengan life..dulu masa belajar tak syok sebab tak ada duit.. Umur dah 25 ni lah sepatutnya aku cari awek untuk mengisi kesunyian.. Oh, aku dah dapat gaji first aku kerja..aku nak kena shopping habis ni..tukar HP..Tukar Sport rim keta baru.. beli Laptop baru..”

Bagaimana pula dengan golongan lewat dewasa atau mereka yang sudah memasuki usia tua.. jangan hairan andai ada juga yang melihat usia dan perubahan ke alam lewat dewasa nya itu bersudutkan  pandangan nafsu.. Seolah-olah tidak ada istilah ibadat dan taubat dalam kamus hidupnya..

“ Oh..Life begin at 40....Men is like Wine..Lelaki sepeti Arak..semakin tua/lama semakin mahal dan mengancam/ laku..inilah waktu untuk aku gunakan kematangan dan pengalaman aku hidup dulu untuk terus enjoy dalam hidup..tua hanya sekali.. Oh, syok juga lepas bersara ni..duit pencen banyak..anak-anak bagi duit tiap-tiap bulan..baru la syok nak plan melancong kat Eropah ke..Paling kurang nak juga merasa shopping di Victoria Market Melbourne Australia..”

Maaf andai terlalu berterus terang..namun, realitinya inilah yang berlaku dalam masyarakat apabila individu melihat peralihan hidupnya dari satu peringkat usia ke peringkat seterusnya dengan menggunakan pandangan nafsu.. semakin beroleh..semakin tidak mencukupi.. sekiranya kurang pula merasa sempit dan rasa hidup tidak adil...

Melihat Ulang Tahun Kelahiran dengan Pandangan MATA HATI..

Maha suci Allah..melihat hidup dengan pandangan mata hati adalah hakiki dan sebenarnya lebih tulus dan benar..ia lebih tepat dan baik.. dengan syarat seandainya HATI itu bersih..
Pandangan mata hati ini ditegaskan oleh Allah Ta’ala dalam Al Quran ;

“ Sungguh, pada yang demikian itu terdapat peringatan bagi orang yang memiliki HATI atau menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikan.” [ Qaaf:37]

“ Apakah mereka belum berjalan di atas bumi, lalu mereka memiliki HATI yang dengannya mereka berakal (berfikir), atau telinga yang dengannya mereka mendengar. Maka, Sungguh, yang buta itu bukanlan penglihatan, namun yang buta adalah HATI mereka yang berada di dalam dada. “ [ Al Hajj : 46]

Dalam Buku Tazkiyatun Nafs : Karangan Dr. Anas Ahmad Karzon yang merupakan Pakar Humanisme dan Psikologi Islam menjelaskan bahawa HATI ini bukan hati yang bersifat fizikal atau biologi yang nampak apabila dibedah dan dikeluarkan.

Namun hati yang ditinta dalam Al Quran ini Hati yang merupakan pandangan BATIN (Bashiirah).

Allah menjelaskan dalam ayat di atas.. “.........yang buta itu bukanlan penglihatan, namun yang buta adalah HATI mereka..........”  bermakna yang buta itu bukanlah mata fizikal..tetapi MATA 
HATI yang bersifat Batin..ini amat berkaitan dengan pandangan Iman yang menyuluh dan memandu diri manusia untuk melihat kehidupan nya dengan lebih tepat dan benar.

Persoalannya apakah kaitan Pandangan MATA HATI dengan Melihat Ulang Tahun Kelahiran individu..??

Pandangan mata hati sebenarnya tidak terhad kepada perihal ulang tahun kelahiran dan perubahan usia manusia sahaja..hakikatnya pandangan mata hati ini diperlukan pada setiap masa..saat..ketika dan diseluruh perjalanan hidup manusia..

Paling utama dengan berpandukan mata hati ini maka kehadiran Ulang tahun kelahiran akan dilihat dengan lebih tepat dan benar..Jauh sekali melihat dengan mata biasa yang sering menipu..mata akal yang kadang kala tersalah..dan apatah lagi mata nafsu yang sering melulu dan membawa kepada kebinasaan..

Ingatlah kata-kata ini.. WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET..  apa yang kita lihat..dan bagaimana kita lihat akan menentukan apa yang kita akan dapat..

Maka, bagaimana kita melihat hidup ini amat penting..


Samada kita tidak beroleh apa-apa..atau beroleh kebaikan dan pahala..atau kita beroleh dosa dan kehinaan..

Mari kita mengambil analogi mudah ini sebagai pengukuhan kata-kata di atas..

“ Apabila kita berada di atas sampan yang meredah lautan biru..seorang yang biasa-biasa akan melihat laut itu sekadar dari sudut pemandangan yang cantik..Namun, kalau seorang nelayan melihat laut..mereka akan melihat lebih ke bawah dari permukaan laut iaitu sumber rezeki..terdapatnya hidupan laut yang boleh menjadi sumber pendapatan mereka untuk menampung keperluan keluarga masing-masing. Namun, seorang penyelam laut dalam pula akan melihat laut dengan lebih mendalam ke dasar laut..mereka dapat melihat mutiara yang cukup bernilai untuk diambil bagi beroleh pendapatan yang lumayan.. Namun, sekiranya seorang Jurutera Petroleum melihat laut..mereka akan melihat jauh lebih dalam dari dasar bawah laut..iaitu dalam perut bumi yang mengandungi sumber kekayaan Minyak dan Gas yang menguntungkan..”

Bukankah berbeza orang-orang ini melihat perkara yang sama? Maka begitu juga apabila kita melihat hidup samada dengan pandangan mata biasa, pandangan akal, pandangan nafsu dan pandangan mata hati yang hakiki...

Muhasabah Diri melalui MATA HATI

Maha Suci Allah..Berasaskan pandangan mata hati yang bersuluhkan keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT dan keimanan terhadap wujudnya Hari Akhirat.. maka, kita akan cuba untuk melihat hidup ini dengan lebih tepat dan benar dan betul..

Melihat hidup terlalu luas untuk dibincangkan dalam penulisan ini..cukuplah kita bermuhasabah dalam konteks melihat kehadiran Ulang Tahun Kelahiran kita masing-masing..

Pandangan Mata Hati (1)

Menyedari bahawa tahun ini umur sudah menjangkau 25 tahun..umur kita sudah semakin meningkat..maka, mata hati sudah pasti akan melihat kebenaran bahawa hakikat umur kita sudah semakin hampir dengan tarikh dan waktu kematian yang pasti..Kematian yang tidak akan dipercepatkan..mahupun dilewatkan walau sesaat..apabila tiba waktu ajal seorang anak 
Adam..maka dia pasti akan dijemput..

Persoalannya siapa kah yang tahu bila ajalnya? Maka apabila tidak tahulah menyebabkan kita perlu bersedia bila-bila masa sahaja..

Apakah penting kebenaran ini dilihat?

Sahabat...Bukankah kita dihidupkan sementara untuk dimatikan agar dapat hidup selamanya..??


Apakah kebenaran ini masih membuatkan kita bersenang lenang dengan hidup?? Inilah pandangan mata hati yang melihat hakikat usia baru kita sebagai pembakar semangat meneruskan dan menjayakan hidup demi menuju kematian.

Kebenaran inilah yang membuatkan kita bersungguh dan tidak berlengah dengan usia agar selagi hidup kita berbekal sebelum mati menjemput untuk kita dapat menuai.

Pandangan Mata Hati (2)

Sejurus usia baru menjelma dan kita kini berada jauh meninggalkan permulaan kita dahulu yang dikatakan waktu Akil Baligh.

Masih kah kita ingat peristiwa mimpi basah dan pengalaman pertama mengalami datang bulan??  Andai lupa tidak mengapa..tetapi janganlah kita lupa bahawa di saat semua peristiwa itu berlaku..kita secara rasminya sudah mendaftarkan diri sebagai PEKERJA..

Benar, Hakikat mata hati melihat kebenaran bahawa sejurus kita mencapai Akil baligh pada seawal usia 13 tahun..14 tahun..15 tahun..merupakan hari MASUK KERJA sebagai HAMBA ALLAH secara rasminya..

Ya, Kita mendaftar sebagai PEKERJA ALLAH bermula AKIL BALIGH..


Analogi berdaftar sebagai PEKERJA ALLAH bermaksud sebagai HAMBA ALLAH..di waktu itulah bermulanya tugas Malaikat Kanan dan Kiri sebagai Pencatit Amalan menjalankan tugas mereka tanpa terlepas walau sesaat untuk mencatit setiap perbuatan, perlakuan, dan pemikiran kita..

Di waktu itu lah bermulanya istilah Dosa dan Pahala berada dalam kamus hati manusia..istilah Siksaan dan Kelapangan alam kubur..dan Istilah Ganjaran Syurga dan Neraka..

Di waktu itu lah bermulanya diri seorang manusia dipertanggungjawabkan untuk menganggung segala perlakuannya sendiri samada beroleh dosa atau pahala..dan di waktu itu lah setiap amalannya walau seinci akan dinilai untuk melayakkannya masuk syurga atau neraka Allah Azzawajalla..

