Monday, June 6, 2011

MOTIVASI 1- Mencari KETENANGAN HAKIKI



MasyaAllah..siapalah kita dapat menidakkan keluhan terhadap onak ranjau kehidupan yang kadang2 menekan. Begitulah kebanyakkan dari kita keluhkan. Apabila yang dihajati tidak diperolehi. Apatah lagi apabila kita mula membanding beza diri dengan orang lain. Kenapa orang lain lebih bahagia..apa yang dia mahu sering dia dapat. Kenapa nasib orang lain lebih baik berbanding saya. Apalah nasib saya sering gagal dan tidak sehebat orang lain. Inilah bentuk ungkapan keluhan yang dilafazkan bagi individu yang telah mengarah darjah pandangan hidupnya dari sudut yang menyedihkan. Kesedihan ini cukup dirasai apabila segala kebanyakkan perkara dalam hidupnya tidak seperti apa yang diharapkan. Sehinggakan diri merasa letih,lelah dan hanya meneruskan hidup tanpa merasa bermakna. Akhirnya ungkapan " lantaklah..buat bodo je..suka hati lah..lalukan sajer.." dijadikan mekanisme memujuk diri agar tidak terlalu bersedih. Sedangkan ia hanya satu pembohongan terhadap diri sendiri.

Sahabat pembaca,

Pernah kita mengalami perasaan tu?perasaan yang membuatkan kita kadang-kala hilang dalam diri sendiri. Lebih tepat apabila apa yang dilakukan tiada makna dan bernilai. Inilah penyakit hati manusia yang membuatkan manusia hilang pedoman dalam hidup. Lebih dasyat apabila hilangnya pedoman membuatkan manusia itu seolah tiada pegangan agamanya. Moga Allah menjauhkan dan melindungi kita untuk sentiasa bersyukur dan rasa mencukupi. Adakah selayaknya kita bergelar hamba mempertikai nikmat2 Allah. 

Bangkitlah insan,

Hentilah mengesali hidup atas sesuatu yang tidak dikecapi, meratapi kehilangan, membanding kebaikan dan kelebihan, sedangkan NIKMAT ALLAH sudah begitu mencukupi berbanding sedikitnya yang kita SYUKURI. Didiklah hati kita untuk menghargai yang sedia ada. Pandanglah dan rasakanlah bahawa setiap kerja dan usaha kita dalam kehidupan ini cukup BERMAKNA. Hingga kita merasa jiwa ini cukup bahagia, tenang, dan mencukupi. Perkara yang telah berlalu peristiwa yang tidak mungkin dapat diubah sedangkan hari ini dan akan datang merupakan kesempatan yang masih boleh diisi dengan kebahagiaan. Pandanglah hidup ini dengan POSITIF. kerana ia akan menjerumus emosi dan perlakuan yang POSITIF. Sahabat.. Janganlah Bersedih, Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita!