Friday, September 30, 2011

Merawat CINTA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Allah juga yang mengilhamkan sukma ketenangan dan kebahagiaan pada hambanya..


Entry kali ini saya ingin berkongsi pandangan tentang KECEWA disebabkan CINTA.

Umumnya pasangan bercinta dalam masyarakat kini boleh dibahagia dua iaitu Bercinta di alam perkahwinan dan Bercinta / Ber couple di alam pra perkahwinan. Kedua duanya ditafsir sbg hubungan percintaan dari kacamata masyarakat. Tetapi ada juga yang memendam perasaan tanpa diluahkan sehingga dilamar dan diikat melalui ikatan yang sah.

Namun, saya tidak berhajat untuk mengupas kekecewaan Cinta di alam perkahwinan. Saya akan menulis tentang cabaran cinta di alam perkahwinan di lain Entry atau Selepas saya memasuki alam itu nanti..(belum ada pengalaman..hehe)

Sejak kebelakangan ni ada beberapa orang bertanya saya tentang CINTA..(walhal saya bukan Dr. Cinta ) dan Bertanyakan bagaimana nak mengubat hati yang kecewa akibat Cinta serta nak melupakannya..umumnya mereka ini yang sedang bercinta sebelum berkahwin..

“ Cinta itu ibarat tongkat sakti yang mengubah kejahatan kepada kemuliaan..melembutkan amarah kepada penyantun..meringankan kebakhilan kepada kemurahan..”

Ada juga ungkapan “ tanpa cintamu aku rela mati..” begitu dasyatnya kesan cinta dalam hidup manusia..kerana perasaan itu memang sesuatu yang fitrah dalam diri manusia..

Kecewa dalam bercinta mengundang duka dan derita..Barangkali tidak terzahir pada lahiriah atau fizikal..namun berbekas dalam hati yang ada didalam diri. Sahabat saya pernah berkata “ parut ditangan boleh dihilangkan..namun parut dihati bukan mudah..nak suka pada seseorang bukan mudah..apa lg jatuh cinta..kalau sekali dikecewa..ingin sekali nak dibawa diri ke hujung dunia supaya tiada lagi bersua..”

Begitulah dasyatnya penangan kecewa dalam bercinta..apa lagi hendak melupakan si dia..bukan sebulan..setahun..malah ada yang bertahun..sehingga sudah berkahwin pun masih belum dapat menerima kekecewaan percintaan dahulu..

Saya tidak lansung berkehendak untuk mengutarakan episode atau babak babak percintaan pasangan ini kerana apa yang telah dilaluinya sudah pun berlaku dan berlalu..dalam istilah psikologi dan kaunseling..let’s focus HERE and NOW..kini dan sekarang lebih penting..namun, sewajarnya pasangan bercinta (bekas atau ex-) mengambil iktibar dari sejarah hubungan tersebut.

Sebelum saya mengupas lebih mendalam..ini kata-kata saya untuk pasangan bercinta ;

“ Anda boleh mengubati HATI yang kecewa disebabkan KEGAGALAN CINTA itu..percayalah..”

Sebelum saya berhasrat untuk membantu rakan mengubati hati..saya sendiri perlu percaya yang hati ini boleh diubati..kerana cinta adalah ciptaan Allah..pasti Allah memberikan jalannya..InsyaALLah..

Saya ingin terus memberi harapan dan berharap kepada kalian..kerana ingatlah..Biarlah ORGAN HATI dan JASAD FIZIKAL KITA MATI..Namun HATI NURANI kita terus HIDUP dengan PENGHARAPAN kepada ALLAH SWT..kerana bak kata Ustaz Pahrol..Pengharapan itu adalah cahaya..yang menyuluh kita kembali ke pangkal jalan..harapan itu kekuatan..harapan itu jambatan untuk menuju kepada Pintu Kebahagiaan..kerana Pengharapan itu DOA..yang menghubungkan Hamba dengan Penciptanya.

Siapa yang terseksa?


Pergolakan dalam diri kesan dari kekecewaan bercinta hanya akan mengundang derita kepada siapa? Sudah tentu HATI..itulah JIWA punca rasa bahagia mahupun derita..fizikal badan, tangan, muka, mulut,mata semua akan memancar kedudukan HATI kita...samada hati kita baik atau sebaliknya..samada bahagia atau derita..contohnya..walau kita memiliki Handphone yang canggih manggih..Iphone 4 ke..tetapi disebabkan kita bergaduh dengan kawan baik kita..kita tidak akan menelefonnya walau secanggih mana Hp kita..Ini bukan soal kehebatan Hp..tetapi soal HATI..sebb kalau hati kecewa..setinggi mana pun kedudukan kita..sebanyak mana pun aset kita..tiada makna kerana hati resah gelisah..tiada ketenangan di hati...