Bukankah maksud Akil Baligh itu membawa erti kesampaian akal?? Bermakna manusia sebenarnya sudah bersedia membezakan mana yang baik dan buruk..

Pandangan inilah yang dilihat oleh MATA HATI..ini membuatkan kita tersentak berfikir sejenak.. 

Bagaimanakah keadaan simpanan dosa yang telah kita kumpul sejak bermula kita akil baligh hingga usia kita hari ini? Bagaimana pula baki akhir pahala yang telah kita kira-kira pada usia hari ini bermula sejak kita akil baligh?

Bayangkan..dan renungkan..semenjak kita berusia 12 tahun atau 13 tahun..sehingga umur kita hari ini lebih kurang 25 tahun..?

Hampir 13 tahun kita sudah mengumpul dosa dan pahala..
Hampir 13 tahun Malaikat Pencatit Amalan sentiasa mencatit segala perbuatan baik buruk kita..


Sudah tentu dengan pandangan mata hati akan membantu kita menilai pemberatan amalan kita sebenarnya bagaimana? Samada banyak amalan kebaikan yang dilakukan..atau banyak amalan dosa yang kita kumpulkan..

Akhirnya dengan pandangan mata hati inilah akan menyoal kita..adakah kita sudah bersedia untuk menghadap kematian dengan berbekalkan amalan dalam tempoh 13 tahun itu? dan amalan 13 tahun itulah yang kita akan bawa dihadapan Allah Azzawajalla di Padang Masyar kelak..dan amalan 13 tahun itulah yang akan menentukan bagaimana hidup kita selamanya di Akhirat kelak..

Pandangan Mata Hati (3)

Barangkali dengan penilaian melalui pandangan mata hati itu..ia membantu kita untuk melihat 
hakikat apa yang kita ingin apabila mencapai usia yang baru pada hari ini..

Alhamdulillah..Usia baru ini menjadikan kita bergelar remaja...

“ oh, hari ini aku sudah memasuki alam remaja..inilah waktu dan saat yang terbaik untuk aku mendekatkan diri pada Allah Ta’ala!! “

“ Dalam Al Quran banyak menyebut tentang golongan muda yang beriman dan beramal soleh..Aku akan korban usia remaja untuk banyak bertaubat..dan  melakukan kebaikan..mengurangkan hiburan, dan keseronokan yang sia-sia..menghindarkan budaya dosa dan maksiat..agar aku boleh menumpukan perkara yang baik dan terpuji..”

“ Aku teringat sabda Nabi bahwa Allah suka orang yang bertaubat..tetapi Allah lebih suka orang MUDA yang Bertaubat..aku berazam untuk bertaubat agar Allah ampunkan dosa ku terdahulu sejak aku akil baligh hingga usia ku kini..”

Sahabat..
Sesungguhnya muda bukan sekali..tetapi dua kali..

Muda waktu sekarang dalam kehidupan di dunia yang sementara ini...dan kali kedua muda selamanya dalam kehidupan di syurga kelak..


Alhamdulillah Usia Baru ini menjadikan kita bergelar orang dewasa..

“ Oh, hari ini aku sudah menjadi dewasa..alangkah baiknya aku dapat berubah sejak dahulu lagi..kerana kematian tidak mengenal usia tua atau muda..semakin meningkat usia semakin dekat aku dengan tarikh kematian ku..Adakah amalan aku sematang usia ku? Adakah nilai pahala ku sebanyak usia ku? Demi Allah Yang Maha Pengampun (Al Ghaffur).. Aku akan terus bertaubat dan melakukan amal kebaikan..di saat-saat berbaki usia ku ini...”

Sahabat..mari kita renung sabda Nabi Muhammad SAW ini.. Dari Umar Al Khattab ra menyatakan bahawa Nabi Bersabda “ Sesungguhnya Allah menerima TAUBAT seseorang sebelum nyawanya sampai dikerongkongnya” [ HR Tirmidzi]

Ingatlah Allah berfirman..

“ Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang –orang beriman, supaya kamu beruntung.” [An Nuur:31]

Sebagai Penjernihan..

Sesungguhnya Segala Puji Bagi Allah..Hanya kepada Nya lah kita Sembah..dan Kepada Nya lah kita meminta pertolongan dalam segala perkara..Kepada Nya lah kita meminta ampun dan perlindungan dari kejahatan diri kita serta segala keburukan amal perbuatan kita..

Barangsiapa dibimbing oleh Allah [dengan hidayah Nya] maka tiada siapa pun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang menjauh dari bimbingan serta petunjuk Nya nsicaya ia akan tersesat selama lamanya..

Marilah kita melihat hidup keseluruhannya dari sudut mata hati.. yang bertunjangkan Pandangan Pencipta kita yakni Allah Azzwajalla..sekaligus mendorong kita untuk mentauhidkan Allah dalam segala perkara..

Marilah kita melihat kehadiran usia baru di Ulang Tahun Kelahiran kita ini dari sudut Pandangan Mata Hati yang bersih..inilah realiti bagaimana kita harus meraikannya..bukan mensia-siakan usia yang baru ini dengan kelalaian dan penafian terhadap kehidupan Akhirat.. 

Dengan melihat Usia baru ini dengan tepat, benar dan betul..maka kita akan meyakini bahawa usia hari ini tidak boleh disia-siakan lagi..buanglah sikap bermalas-malas.. ingin bersantai-santai.. kurangkanlah hidup untuk keseronokkan semata.. usahlah terlalu sibuk dengan urusan hingga memisahkan urusan itu dengan matlamat kehidupan akhirat..  

Tumpulah untuk mendalami Islam.. memperbanyakkan amal ibadat..mendekati orang-orang soleh..mendengar singkapan kerohanian..  dan paling penting masuklah ke dalam  ISLAM secara Keseluruhan..bukan serpihan dan sebahagian sahaja..[ menjaga solat tapi masih tidak tutup aurat dengan sempurna.. membaca quran tapi masih gemar mengumpat.. memberi sedekah tapi masih berkata kasar..]

InsyaAllah..dengan keazaman untuk berubah dan melakukan kebaikan..Allah Ta’ala pasti akan membantu mereka yang berjalan di jalan Allah..itu sudah pasti!!

Mudahan perkongsian ini dapat mencelik mata hati kita untuk melihat hidup ini dengan lebih sempurna..

Demi Cinta Ku pada Mu Ya Rasullullah..Ku Pegang Janji Allah dan Rasul Nya..;

“ Barangsiapa mengajak kepada petunjuk Allah, niscaya ia mendapatkan pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutnya, tanpa mengurangi pahala mereka sama sekali.” [HR Muslim]


Wallahua’lam

Wednesday, October 26, 2011

Siapa yang KUAT?

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah atas iziNya kita bertemu lagi dalam ruangan blog ini. Tidaklah jemu-jemu kita mengutap syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang usia hari ini..sudah tentu hikmahnya kita masih diberi kesempatan untuk terus mendekati Nya.. bahkan..

Perjuangan ini masih perlu diteruskan..Peringatan juga masih banyak yang perlu diingatkan..hati kita masih perlu di didik dengan tarbiyah ilmu dan singkapan kerohanian.. apatah lagi nafsu kita ini sentiasa mendesak dan perlu dilatih dengan bebanan amal-amal kebaikan..

Sedikit coretan peribadi beberapa minggu yang lalu..

Sempena majlis konvokesyen baru-baru ini saya berkesempatan untuk bertemu dengan teman-teman seperjuangan di UPM dahulu.  Al kisah nya sudah pasti bermacam cerita dan khabar yang dikongsikan teman-teman terutamanya aktiviti masing-masing selepas tamat semester terakhir pada Mei yang lalu. Yang pastinya apa juga yang dilalui oleh teman2 ini.. hari ini kita sudah bergelar Graduan Universiti Putra Malaysia. Syabas dan semoga kita pantas untuk menanggung amanah untuk berbakti kelak.

Apa yang mencuit hati ini..apabila kebanyakkan mereka yang  ditemui akan berkata sosok tubuh sudah kelihatan nampak lebih kurus berbanding sebelum ini.. “Megat, kau Nampak kurus lah..”. Sememangnya diri sendiri tidaklah begitu perasan kerana tanggapan awal mungkin disebabkan potongan rambut yang pendek yang membuatkan tampak kurus..

Dan yang lebih serius ada yang menanyakan.. “ Megat, engkau ada sakit apa-apa ke? Kenapa nampak kurus sangat? “.. Senyuman sahaja yang dapat saya berikan..

Terima kasih teman2 kerana begitu mengambil berat.. Sungguh, tidaklah sedikit pun hati kecil ini terusik dengan pertanyaan teman2..

Dan Alhamdulillah.. Allah terus  sahaja memberikan kesihatan yang baik..masih mampu bekerja, mencari rezeki sepanjang hari..meluangkan masa bersama keluarga..dan paling disyukuri.. Allah masih menganugerahkan kekuatan untuk terus memperhambakan diri pada Nya..dan mendekati Nya..