Ahli Tasawuf menjelaskan bahawa HATI ini ibarat Raja pada kerajaan diri kita..Hati menentukan natijah kita atau pengakhiran kita pada hari tersebut..sabda nabi yang mafhumnya lebih kurang “ dalam diri manusia itu ada seketul daging..jika baik ia baik la manusia..ketahuilah bahawa itu hati..”

Ini semata-mata bukan tentang HATI yang kalau kita bedah then akan munculah organ yang bernama hati..tetapi ini soal JIWA..kalau Iman Al Ghazali menyebutnya sbg QALBU..ia persoalan jiwa manusia..melahirkan rasa bahagia..tenang..syukur..dan sebaliknya rasa amarah..gelojoh..tidak sabar..riak..

Perasan atau tidak bila kita menghampiri lampu warna kuning..selalu nya kita akan terus memecut untuk melepasinya sebelum lampu merah..perasaan tidak sabar dan membangkitkan debaran dalam dada..lalu menggerakkan kaki untuk menekan pedal minyak..sedangkan kalau mengikut akal yang waras..dan gerak hati yang tenang..kita akan memperlahankan kenderaan..tidak ada apa yang perlu dikejarkan..kerana pasti lampu hijau akan menyala dan kita pasti akan dapat jalan..insyaALlah..itulah peranan hati..

Merawat HATI..

Saya tidaklah mahir ilmu tasawuf serta ilmu penyucian jiwa..namun, berbekalkan pengetahuan dalam bidang kaunseling dan pembacaan serta kuliah yang berkaitan dengan ilmu jiwa ini..saya hanya ingin berkongsi secara ringkas..agar ia dapat memandu kita dalam mendidik jiwa..

Ya..HATI ini perlu DIDIDIK..kalau ingin melupakan kisah lama..kita perlu didik hati..

Pertamanya kalau anda perasan..selalunya awal kekecewaan kita akan meluahkan kekesalan kita.. “ kenapalah aku disakiti..sedangkan aku benar2 setia..tidak pernah curang..malah sudah bersedia untuk serius dengannya..” “ aku dah cinta habis..tak mungkin akan jumpa yang sebaik dia..atau takkan aku dapat menyintai lelaki lain mcm sekarang ini..”

Anda perlu re-framing semula pemikiran..kerana Hati mudah dipengaruhi oleh Akal fikiran..WHAT TOU SEE IS WHAT YOU GET...apa yang kita lihat dan fikir akan kembali kepada diri kita.. Ubahlah cara fikiran dengan berfikir begini..

“ Aku bukan menjadi teraniaya..tapi aku TERPILIH..untuk tidak bersama nya..putus dengan nya..agar aku dapat berCINTA dengan ALLAH semula.. “

Pernah dengar kisah Ummu Salamah yang kehilangan suami..lalu sebelum kematian suaminya dimedan jihad beliau diajar suaminya berdoa..agar setiap musibah Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik..ringkasnya selepas suaminya mati dimedan jihad..dengan hati yang mantap terus berdoa dan berserah pada ALLAH..agar digantikan dengan lebik..akhirnya itulah hikmah doa dan pengharapan.. ALLAH bukan sahaja menggantikan..malah memberikan yg lebih baik..iaitu Rasulllullah s.a.w sendiri meminang nya..siapalah yang lebih baik dari segala manusia selain Nabi Muhammad menjadi suami dan imam kepada nya..
Itulah kadang2 hikmah kehilangan cinta..kerana Allah ingin berikan yang lebih baik..iaitu memaksa diri bercinta semula pada ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang..Cinta yang tidak pernah mengecewakan malah penuh kerahmatan..masih sangsi??

Kekecewaan itu perlu diubati dengan menyemai dan membaja cinta yang baru..bukan sahaja baru..malah sentiasa ada untuk hambanya mengapai cinta Illahi..sejak dulu di saat kita sering melupakanNYA..

Bagaimana ingin beroleh CINTA NYA?

Ia melibatkan hati yang kita kongsikan di awal tadi..hati yang penuh noda akan terhalang dari cinta Allah..maka kita perlu gilap..asah..cuci hati kita untuk membolehkan kita merasai CINTA ALLAH..