Walau terkadang diri ini ada kalanya merasa letih dan lesu.. Namun, yg letih itu bukanlah hati..tapi nafsu yang membuak untuk mengambil kesempatan mengatasi rasa kehambaan kepada rasa kemanusiaan..[Ya Allah berikan ku taufiq dalam ketaatan kepada Mu]

Bila tubuh ini dilihat dengan mata lahiriah / mata fizikal..sudah tentu tidaklah segagah mana..saya teringat ungkapan ini untuk kita cerna bersama.. 

biarlah tubuhku mati..namun HATI tetap hidup dan butuh pada ILAHI..”

Ya sahabat, kekuatan di dalam ini lah yang akan memperkuatkan apa yang diluar! Kita terbayang bagaimana Rasullullah saw yang begitu kuat kemahuan hati nya secara berterusan sujud dan ruku (solat) pada Allah SWT sehingga  tapak kakinya menjadi pecah.

Apa yang kuat sebenarnya? Kadangkala fizikalnya tidak lah nampak laratnya..namun itulah Hati kuat masih mahu dan terus ingin mendekati Allah..

Inilah perihal yang ingin kita renung sejenak dalam Entry kali ini iaitu kekuatan HATI..


==============================================================

Siapakah yang KUAT menurut kita?

Sering kita dalam membezakan kekuatan sesama manusia akan cenderung untuk melihat kekuatan ini dari aspek yang nampak dan boleh diukur dengan mata kasar..

Maka, sudah tentu mereka yang kuat menurut kita mereka yang ada kelebihan kemampuan fizikal untuk bekerja dengan kadar yang jauh lebih dari orang lain.. lihat sahaja program popular seperti Guinness book of record yang menguji kekuatan manusia. Ada insan yang dinilai kuat hingga dapat menarik kapal terbang/ keretapi dgn menggunakan rambut atau gigi mereka..ada yang dapat memecahkan ratusan batu bata dengan kepala dalam tempoh yang singkat..ada juga menguji kemampuan diri dengan makan dengan kuantiti yang banyak..

Dan sebenarnya pelbagai lagi metod yang diguna pakai oleh manusia untuk melabelkan kekuatan seseorang..

   

Ada juga perbezaan kekuatan ini dilihat dari sudut kekuatan psiki yang melibatkan aspek psikologi seperti emosi, motivasi, keyakinan dan keberanian yang tidaklah nampak secara nyata. 

Lihat sahaja manusia menguji kekuatan keberanian dengan memasukkan ular ke  dalam mulut nya..merelakan kepala nya disumbat ke dalam mulut buaya.. tidur bersama kala jengking.. berjalan di atas kabel yang melintasi antara dua menara bangunan..melakukan stunt merbahaya dengan motorsikal..dan sebagainya..

Maka siapa yang tinggi unsur psikologi nya akan dinobat sbg jaguh..

Tidak lupa dalam masyarakat moden ini juga turut meletakkan kekuatan pada kuantiti harta  yang dimiliki..jawatan yang disandang..dan ini melibatkan soal-soal keuntungan..keluasan empayar niaga.. kuasa mempengaruhi...

Semakin banyak dikumpul maka semakin tinggi nilai kekuatannya..begitulah disebaliknya..

Persoalannya..adakah sekadar ini? Nampak begitu relative, berbeza tiap manusa dan kadang kala  tidak begitu adil manusia menilai manusia..apakah kuat jika kaya? Apakah kuat jika berjaya selamat dari dibaham buaya? Adakah kuat andai kapal terbang itu berjaya ditarik?

Bagaimana mereka yang miskin tidak berharta? Bagaimana mereka yang kurus dan tidaklah sasa dan kuat rambutnya? Bagaimana mereka yang tidak seberani mereka? adakah mereka layak dinilai lemah..

Jika dibiarkan manusia memenuhi penilaian manusia..maka jauh sekali untuk tercapai secara solid dan jika tercapai, tidak pula akan puas dan rasa mencukupi..

Jadi Siapakah yang KUAT secara Hakikatnya?

Memahami kekuatan dengan berpandu akal dan mata kasar semata kadang kala akan tersalah. Lihatlah bagaimana banyaknya teori-teori generasi dahulu yang berlandaskan akal semata sentiasa mendapat kritikan dan penolakan oleh generasi terkemudian yang juga berdasarkan kajian akal. Bermakna belum sempurna jika akal ini berdiri sendiri.


Jika dahulu manusia pernah percaya melalui kajian akal tentang bumi adalah centre of the universe..namun kini, kajian akal selepas beberapa kurun membuktikan tidak..yang menjadi pusat jagatraya adalah matahari..

Andai dahulu manusia pernah percaya bumi ini mendatar..namun kini terbukti bumi adalah bulat dan berbentuk sfera yang juga melalui kajian akal..

Dahulu juga pengamal psikologi begitu taksub melatih sikap manusia seperti melatih anjing makan iaitu berasaskan memberi hukuman untuk menghalang dan memberi ganjaran untuk menggalakan sesuatu perilaku...namun kini sudah beratus idea baru yang menolak kaedah lama..seperti pendekatan pendidikan koperatif..pendekatan pencegahan..pendekatan integrative dan interaktif.. dan lain-lain..

Jadi mari kita lihat pula bagaimana keharmonian ilmu akal dan wahyu dapat memberi jawapan..

Siapa yang kuat ? Mereka ini Allah perjelaskan dengan sejelasnya.. mari kita telusuri firman Allah swt ini..

“ Sesungguhnya jawapan orang-orang beriman jika diseru kepada Allah dan Rasul nya untuk menghakimi di antara mereka hanyalah, “ KAMI DENGAR dan KAMI TAAT”. Mereka itu orang-orang yang beruntung.....”

Sabda nabi saw pula..

 “ Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yang lemah dalam setiap amal kebaikan “ (Diriwayatkan oleh Muslim didalam Kitab al-Qadar, bab. Iman lil-Qadari wal-Idz’aan lahu).

Apakah perkaitan kedua-dua nya..??

Inilah yang sebenarnya ramai kita tersalah sangka.. 

Hakikat kekuatan adalah apabila seorang hamba Allah yang begitu kuat mentaati Allah dan Rasul Nya..Secara mudahnya, kuat ini dinisbahkan pada kekuatan untuk mematuhi apa yang diperintah..dan meninggalkan apa yang dilarang..tanpa berkompromi..tanpa beralasan..tanpa berkira-kira....tanpa mempertikaikan..dan kadang kala tanpa perlu hujah santifik...

Kekuatan juga dinisbahkan kudrat melawan apa yang ada dalam dirinya..dan apa yang diluar...

Apa yang ada di dalam yang menjadi musuh no 1? 

Itulah nafsu..

Mereka kuat melawan desakan nafsu yang mendorong perilaku sifat buruk seperti bermalasan..melengah kerja.. putus asa.. cinta dunia.. bermaksiat.. menipu..pemarah memaki hamun...gelojoh. mengikut desakan syahwat.. Suka kenyang yang melampau..sukakan hiburan melalaikan..dan apa saja yang berintipatikan DOSA..

Apa yang ada diluar mereka yang menjadi musuh? 

Itulah godaan cintakan dunia..

Mereka juga kuat untuk menahan desakan sekelliling yang menyokong kehendak nafsu..ini lah yang sering disebuat budaya DOSA.. seperti trend fesyen yang menggalak pendedahan aurat..budaya couple..budaya berhibur yang bercampur bukan mahram..budaya kelab malam.. budaya mengumpat..bergosip.. budaya meluahkan dan mengaibkan teman..

Ramai antara kita yang tersepit dan dihimpit dengan budaya dosa walau sedar ia salah. Sehingga tahap jika tidak diikuti rasa bersalah..dan terasing dengan masyarakat..

Ibaratnya budaya copule dan budaya berfesyen mengikut bentuk badan adalah budaya dosa..namun bila menjadi budaya.. ramai merasa yang ber couple / fesyen itu perbuatan betul dan boleh diterima dan bagi orang yang tidak mempunyai copule / atau fesyen muslimah sebenar pula dianggap salah, berlebihan dan tidak trendy.. 

Orang yang kuat juga sebenarnya mereka yang berusaha mengukuhkan apa yang ada didalam dan apa yang diluar mereka...

Apakah yang ada didalam mereka? 

Itulah Hati dan akal...

Hati ini diperkuatkan dengan banyak mengingati Allah..melalui zikir, solat, membaca Al Quran, malah bukan terhad dalam perlakuan ritual itu sahaja..malah mereka mengingati Allah ketika mereka bekerja..mengurus..merancang..mengendali..melaksana..atau apa juga urusan mereka.. itulah yang Allah nyatakan dalam firmannya..

“ Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda – tanda bagi orang yang berakal, yaitu orang yang MENGINGAT (berzikir) Allah sambil berdiri, duduk, berbaring, dan mereka memikirkan (tafakur) penciptaan langit dan bumi, seraya berkata “Ya Tuhan kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”

Adakah MUDAH dengan kata-kata? Tidak semudah itu..sudah pasti mereka ini sentiasa berusaha melatih diri..mendidik hati..melawan nafsu..untuk terus konsisten mengingati Allah.. mereka orang yang bermujahadah.. untuk lebih mengingati Allah berbanding lain... itulah yang menyebabkan mereka ini orang yang KUAT..