Jadi first thing first ialah membersihkan hati dari noda dan dosa..kita perlu merenung dan memuhasabah segala maksiat..dosa dan kelemahan kita terdahulu..katakan pada diri dan hati bahawa dahulu kesombongan kita dengan dosa dan kini kita berada di bawah dan tidak berdaya..tiada jalan lain melainkan kita kembali mendekati ALLAH..

Kesilapan pertama kita selepas kecewa ialah MEMBENCI EX- PASANGAN kita..walau bukan mudah..tetapi itulah titik hitam yang menghitamkan hati kita..iaitu dengan Kebencian.. sekiranya sudah terlajak membenci..maafkanlah duhai sahabat..ingat semula bahawa perpisahan ini memang ada punca dari manusia..samada disebabkan dia atau org lain..manusia memang banyak kelemahan..akuilah..tetapi TAKDIR nya memang sudah ditentukan ALLAH bahawa kalian berpisah pada ketika itu..pujuklah hati untuk memaafkan dan siraminya dengan Redha bahawa yang memisahkan kalian ialah ALLAH atas sebab kebaikan hambanya..

Baik, kalau sudah..seterusnya Cara paling baik menurut Salafus Soleh untuk membersih HATI ialah DZIKIR atau mengingati Allah..

Dzikir yang paling baik ialah SOLAT!! 


Ya.solat yang dituntut 5 kali sehari..namun berapa banyak dari kita lengkap menunaikannya..kalau cukup bilangan adakah kita benar2 khusyuk? Khusyuk mungkin sukar tetapi adakah kita menghayati falsafah solat dan makna bacaan dalam solat kita?

Maka, perbetulkan semula solat kita..khusyuk bermula dari WUDUK yang sempurna..sambil menyuci anggota sambil mengharap agar aliran air yang melalui anggota kita pergi membawa segala dosa dan noda kita selama ini..kemudian cubalah sekurang-kurangnya mengetahui makna bacaan solat seperti AL Fatihah..dan Bacaan tasbih ketika rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud.. dalam Al Fatihah ada mengandungi doa dan pengharapan kita pada Nya.. antaranya “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan..” dan “Tunjukilah kami jalan yang lurus..” lafazkanlah dengan penuh penghayatan dan pengharapan..

Dengan zikir yang berterusan dalam solat dapat melembutkan hati kita..yang penting adalah ketenangan..kalau ingin tahu tentang ketengan cuba telusuri Entry : Lihat Nikmat ingat Pemberi NIKMAT..


Antara cara lain untuk membersihkan hati ialah dengan mengingati MATI..Hati yang keras dapat dilembutkan dengan mengingati MATI..setengah orang kata kenapa nak ingat MATI..?? kerana kalau kita ingin mencari cinta ALLAH..kita harus mencintai MATI..kerana MATI akan menghubungkan kita dengan alam akhirat..iaitu bertemu dengan ALLAH dengan hati yang sejahtera..

Saya percaya kita tidak dibiasakan dengan mengingati MATI..setengah org kata ada cara lain selain memikirkan perkara yang menakutkan ini..Ya, kalau kita ada rasa takut..itu sudah menunjukkan kita takut mati dan cinta hidup..itulah maknanya kita ada HUBBU DUNYA..atau CInta DUNIA..orang yg cinta dunia akan mengundang kerugian..

Cakaplah pada diri..kenapa kita perlu menyiksa hati dengan merintih dengan kekecewaan pada manusia itu..kenapa kita perlu merugikan masa 1 bulan..3 bulan.. 1 tahun untuk meratapinya..sedangkan umur kita tidak akan lama..kita tidak akan hidup selamanya..Lelaki itu belum tentu dapat menyelamatkan kita setelah kita kembali ke alam kubur kelak..lelaki itu tidak mungkin dapat berbuat apa2 bila tibanya malaikat mungkar dan nangkir melawat kita diperkuburan kelak..paling dapat dilakukannya hanya menyiram bunga..dan bersedekah Al Fatihah..adakah itu mencukupi menutup dosa kita ketika bercinta dahulu?

Bila kita banyak memikirkan usia kita tidak panjang..maka kita akan sibuk untuk membuat kebaikan selagi terdaya..sehingga lansung tidak sempat memikirkan hal2 itu..

Jangan rugikan usia kita dengan merintih..sedangkan ALLAH sentiasa ada menerima kita untuk mencintainya..ALLAH penerima Taubat dan Maha Pengampun..