Orang yang kuat sebenarnya orang lemah bila berhadapan dengan Allah..

Mereka yang kuat adalah orang yang segera menyedari dosa dan kesalahannya.. malah segera  bertaubat mengakui kelemahannya di hadapan ALLAH.. kerana mereka meyakini diri sebagai hamba Allah Azzawajalla..


Dan ingatlah teman2.. insan yang mengakui.. pasrah dan berserah pada Allah atas kelemahannya..mereka inilah akan diperkukuhkan dan dipekasakan Nya.. bukan semata fizikalnya..tapi HATI nya yg penuh bercahaya dengan keimanan...

Di saat melihat aurat dan maksiat..walau pun dengan tidak sengaja..mereka segera beristigfar dan mengesali kesalahan itu..dan segera menyuci hati dari titik noda hitam..

Di saat terlanjur kata seperti kata-kata sinis, memperli, merendahkan, dan bercakap yang sia-sia..mereka segera menyedari dan berazam untuk tidak mengulangi nya..

walau kadang kala masih terulang.. biarlah andai itu berterusan..kerana kebaikan perlu diulang-ulang dan tidak mudah untuk mencapai kesempurnaan..ia satu perjalanan.. dan

Allah Yang Maha Penerima Taubat dan lagi Penyayang sentiasa tidak jemu menerima taubat hamba-hambanya...Patutkah kita jemu untuk bertaubat?


Ayuh kita perhati insan-insan ini disekeliling kita...

Sering diri ini merasa kagum..dengan kekuatan yang Allah berikan pada Hati-hati mereka.. perlindungan yang Allah berikan..

Dalam arus masyarakat hari ini yang berada dalam zaman kerosakan akhlak.. zina berleluasa..fesyen dosa bertahta di media..budaya hiburan diangkat sbg nilai komersial..nilai agama diperendahkan..

Namun..Mereka insan-insan yang sedikit ini terus bermujahadah mengharungi belantara moden yang penuh kebuasan material dan kebendaan..

Mereka bersabar dalam iman..pasrah dalam taqwa..dan me-yakini JANJI ALLAH.. me-yakini kehidupan akhirat..hari perhitungan..me-yakini syurga dan neraka.. sehingga dunia ini dilihat sebagai tempat persinggahan..akhirat tempat tinggal selamanya..

" Dunia dilihat sebagai alat..bukan matlamat...kerana matlamat mereka adalah kembali ke akhirat..yang kekal.."

Lihatlah insan-insan ini yang barangkali ada disekeliling kita...

“ Mereka lah ibarat Pedagang yang hanya menyinggah sebentar (dunia)..tidak mahu berlama..kerana hati merindu tempat asalnya.. "

" ibarat berjalan di atas jambatan yg lusuh..kaki segera melangkah dan tidak mahu berlama.. di fikiran pula sudah terbayang destinasi akhirnya..”


Wahai mujahidah...

Diri ini benar-benar mengagumi..teman-teman mujahidah (pejuang wanita) atau muslimah-muslimah di luar sana.. yang begitu akur dan taat dengan ketentuan Allah..mereka rela melabuhkan pakaiannya..mengikut syariat sebenar..daripada terlalai dengan desakan budaya fesyen yang mengundang murka..  


Mereka begitu rela sekali..menjaga kehormatan..tutur kata..dan memilih tidak berlebihan seperti berkata sia-sia..mengumpat..dan mengadu domba..

Walau mereka golongan kecil yang kuat ketaatannya.. namun mereka masih bersikap rendah hati...tidak mengasingkan diri..mampu melayan dan berbakti.. serta berbudi.. saling menghormati sesama manusia..khususnya bila bersama masyarakat..

Diri ini juga mengagumi kaum –kaum ibu yang kuat hatinya..rela mendidik anak-anak..walau dibebani kesibukan kerja..namun masih sempat mendidik anak-anaknya agar mengenali kitab Allah.. membetulkan sebutan anak-anaknya..dan mengajar anak-anaknya solat...malah solat bersama-sama..


Pada masa yang sama begitu menghormati si suami..menjaga kehormatan diri..melindungi aib kekurangan suami...menjaga aurat diri  dan pergaulan nya ketika di luar..kerana begitu yakin dan sedar...bahwa beliau isteri..dan juga hamba kepada Illahi..

Apakah mereka ini tidak punya kehendak seperti wanita biasa?

Ya, sudah pasti ada..keinginan untuk kelihatan cantik dan hebat.. namun dalam benak dan keyakinan mereka..mereka yakin bahwa mengikut peraturan Allah adalah satu kemuliaan dan perlindungan... jiwa mereka merasa tenang dan selamat.. selamat dari menghambakan diri dengan desakan manusia yang mengagungkan kebatilan..


Mereka memilih besederhana untuk kelihatan cantik..dan memberikan kecantikan sebenar pada yang Hak..yakni suami mereka kelak.. bahkan, 

" Mereka bukan sahaja selamat di sisi Allah..malah selamat dari mata manusia yang liar..dan mendapat penghormatan di mata muslim yang mukmin..."


Wahai mujahid..

Bahkan, diri ini juga amat mengagumi mu para mujahid (pejuang lelaki) yang bukan sahaja kuat fizikal untuk melindungi kaum hawa..malah kuat hati untuk melindungi Imannya.. begitu mereka ini berusaha merendahkan mata dari melihat kemungkaran..walau tidak mudah dalam masyarakat yang terdedah dgn pelbagai kelalaian.. 


Mujahid ini begitu rela memenuhi hak Allah.. menjaga solat jemaahnya.. berusaha mencari rezeki yang halal.. untuk diberikan buat keluarga tercinta..

Sesibuk mana urusan kerja..mereka berusaha untuk menjadi ayah yang baik di mata anak-anak..mereka tidak jemu menyempatkan diri untuk mendidik.. meluangkan masa bersama.. belajar untuk mengajar dan memimpin agama bagi ahli keluarganya.. melalui tazkirah dan usrah keluarga.. menyempatkan diri untuk makan bersama..memimpin doa dan mengimami solat.. serta turut mendidik anak-anak mengenal kitab Allah..

Malah mereka juga berusaha untuk menjadi suami yang baik di mata isteri.. memenuhi peranan berbanding menuntut hak.. mereka memberi nafkah dengan usaha mengikut kemampuannya.. melayani isteri dengan kata-kata yang lembut dan baik.. kadang kala tegas namun bijak bergurau senda.. melindungi isteri agar sentiasa menjaga hak sbg hamba Allah..


Dengan imannya..mereka tidak menuntut kecantikan kerana mungkin tidak kekal..tetapi mereka ini sentiasa mencari kecantikan isteri mereka..

Dan apabila dicari..mereka akan berjumpa..kerana kecantikan itu wujud  disepanjang kisah cinta mereka..

...a long the journey...

Ibarat menaikkan layang-layang..?

Untuk meninggikan dan menaikkan layang-layang..kita harus tahu ada faktor yang membantu layang-layang itu berjaya naik dengan tinggi..

Maka sudah tentu..layang-layang akan naik meninggi apabila ia ditarik melawan arah angin..dan tidak akan naik jika mengikut arah angin..

Begitulah kehidupan kita hari ini..untuk berada di puncak kemuliaan yang Allah akan berikan..yakni kebahagiaan dunia dan akhirat.. kita harus melawan arus yang banyak melalaikan dan merosakkan diri..


Kita harus berjaya mengatasi ujian kesusahan..kepayahan..dan keperitan yang sementara.. walau kadang-kadang perkara itu lah yang kita suka lakukan..ibarat manusia gemarkan hiburan.. dan yang paling digemari pula hiburan yang banyak pendedahan aurat.. menggiurkan..serta menangkat mesej cinta manusia..dan sebagainya..

Namun kuatkan kita untuk melawan arus? Kuatkah untuk memilih yang bukan digemari umum?

Pilihlah hiburan yang mendidik jiwa..yang membuatkan kita semakin mengingati Allah...dan sebenarnya..hiburan yang paling menghiburkan ialah kalam Allah yang diperdengarkan tentang janji syurga..gambaran nikmat syurga..yg tidak pernah terjangkau dek akal manusia betapa nikmatnya..

Bayangkan makanan ahli syurga yang bila mereka makan..akan mengenyangkan hingga terasa ke urat-urat seluruh badan dan bukan semata diperut..malah ahli syurga tidak mencerna najis..dan hanya merembeskan peluh...dan peluh itu pula mengeluarkan bau bauan yang begitu harum..SubhanaAllah..lihatlah nikmat yang berganda ganda...

Ayuh kita muhasabah diri..mencari kekuatan yang dahulunya hilang atau dipinggirkan.. 

Janganlah jadi manusia yang hidup diibaratkan hidup hidupan (kadang kala seperti haiwan) yakni makan, minum, rehat, tidur,kahwin..


Jadilah manusia yang hidup dengan BERTUJUAN..yakni tahu siapa diri sebenar..untuk apa dilahirkan ke dunia ini..dan ke mana kita akan pergi selepas ini..


Wallahua’lam