Saidina Ali pernah berkata yang maksudnya: "Sesungguhnya Islam adalah kenikmatan dunia yang sudah cukup bagimu, Sesungguhnya taat itu satu kesibukan yang memadai untukmu, dan cukuplah mati sebagai peringatan untukmu."

Adakah tidak boleh Bercinta?

Dalam Islam percintaan hanya setelah disuci dan dihalalkan melalui iktan pernikahan yang sah. Sebelum dari itu hanyalah dikaburkan dengan nafsu..maaf kalau kata2 ini keterlaluan dan melabel..kadang2 kala kita suka memujuk diri “ kami bercinta ikut syariat..jaga tak pegang tangan..tak buat zina... “

Tetapi boleh kah kita memastikan hati kita tak dipengaruhi dengan nafsu? Tidak pernah menyembang panjang2 dalam telefon? Tidak pernah keluar berdua tanpa ditemani mahram? Tidak pernah berkasihan dan bermanja samada bentuk nada suara atau perbuatan? Bila jumpa dapatkah menjaga pandangan dari merenung ke wajah kekasih kita..sehingga bergetar hati? Tak ajak tgk wayang sama2? Tidak pernah berangan-angan tentang pasangan kita? Itu semua mendorong kepada zina.. (mata,hati,mulut, tangan, kaki) dan itulah noda yg kita titik dalam hati..

walau gembira tapi gelisah...walau berjumpa..tapi resah..apatah lagi kalau tidak berjumpa..keresahan ini adalah kesalahan..sedangkan cinta suci beri ketenangan..kerana ia mendekatkan kita pada ALLAH..

  " sesungguhnya dengan mengingati ALLAH jiwa menjadi tenang.."

Amat tipis mereka yang menjaga..kerana memang tidak boleh terjaga kalau kita sudah memasuki alam percintaan yang mengikat komitmen perasaan.. 

Ini bukan satu kelemahan Islam..seolah2 semuanya tak boleh...Islam adalah panduan..kerana banyak musibah berbanding kebaikan..kalau kita merosakan hati dengan maksiat..walau selamat ke jinjang pelamin..itu bukan petanda kejayaan..kerana Perkahwinan dalam Islam adalah alat untuk mencapai redha ALLAH..untuk melengkapkan peranan sbg Hamba dan Khalifah di dunia ini..bukan semata alat untuk elak zina..untuk menjaga nafsu..untuk dapat pasangan hidup...dan lain2 yg tidak bersandarkan ALLAH..Kalau sudah terlajak dalam perkahwinan..teruskan dengan perbaiki niat berpaksi pada ALLAH semata..insyaALLAH saya akan kupas hal ini dalam entry lain.. =)

Saya selalu ingatkan pada diri “ Jodoh yang dicari adalah baik..tetapi jodoh yang ditemui adalah lebih baik..”

Kalau gagal hubungan lalu..anggaplah ALLAH masih memberi peluang untuk kita memperbaiki diri untuk menjadi SUAMI dan ISTERI yang benar2 baik dan Solehah..kerana lebih baik belum bertemu jodoh daripada bertemu suami yang jahat..zalim..bukankah lagi terseksa kerana sudah menjadi pasangan..??

Jangan Pandang Belakang..

Jalan untuk merawat hati dan mencari CINTA ALLAH bukan lah semudah yg dikatakan..kita kena tabah dan konsisten dalam usaha..kadang kala hati ini boleh berbolak balik..turun naik..kadang2 ada waktu kita rasa down..masih tak berjumpa petunjuk..jangan GIVE UP..!!!


Teruskan..teruskan..kita bukan Muqarabbin..kita mujahid..pejuang..kadang2 tewas..tak bermaksud kita kalah...bangkitlah!! ingat ALLAH berfirman  dan peganglah janji ini ;

“ Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan KAMI, pasti akan kami tunjukkan jalan-jalan KAMI..” (al-Quran)

Untuk sahabat2..ingat kata2 ini.. “ Kebahagiaan bukan penamat..tetapi ia disepanjang perjalanan..” 

Dalam duka ada sabar..dalam susah ada rasa mencukupi..dalam tangis ada syukur..itulah anjuran Rasullullah saw iaitu KEKAYAAN HATI..

Moga adunan perkongsian ini dapat melembutkan hati kita..kadang2 bila menulis ini terpalit pada diri ku..tetapi biarla ia jadi pedoman untuk kita bersama..kerana Agama itu nasihat..

Wallahualam~